Daisypath Wedding tickers

Saturday, December 30, 2006

Menanti Hari Raya Aidil Adha

Hari ini mama dah kemaskan sebahagian barang anis untuk dibawa balik ke kampong. Tapi beg baju , anis nak kemas sendiri. So make sure , mama balik dari office nanti semuanya anis dah pack. Bagaimana, anis nak ikut tak mama solat raya pada kali ini. Rasanya kita akan solat di masjid biru. Anis tak pernah masuk di masjid biru ni lagi. Anis cuma lalu saja. Mama rasa anis mesti ikut mama.

Tahun ini ayah cuma korban 1 bahagian sahaja. Kongsi dengan kawan-kawan ditempat kerjanya. 1 ekor lembu di kongsi 7 (Pembahagian yang Sah). Bila ada rezki lebih.. insaalah kita akan buat korban lagi.

Malam tadi Mak Ngah datang hantar busu. Tapi anis tak dapat nak jumpa mereka semua semua sebab anis tidur awal. Busu akan balik dengan anis atau mungkin busu naik kereta acik. Sbb acik balik awal dan anis pula nanti nak singgah rumah nenek rembau dulu.

P/S****..anis sangat gembira bila mama tunjukkan baju baru anis yang mama beli ( ada lampu seperti papan iklan - bergambar heart ... cantiknya. ) Seperti baju ramlah ram ...kau kunci cintaku dihatimu. Bila ditekan button tersebut akan dapat dilihat cahaya yang berkelip-kelip berbentuk heart. Sebenarnya baju ni mama rasa mahal tapi sebab seronok dengan lampu-lampu yang boleh bercahaya dibaju tersebut mama belikan juga untuk anis. Mama juga gembira bila terlihat senyuman anis yang berseri-seri sehingga anis sendiri tidak boleh berkata-kata bila melihat lampu-lampu dibaju tersebut. Senyuman yang tersangatlah manisnya.

Thursday, December 28, 2006

Anis mengenali sesuatu

Sorry anis, mama tak dapat lagi nak postkan gambar anis disini. Sebabnya mama lupa dan blur macam mana nak gunakan digital camera tu. Sabar ..mama akan cuba lagi.

Semalam di pasar malam, anis mengenali sesuatu. Mama tahu anis terperanjat tapi anis memang iniin mengetahui selanjutnya.
Anis tak lupa bawa syiling untuk diberikan kepada pak cik/mak cik yang cacat penglihatan dipasar malam tersebut. Dan anis suka bila pak cik/mak cik tu .. dengar saja bunyi duit syiling yang anis berikan...mereka akan kata .."ambil tisu. Terima kasih". Tapi mama tak mahu anis ambil sebab anis tak gunakan tisu tersebut. Biar pak cik/mak cik beri pada mereka yang lain.

Dan anis jalan lagi dan kita nampak dua orang kerdil memegang kotak besar untuk meminta sumbangan iklas dari orang ramai. Anis teruja sebab ada kotak besar dan mereka berdua juga dari penglihatan anis seperti kawan anis sahaja ..sebab mereka lebih tinggi sedikit sahaja dari anis.

Tapi bila anis melangkah untuk masukkan duit kedalam kotak tersebut anis terperanjat bila kakak itu memandang anis. Dan langkah anis juga terhenti. Mama faham kerana wajah kakak tersebut adalah lebih dewasa dari anis dan juga kelihatan dewasa seperti mama. Dan bukan seperti kawan-kawan anis yang lain.
Anis tak dapat teruskan , dan mama tolong masukan duit tersebut.

Anis : Mama kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil.
Anis : Mama, kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil.
Anis : Mama , kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil. (Dah tiga kali tanya ni!!).
Anis : Mama, kakak tu kecil ..nanti nak jadi apa?
Mama: Nak jadi apa?...nanti bila besar kakak tu akan jadi... (salah ni...kakak tu tak boleh besar)...Ohh !! nanti kakak tu akan jadi doktor. Kakak tu akan tolong orang bila dia jadi doktor.
Anis: Oh

Sebenarnya mama agak keliru dengan pertanyaan anis. Cuma harapan mama jawapan yang mama berikan itu adalah satu yang positif pada pandangan anis.

P/S Anis nak pakai tudung masa pergi pasar malam. Dengan tudung tersebut anis lebih kelihatan seperti kanak-kanak di Aceh. Pakaian yang anis gayakan .. sememangnya 100% dari cita rasa anis. Mama memang tak ada peluang nak pilihkan untuk anis. Sejak anis berusia 2 thn 6 bulan. Sebab anis tak pernah setuju. Nak pilih sendiri.

Tuesday, December 26, 2006

Hujung Minggu di KL

24 / 25 December adalah hari cuti. Sepatutnya kita ada di kampong, tapi ayah tak nak balik kampong. Mama dan anis menghabiskan hujung minggu yang boring duduk di KL . Hari sabtu - pergi Tesco . Main di plaground disana begitu juga hari minggu pergi ke Jaya Jasco dan anis main mainan di Tkt 2. Tak interesting kan .. hari Isnin - 25 Dec - Krismas Day , anis, mama, acik, dan mak ti pergi ke KLCC Aquaria. Ayah tak nak pergi sbb dan kena sindrom internet. Tengok ikan yang besar dan wow anis terkejut bila didalam kolam ikan tersebut anis nampak ada ikan duyung pakai baju kilat-kilat warna merah dan berenang bersama-sama dengan ikan yang lain. Itu hanya pertunjukan untuk kanak-kanak yang datang ke Aquaria . Itu show yang mereka ada pada hari tersebut.
Tapi mama lebih suka Aquaria di Langkawi. Sebab disana rasanya lebih banyak untuk dilihat dan ada peguin. Nanti mama letakan photo untuk anis.

P/s - Mama nak tipu abang yang jual ticket di KLCC untuk mengatakan anis belum cukup tiga tahun tapi tak bolehlah sebab perwatakan anis seperti kanak-kanak 5 tahun. Dia tak percaya anis 3 tahun. Dan Doktor yang kita jumpa pada malam tersebut juga kata anis kelihatan lebih dewasa untuk kanak-kanak 3 tahun dari segi interaksi .

Anis selsema hari ini , mama dah beri ubat untuk anis. Mama doakan anis sembuh dan semuga anis dilindungi Allah selalu. Insaalah.

Thursday, December 21, 2006

Bersolek

Sudah 4 hari ini, anis mempunyai gaya tersendiri bila berbedak. Anis akan mencoletkan bedak di bahagian kelopak mata dengan tebalnya . Bedak tersebut agak tebal kerana disapu berulang-ulang kali. Dan selepas itu anis akan menyapu pula bedak tersebut dibahagian pipi juga berulang-ulang kali menyebabkan pipi anis seperti Kuih tepung korma . Putih dengan bedak.

Mama : Anis pakai bedak ke?
Anis : Tidak, anis pakai make up.
Anis pakai shadowlah mama.

Mama : Ha!! pakai make up ; pakai eye shadow.
Anis tengok siapa pakai semua ni. Mama tak adapun pakai eye shadow.

Anis : Anislah mama.

Emm...mama fikir sebentar.

Mama : OKlah anis make up lah cantik-cantik , nanti tolong makeup untuk mama pulalah. Tapi sekarang kita kena cepat , nak pergi sekolah ni ..nanti mama lambat masuk kerja.

..kita pergi pasar malam , malam tadi . Anis nak beli kebab / laksa / satay / kuih cha koi ... tapi anis makan satu cucuk satay dan laksa cuma 4 sudu sahaja. Lepas tu anis pergi rumah adik izza dan disana anis makan ayam gorang daddy 1 ketul. Kesian daddy tak dapat makan sebab daddy cuma beli satu ketul sahaja.

Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Saturday, December 16, 2006

Sabtu , 28 Dec

Bagaimana anis hari ini? Ayah tak mahu balik kampong. Tak dapat lah kita nak berenang. Mandi Laut. Untuk minggu ni kelas berenang mama dan anis dibatalkan lah nampaknya. Apa kita nak buat minggu ni? Boringnya duduk KL masa weekend.
Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Wednesday, December 13, 2006

Anis hari ini

Nama manja
Anis
Hobi saya
Mandi laut-sungai-kolam / naik basikal / main gelongsor / main buaian
Makanan Kegemaran Saya
Satay / Mee / Donut
Lauk Kegemaran Saya
Daging Masak Kicap / Sayur Brokoli / Ayam goreng
Kurang Minat
Nasi / Coklat
Makanan Ringan Kegemaran
Gula-gula / keropok kentang / keropok ikan
Rancangan Kegemaran
Cartoon - Naruto
VCD Kegemaran
Pikachu - versi Japan
Sinchan - Versi mandarin
Pingu
Barny
Hari yang ditunggu
Setiap hari Sabtu - untuk balik kg
Tak suka
Kemas mainan / berus gigi/
Gementar
Bila ayah suruh mengaji
Pakaian kegemaran
Seluar jeans dan T-shirt
Perkara yang mesti dilakukan
1- Minum Susu
2- Nursery 9.00 - 600
3- VCD Pikachu
Ayat memujuk yang diminati
Ayah / mama jangan marah anis. Anis baik kan..
Sikap yang ketara
Cemburu dengan adik izza / adik iffa dan sesiapa yang ingin bermanja dengan mama dan mak ti
Bila bersendiri
Suka berangan dan bercakap sendiri
Minat diri yang ketara
Berinai / lipstick /berbedak / minyak wangi
Kesayangan Saya
Baybay - anak patung beruang
Kain - penting bila nak tidur dan minum susu
Kemahiran
Mengunakan kamera digital / memasang vcd / mengunakan handphone
Lagu Selalu Dinyanyikan
31 Merdeka / negaraku / Pencinta Wanita / rama-ram
Doa yang selalu dibaca
Doa sebelum makan / Doa kesejahteraan untuk ibu bapa
Surah yang selalu dibaca sebelum tidur
Al-Fateha
Buku kegemaran
One Minute Good Nigh Stories
ini adalah sebahagian dari citarasa anis yang dapat mama rungkaikan untuk anis dan mungkin ia akan berubah untuk beberapa bulan dari sekarang. Salam sejahtera untuk anis.

Monday, December 11, 2006

Ahad 10 Dec

Anis sampai rumah nenek cuma ada atuk / nenek / pak itam - semua kakak -kakak tu tak ada sebab dah balik rumah tuk Musa. Masa dirumah nenek rembau juga anis kecewa sebab kakak rina dan haziq tak ada. Pak teh sorang saja.

Tapi seronoknya kita mandi laut dari 9.30 pagi sampai pukul 11.30 , hampir 2 jam. Air pasang penuh tapi tak berombak. Seronoknya mandi laut. Tapi ayah pula kecewa kerana tak dapat nak pasang jaring dan tak adalah peluang kita untuk makan ikan baru pada hari tersebut.

Abang ahmad dan abang aidil teman anis mandi laut semalam. Mama juga tumpang sekali. Anis nak tahu - sebenarnya di kampong mama ni, tak adapun ibu-ibu yang mandi laut bersama anaknya. kecuali mereka melihat dan menuggu ditepi pantai sahaja. Sebab mereka semua membesar bersama laut ni - jadi tak hairanlah mereka nak mandi laut. Rasanya mama sajalah yang sebuk ' anak mandi - ibunya juga madi' walaupun mama juga dibesarkan dengan laut Kuala ni.

Balik rumah lapar semua nya dan kita makan roti bakar. Aii... ada satu dulang lauk-pauk dan nasi ...rupanya mak cik sebelah ni ada kenduri. Makan lagi .

Ayah juga maranthon semalam ...dari melaka jama 2.30 ptg dan jalan sesak ..sampai di kg pandan jam 5.00 ptg tapi sedihnya ayah tertinggal beg /ic dan lesen memandu dirumah nenek di rembau dan kita terpaksa balik ke rembau pula - jam 7.00 sampai dan lepas tu ayah memandu lagi ke Kg pandan -.jalan sesak di seremban dan kita sampai KL pukul 10.00malam , anis lapar ...berhenti makan satay. Pukul 11.00 baru sampai rumah.

Semuanya penat.

Semuga anis riang selalu dan semuga hari ini lebih baik dari semalam.

Saturday, December 09, 2006

Hari sabtu datang lagi

Kita balik kg hari ini. Emm ...mama dengar pak lang kata udang banyak di lubuk rahsia ayah dan pak lang. Mungkin jika cuaca baik dan keadaan mengizinkan ayah akan turun ke laut minggu ini dan anis ada peluang nak mandi laut.

Pak Ngah dan mak Ngah juga mungkin balik tapi tak pasti samaada mereka ada dirumah nenek atau tidak masa anis sampai nanti . Jika mak ngah ada, tentu kawan untuk anis mandi laut bertambah. Ada abang ikal, kakak firas, kakak fariha dan kakak abby. Jika abang aidil dan abang ahmad ada wah .. lagi seronok anis nantikan.

Anis berlawan pendapat dengan acik malam tadi dan tajuknya adalah berkaitan alat mainan yang terdapat dinursery anis. Anis kata - buaian dinursery anis cantik dan besar. Begitu juga dengan papan gelongsor. Tapi acik pula tambah buaian dan gelongsor acik lagi besar dan bertingkat-tingkat. Anis tak puas hati and last sekali anis kata acik degil sebab acik tipu saja ...kerana acik orang besar mana ada buaian dan gelongsor. Anis marah ya? Acik nak bergurau saja dengan anis.

Semuga anis gembira selalu.

Thursday, December 07, 2006

Anis belajar IQRA

Ayah minta mama ajar anis IQRA 1 . Sebenarnya telah lama mama ajar anis untuk mengenal huruf alaif , hurur ba dan seterusnya tapi memang anis masih tak dapat nak ingat. Anis masih ditahap boleh menghafal dengan baik tapi tidak masih tidak dapat mengenal huruf-huruf tersebut. Anis boleh menghafal surah alfatihah / doa sebelum dan sesudah makan dan juga doa untuk memulakan pelajaran . Tapi anis masih tak dapat mengenal huruf.. Bagaimana ni anis.... Tak apalah mama akan ajar anis perlahan-lahan sehingga anis dapat mengenali huruf tersebut.

Hari ini anis berus gigi tidak dibilik mandi tapi didepan cermin bilik mama. Kenapa? Anis nak cuba cara baru atau anis terlihat diTV ke ?

Semuga anis dilindungi Allah selalau.. Salam sayang dari mama.

Wednesday, December 06, 2006

Anis Moody

Kenapa anis moody hari ini. Mama kan kena pergi kerja hari ini. Dan anis pula ada pilihan untuk pergi ke nursery or tinggal dengan ayah dirumah. Anis pilih untuk tinggal dengan ayah tapi tak beri mama pergi kerja.
Anis nak mama baring disisi anis sambil menonton VCD SinChan . (mama suka kerektornya tapi tak ada yang boleh dipelajari dari SinChan ni). Anis rangkul leher mama dan pegang erat tangan mama supaya mama tak boleh bangun.

Akhirnya anis benarkan mama pergi kerja tapi anis nak ikut mama pergi pasaraya dulu untuk beli aiskrim - Emm mama setuju tapi teruknya nak makan aiskrim pagi-pagi ni .

Anis kena sabar selalu, memahami keadaan dan mesti bersikap tolenrasi. Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Monday, December 04, 2006

Mama sakit, ayah pula yang tulis report disini. Mama sakit perut nak jumpa doktor anis pula nak jumpa doktor juga tapi sakit pinggang tak boleh duduk. Betulke anis ni? Alhamdulliah perut mama dah tak rasa sakit seperti semalam. Sudah OK.

Seronoknya kita balik kg minggu ini sebab anis dapat main dengan kakak Rina dan juga Haziq dan lepas tu dirumah nenek Melaka pula ada kakak Firas, kakak Fareha dan kakak Abby.

Kita pergi Masjid Tanah pada pagi ahad dan belikan adik izza beg seperti anis, anis juga yang pilih colour orange dan gambar power ranger untuknya. Mesti adik izza happy dapat beg tersebut. Tak perlu rebut dengan ansi lagi.

Minggu ni tak mandi laut - sebab sibuk dan tak sempat . Kerana sebelah petang cuaca panas sangat dan air laut pula telah naik pasang. Tak sesuai untuk anak kecil seperti anis mandi dan berenang.

Kita balik KL Acik dan Busu juga ikut. Busu nak pergi rumah mak Ngah. Acik yang akan hantar esok dengan keretanya.

Ada masa mama akan tulis untuk anis lagi. Semuga anis sehat selalu.

Saturday, December 02, 2006

mama sakit perut

dah lama dah mama tak berceloteh ,hari ini mama mc ,mana tak nya sakit perut dok memulas,anis ke sekolah hari ,ayah pergi kerja , balik kat pukul 5.30 pm, balik aje ammbik anis kat nursery.Terus balik rumah...

Thursday, November 30, 2006

Anis boring ?

Sorry anis, untuk 2 hari ini mama tak dapat nak posting untuk anis. Mama sibuk di office. Sebabnya kerana ada tender untuk dihantar pada 29.11.2006 di SESB Kota Kinabalu dan juga 30.11.2006 di TNBT PJ.

Pada 29.11.2006 mama ada 4 set tender dan terpaksa siapkan tender tersebut kerana Uncle Mahadzir nak hantar ke KK pada 29.11.2006 pagi. Dan flightnya pukul 7.00. Dan selepas itu mama terpaksa pula prepare untuk tender TNBT PJ dan kali ini ada 11 set pula. Dan tambah lagi dengan 2 set pula untuk tender TNBT Kuantan juga tutup 30.11.2006.

Mama selesai pukul 11.30 malam. Tak dapat nak main dengan anis untuk 2 hari tersebut. Ayah kata, anis asyik tanya - mana mama tak balik ni/ kenapa mama balik lambat ni... dan untuk habiskan masa anis asyik nak makan tu / nak makan ni / nak minum tu / nak minum ni ... kasian ayah kena layan anis. Tapi anis tak makan habis pun.
Acikpun terpaksa layan anis.

Untuk hari ini mama akan balik awal dan boleh lah mama layan anis pula. 2 hari ini pun, mama masak yang mudah-mudah sahaja sebab tak cukup masa nak prepare dinner untuk anis dan ayah.

Hari ini mama ingat nak masak daging masak kicap .... dan Mak Ti juga ada beli brokoli , sayur favourite anis dan mama nak masak apa untuk ayah. Curry Udang dan sayur peria pun best jugakan... ..

Mama harap anis sehat dan ceria-ceria selalu. Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Monday, November 27, 2006

Very Wonderful Sunday

Mama tak sempat nak tulis untuk anis semalam. Anis pergi ke kolam KLCC bersama dengan adik izza dan adik iffa. Mama masak nasi lemak dan juga mee hoon goreng - tapi masinnya sambal mama ni. Tak boleh nak telan pula rasanya. Garam tumpah.

Ayah pergi, daddy dan mamy juga pergi.

Ini adalah pengalaman pertama anis mandi di kolam KLCC. Tapi tidak bagi adik izza kerana adik izza dan adik iffa selalu menghabiskan hari ahadnya disini.

Mama suka tengok adik iffa kerana walaupun cuma 9 bulan dan tahu merangkak sahaja tapi adik iffa berani dengan air. Adik iffa merangkak dan terminum juga air kolam tapi adik iffa tak nanggis. Dia meneruskan juga misinya untuk berenang.

Selepas itu kita berkelah ditaman dan anis pula sibuk nak main buaian dan gelongsor.

Pukul 12.00 baru kita balik dan anis pun tidur sebab keletihan. Dan pukul 5.00 ptg kita pergi TESCO. Mama beli susu anis. Kebetulan susu anis dah hampir habis dan alhamdulliah di TESCO ada offer . Dan susu anis cuma 32.90/900gm (1 Tin). Selalunya jika mama beli di KL supermarket - 37.90 dan di Kampong pula RM 35.90.

Petangnya mama masak sambal sardin dan lauk favourit anis - daging masak kicap pekat dan lepas tu brokoli rebus. Mama rebus brokoli dan simpan dipinggan - lepas tu daging masak kicap tersebut mama letakkan diatas brokoli tersebut.

Anis suka kicap , daging dan anis memang suka brokoli.

Salam sayang untuk anis , semuga anis sehat selalu.

Saturday, November 25, 2006

Weekend at KL

Minggu ini kita tak balik kampong - sbb nenek tak ada dirumah. Minggu ini Acik ada Konvo di UTM Skudai. Jadi nenek pergi dengan busu , naik kereta kancil acik.

Ayah kata tak payah balik. Rasa macam tak biasa saja nak habiskan hari minggu disini. Selepas mama balik kerja jam 1.00 , kita pack barang untuk picnic di Sg. Congkah. Kita mandi sungai. Cuaca mendung saja - tapi dengan harapan bila kita sampai diSg Congkah nanti cuaca cerah semula. Dalam perjalanan mama berhenti beli buat mata kucing 1Kg /RM6.00 dan juga jagung rebus. Puhh!! sedapnya jagung ni - muda dan manis betul rasanya. Anispun tak cukup makan setongkol - minta tambah lagi.

Alhamdulliah cuaca cerah dan sampai kita balik pukul 5.30 ptg , matahari hari masih dapat dilihat.

Sejuknya air sungai ni - takut juga mama nak berendam lama-lama. Nanti selsema pula. Anis takut-takut sebab banyak batu-batu sungai , bila nak berjalan didalam air tu, terasa juga sakit kaki bila memijaknya. Tapi sebenarnya memijak batu sungai adalah satu refleksilogi. Untuk kesihatan kaki.

Habis sudah 1 hari disini dan apa rancangan kita untuk esok? Pergi ke kolam renang KLCC - dan mama masak nasi lemak & mee kita makan ditaman KLCC dengan adik iza/iffa dan mammy dan daddy. Kita minta ayah drive kereta - dan kita pergi dengan family adik iza. Mesti bestkan. Itupun jika tak hujan.

Hari ini mak ti tersentuh hatinya bila anis minta mak ti dukong anis dari office mama untuk balik kerumah dan anis ucapkan 'Terima kasih mak Ti'

Mama doakan anis jadi anak yang baik. Insaalah.

Impian

Malam tadi mama tengok drama at TV2 - Tajuknya IMPIAN. The story about one boy dream to be a famaous hockey player like his late father. The problem is - his mother dont like him to be a hockey player because of - she miss alot to her husband and his son (Azlan) looks like 90% as her father. Everything about Azlan - make her miss her husband.

The point of this drama for mama is - the motivationed to Azlan how he want to be a famous hockey player. Study hard for their good result and exam and his work hard for their dream to be a hockey player.

The most important mama get from this drama - to be closed with my children. As parent we must understand how tuff and difficult - the prosess to be a teenage.

Thursday, November 23, 2006

Pasar Malam Rabu

Hari ini anis pergi pasar malam dengan mama. Ayah tak pergi sebab nak cepat-cepat balik rumah nak tengok internet. Kita beli jambu air madu - 1 Kg /RM 5.00 dan lepas tu anis nak buah lai - 3 biji /RM 5.00. Buah lai ini mama tak mahu beli tapi anis tetap juga nak beli. Dan anis yang bayar for the cost. Anis bising dengan mama sebab tak puas hati duit RM 5.00 anis telah digunakan untuk beli buah lai tersebut. Sekarang duit anis dah habis. Tak puas hati lah anis. Bukan salah mama sebab mama dah beritahu tak mahu beli. Anis nak bising-bising pun mama tak boleh nak tolong sebab Pak Cik yang jual buah tu dah ambil duit anis.

Kita beli juga kuih donat favourite anis dan juga kuih Cha Koi. Dan anis juga nak kebab.
Yang anis makan cuba kuih Cha Koi dan sedikit donat. Kebab anis makan sedikit sahaja ... kan itu dah membazir. Lain kali anis tak boleh nak beli semua yang ada dipasar malam tu.. kena ingat sekadar yang boleh anis makan sahaja. Membazir makanan Allah tak suka.

Semuga anis sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.

Wednesday, November 22, 2006

Happy Feet

Ada movie baru untuk anis - Happy Feet. Untie di office mama - semuanya asyik bercerita sebab mereka dan pergi tengok dengan anak-anak mereka.

Kita mungkin tak akan pergi ke Pawagam tapi dont worry mama will buy the VCD for you.

Mama pun seronok dengar mereka bercerita dan mama pun tak sabar nak belikan untuk anis. Bila VCDnya telah dijual , kita akan dapat menontotnya dirumah. Tentu anis akan putar VCD tu seperti 'Chicken Litte'. Hampir 1 tahun - tapi anis masih seronok menonton VCD tersebut. Mama juga harap Happy Feet akan menarik seperti 'Chicken Little. Tentu acik boring , sebab dia tak dapat nak tengok TV program yang dia minat.

Esok, jika kita pergi TESCO, kita cuba cari sekiranya Happy Feet telah dijual.

Semuga anis gembira selalu.

Monday, November 20, 2006

Air Panas Gadek

Great, setiap minggu kita akan balik kampong. Jumpa atuk dan juga nenek. Masa kita ada kesempatan untuk berjumpa dangan mereka kita mesti melakukanya sekerap mungkin. Walaupun ayah kena memandu 2 jam dari KL ke Rembau dan Melaka.

Sekarang musim hujan. Hampir setiap hari hujan. Waktu pagi cuaca cerah tapi bila beransur ke pukul 2.0 cuaca mula mendung dan hujan pun turun.

Kita sampai dirumah atuk rembau pukul 4.30 ptg - nenek masak goreng pisang dan teh tarik. Lepas minum kita balik rumah atuk di melaka dan bila sampai kakak Fareha dan Kakak Abby ada dirumah nenek. Anis sangat gembira bila melihat mereka. Dan kita buat program pergi mandi Air Panas di Gadek . kakak fareha dan kakak abby juga turut serta. Dan kakak Fareha tunjuk bakat menyanyi didalam kereta - Nyanyi lagu MyHeart

Bestnya anis - duduk berwap disana. paling best bila dapat merasakan peluh-peluh yang keluar dari badan mama ni. Dan Ayah yang paling lama - hampir 2 jam duduk di kolam air panas tersebut. Pukul 11.00 baru kita sampai rumah nenek dan semua nya keletihan - semua tidur.

Sunday - Program biasa , kita mandi laut dan kali ini ayah menolak langgai pula. Wah banyaknya dapat udang. Mama goreng dan kita buat kuih jemput-jemput udang. Kita bagi nenek rembau separuh dan selebihnya mama bawa balik KL.

Nanti mama masak untuk anis - OK.

P/S Ayah dah sakit pinggang sebab melanggai tu berat juga dan sekarang sedang tidur. Kesian ayah tapi itu hobi ayah.

Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Saturday, November 18, 2006

Kenapa Ayam makan batu?

Ayam akan makan jagung, nasi dan juga bijiran yang lainnya. Adakalanya bijiran tersebut keras dan kita rasa sukar untuk dihadamkan. Tapi ayam tidak ada gigi untuk menghancurkan bijiran tersebut. Jadi, bagaimana bijiran tersebut dihadamkan?

Itulah gunanya batu yang dimakan oleh ayam tadi. Batu tersebut membantu bijiran tersebut menjadi lebih kecil semasa didalam perut ayam. Ia dikisar menjadi lebih kecil dan dihadamkan.

Bila atuk sembelih ayam dan kemaskan isi perut ayam tersebut, mama akan tunjukan dengan anis dimana bijirinatersebut dikisar dan anis boleh lihat adanya batu kecil dan pasir ditempat yang sama.

Selamat belajar anis dan semuga anis sehat selalu.

Friday, November 17, 2006

Standing by the truth

If we look at a dying tree, we see many branches, some dead, some barely alive, some brittle and without leaves. The plant is not pretty to look at any longer. It has lost its youthfulness and we are ready to cut it down. The three of humanity is quite similar. The world is full of people with many branches of though and there is no harmony amongst them.

In today's world, the truth is no longer important. Rather, people want to hear false praises, falsehoods and live in a world economy of a country can be built on a falsehood and this is dangerous.

Good seeds produce a completely new way of existence. They are not filed with defective qualities bereth of purpose, but rather, they turn humans into peaceful and happy people.

Just compare what we have learned from human beings and what we have become through introspection and silence. Are we free from worries, preoccupations or concerns about our future? Are we constantly giving and forgiving? In our answer is no, we have not realised how beautiful truth is.

However, through introversion and reflection of innate qualities, we will be surprised at how much we do not know and how much we can enrich our lives. If we learn to destroy the old within and replace it with all the new things, we become part of those who have new blood.

When i am thruthful, my words and actions will become equal. I will then do what I say and only say what I do. Because of this truthfulness, I will continue to receive love, regard and trust from everyone.

When no one stands by me. I need to make sure that I stand by Thruth.

Thursday, November 16, 2006

Effective Parenting

The prospect of parenthood is for many an exciting time full of expectation. But with parenthood comes the responsibility for caring, nurturing and successfully raising your child. Parenthood, for everyone , is learning on the job and there is no formula for getting it right.

In order for a child to develop, a parent must cater for 5 basic needs:
Social , Emotional, Intellectual, Moral and Physical.

P/S - Nanti mama tuliskan seterusnya untuk anis.
Apa itu X-ray?. Anis beritahu mama - hari ini ayah kena X-ray. jadi ayah tak boleh makan. Ayah demam. Dan Ayah mesti tidur saja.

Mama dan ayah hairan - anis tahuke apa itu X-Ray? Atau anis silap dengar X-Ray dan aiscream.

Tuesday, November 14, 2006

Preschool Years (4-6 Years)

The child body should continue to lose baby fat and gain muscle during this time, giving him/her a stronger and more mature appearance.

By 4 years old, the child has grown taller and he looks slimmer. Most of them increase in height involves the legs. sometimes the child gains in height so much quicker than he gains in weight that he may look skinny and fragile. Such children fill out gradually as their muscles develop.

Your preschooler no longer needs to concentrate on the mechanic of standing, running, jumping or walking. Movements are now quite agile, whether he's going forward, backward, up or down stairs.

A regular heel-toe motion has develop. Steps are of the same length, width and speed. Balance has improved such that he can ride a tricycle with great ease.

Note: Sebenarnya ini adalah peringkat pembesaran untuk anis dan article ini kebetulan mama terbaca dalam Malaysia Health Guide.

Monday, November 13, 2006

Operasi menjaring Ikan


Very interesting yesterday. Semuanya seronok. Anislah yang paling seronok.

Ayah, anis, mama , abang ahmad dan abang aidil , kita pergi berenang dan menjaring ikan. Seronoknya sebab sambil kita berenang di pantai kita boleh tangkap ikan dan terkejut sebab mudahnya rezeki kita pada hari itu- banyak dapat ikan. Dan sangat seronok bila ikan tersebut melompat dari laut dan terus tersangkut dijaring ayah.

Dan anis juga sangat berani semalam. Walaupun tak pandai berenang, cuma tahu berendam dan main air saja tapi anis cuba juga untuk ketempat yang dalam cuma nampak kepala sahaja. Lain kali kena berhati-hati sekiranya kaki anis tak berjejak kedasar laut bila ombak datang , anis susah nak imbangkan badan.

Kita cari gemis dapat 2 botol tapi sayangnya 1 botal ombak dah hanyutkan dan semua orang tak sedar sebab asyik tarik jaring dan tanggalkan ikan yang tersangkut dijaring.

Dan anisnya muka dari merah-merah sudah coklant - kena jemur dimatahari + air masin . Dah terbakar dah kulit anis. Kita berenang dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.30 tgh hari.

Balik rumah nenek kita makan nasi dengan ikan yang baru ditangkap, dan ada udang juga kita tangkap . Mama gorengkan sahaja , emm... memang sedap dan manis rasanya ikan yang baru ditangkap ini.. Memang berbeza dengan ikan yang selalu mama beli di KL.

Minggu depan air besar - selalunya ikan tidak ketepi dan tak mudah untuk menjaring. Jika kita balik kampongpun, mungkin mandi laut sahaja atuu jika hujan - anis tolong mama tanam pokok bunga. Kita cambahkan benih pokok kektas nak?

Semuga anis dilindungi Allah selalu dan semuga anis sehat selalu.

Wednesday, November 08, 2006

Transit Planet Utarid

Apa yang akan berlaku pada esok hari (Khamis - 9 Nov 2006) adalah Transit Utarid melalui matahari. Mama akan catitkan untuk pengetahuan anis.

Transit Planet utarid akan berlaku pada hari Khamis 9/11/2006 (esok) apabila matahari terbit pada jam 6.57 pagi sehingga 8.10 pagi.

Transit planet Utarid adalah peristiwa astronomi apabila planet berkenaan melintasi matahari. Transit ini boleh berlaku apabila planet Utarid berada di tengah-tengah antara matahari dan bumi ketika mengelilingi matahari dan ketiga-tiga objek ini berada dalam satu garisan lurus.

Transit ini boleh berlaku dengan purata sekali dalam setiap 10 tahun sekali. Transit yang terakhir berlaku pada 2003.

Untuk makluman anis transit adalah peristiwa objek samawi melintasi dihadapan objek lain yang saiznya jauh lebih besar dan kebiasaanya hanya berlaku membabitkan planet Utarid dan Zuhrah kerana kedudukan orbit masing-masing berada diantara matahari dan bumi. Transit zuhrah berlaku 34 kali dalam tempoh 243 tahun.

Planet lain tidak berpeluang melintasi matahari dan bumi kerana kedudukan orbit masing-masing berada diluar orbit bumi.

Mama sebenarnya sangat berminat dengan astronomi. Mama juga harap anis mempunyai minat yang tinggi dengan ilmu astronomi. Tapi mama tak tahu begitu banyak tentang astronomi. Jika anis berminat , mama akan berikan galakan untuk anis. Bila membayangkan begitu banyak perkara yang akan kita ketahui dalam perkara yang tidak ketahui - wow !! seronoknya. Ilmu Allah memang sangat hebat.

P/S Malam tadi Pak Long dan abang Asraf datang rumah kita - anis rasa cemas sebab semua barang mainan anis di kuasai oleh abang asraf dan adiknya. Nak duduk dikerusi goyang anis - pun tak dapat sebab Akmal Asri tak bagi peluang untuk anis duduk disitu. Nak main kereta pula , Abang asraf sedang pandu uji. - So, macamana ni. Dan akhirnya anis duduk dipangku mama.
Tak apalah mereka main mainan anis sebab , mereka pun nak berkongsi juga dengan anis. Lain kali anis kena main bersama dengan mereka dan tak boleh nak merajuk duduk sebelah mama atau ayah.

Semuga anis gembira selalu.

Tuesday, November 07, 2006

Sambung lagi raya

Seronoknya anis mandi laut - mamanya tangan pun rasa sakit sebab tergantung saja di anisnya pelampung. Dan kita balik KL cepat sedikit dari biasa sebab nak pergi rumah Pak Long /Abang Asraf untuk sambung raya tetapi hujan sangat lebat tak tegah nak pergi ke Wangsa Maju takut heavy traffic.

Dan kita pergi malam tadi - wah bestnya anis dapat jumpa dengan abang asraf , akmal dan adik nur. Tapi mama lihat anis lambat sangat warm up - nak join dengan mereka. Mungkin anis tak berani sebab mereka sangat lasak dan anis takut nanti sakit kena buli. meraka berdua lelaki tentulah agak lasak guraunya. Anis kena tumbuk dimuka dan terkejut . mama tengok anis nak nangis tapi malu. Lepas tu kena siku di perut pula. Anis dah cakap sakit dan muka sudah berkerut tapi tak jadi nak nangis. Anis baru 1 jam duduk disana tapi mama dan nampak anis gelisah sahaja sebab tak enjoy nak main dengan mereka.

Tapi bila mereka main loncat-loncat dan nyanyi-nyanyi barulah mama nampak muka anis berseri dan main dengan enjoy dan suara anis pula yang lebih kuat dari mereka. Anis sangat seronok dan gelak-gelak juga sangat kuat.

Mereka dah biasa bergurau dan main tolak-tolak. jatuh tak apa, luka sedikit tak apa asalkan tak cedera parah. Anis bila selalu dengan mereka anis tentu akan dapat menerima gurauan mereka. Anis tak boleh juga manja sangat.

Kita tunggu pula bila pak Long /abang asraf sekeluarga nak datang rumah kita .

Hari ini mama masak nasi minyak, sambal udang, kurma ayam dan ayam goreng. Bila ingat nak makan nasi minyak dengan sambal udang - wah berseleranya mama.

Hari ini mama hantar anis kenursery - jalan kaki aja - sambil itu anis minta mama baca subhanallah, walhamdullilah, walaillah haillallah , walla huakabar - banyak kali sampai lah ke nursery. Tapi anis pun ikut juga membacanya dengan mama.

Anis baca dengan kuat dan orang yang lalu disitu pun toleh-toleh juga melihat anis.

Semuga anis sehat dan dilindungi Allah selalu.

Saturday, November 04, 2006

Shopping untuk Anis

Malam tadi, mama pergi Tesco dengan acik. Mama belikan talipinggan untuk anis. oren colour. And ada gambar bear . Mesti anis suka. Mama juga beli lip-glose untuk anis . Untuk mainan boleh lah. Anis tak boleh selalu ambil Mak Ti nya lip-stick. Tak sesuai untuk anis.

Nanti bila kita jumpa di stesen Komuter Seremban - mama akan buat surprise untuk anis.

Mama tak tidur dengan baik malam tadi, sekarang urat leher mama rasa tegang. Tak boleh pandang kiri dan kanan. Kena tegakkan leher sahaja. Tapi Mak Ti dah tolong urut dan sekarang mama rasa ringan sedikit. Insaallah mama akan rasa lega sedikit sakitnya dan mama boleh balik kampong jumpa anis hari ini. Jangan lupa nanti ambil mama di St Komuter.

Bye anis.

Friday, November 03, 2006

Hari ke 5 anis di kampong

Anis buat apa hari ini. Apa projek ayah - tangkap burung ke? Ayah bawa anis pergi memancing tak hari ini. Jika tak memancing, anis minta ayah bawa berenang atau main pasir sahaja di pantai. Bila pergi sebelah pagi, mama rasa lagi elok sebab tak panas sangat.

Minggu ini jika mama tak balik kampong, anis balik awal sikit (hari sabtu ke) , bolehlah kita pergi mandi sungai. Kita pergi camping (jangan lupa beritahu ayah untuk bawa balik khemah ke KL). OK kan. Air sungai lebih sejuk. Tentu anis seronok.

Minggu depan ayah dah mula kerja - so anis juga mula ke nursery. Jangan nangis pula bila kena bangun awal. OK.

Semuga anis sehat dan gembira dikampong menemani ayah menghabiskan cutinya. Mama tak dapat nak teman sebab cuti mama dah habis. Kerjapun banyak.

Bye anis.

Thursday, November 02, 2006

Rindu dengan anis

Anis balik kampong dengan ayah sudah empap hari . Dari hari isnin dan sekarang telahpun hari khamis. Anis masih lagi dikampong. Anis dan mama cuma berhubung melalui talipon sahaja. Anis dan ayah balik rumah nenek/atuk dirembau dulu - apa projek ayah kali ini? Buat kolam ikan ayahke? Malam tadi anis balik kerumah atuk/nenek di Melaka.

Bila anis nak balik jumpa mama ni. Rindulah mama dengan anis.

Semuga anis sehat dan gembira semasa di kampung bersama ayah.

Wednesday, November 01, 2006

Suasana 1 syawal









Pada 1 syawal tersebut anis dikejutkan oleh mama pada pukul 7.15 am. Cepat bangun anis sebab ayah sudah bersedia untuk ke masjid. Solat sunat aidil fitri. Tapi pukul 7.30 baru anis boleh bangun dan cepat-cepat mama pujuk anis untuk mandi dan memakai baju kurung raya berwarna biru muda bunga-bunga - sama dengan mama.

Kita pergi kemasjid dengan nenek yam dan atuk . Ramainya jemaah pada masa tersebut dan anis sangat gembira sebab ramai juga kanak-kanak disitu dan gembira tengok ramai orang memakai baju melayu dan bersongkok. Ini adalah baju idaman anis tapi tentulah mama tak belikan untuk anis. Anis sangat suka lakukan apa saja yang ayah lakukan. Ayah dah jadi mentor anis - sepatutnya mama yang yang jadi mentor anis.

Anis sudah faham untuk bersalam-salaman dengan orang yang lebih tua dan anis juga boleh ucapkan selamat hari raya semasa bersalaman dengan mereka. Tapi anis cuma berani ucapkan hari raya untuk mereka yang telah mesra dengan anis sahaja.

Selepas sembahyang raya kita pergi rumah moyang dan selepas itu kita balik kerumah atuk di Kuala Sg Baru, Melaka pula.

Nak ambil gambar anis semasa raya tapi tak dapat sebab anis telah rebut kamera tersebut dan ambil gambar semua orang. kecuali gambar anis. Mama attachedkan kreativiti anis - gambar atuk dan juga mama dan acik.

Friday, October 20, 2006

Balik kampong..raya! raya!

Semalam anis merajuk sebab ayah tak ambil anis dinursery. Dan malam pula tak ada orang dirumah nak main dengan anis kecuali mama. Ayah berbuka puasa ditempat kerja kerana Panglima datang untuk berbuka puasa ditempat kerja ayah. Anis talipon ayah dan jerit-jerit tanya ayah bila nak balik dan yang teruknya anis tak puas hati ...baling pula talipon mama. Nasib baik juga talipon mama tu alah bisa tegal biasa - masih lagi boleh berkhidmat untuk mama.

Malam ini lepas berbuka puasa kita balik kampong. Mama cuti 1 minggu dan kita boleh jalan ziarah-menziarah kesemua rumah saudara-mara dan kenalan.

Ini adalah sambutan raya ke-4 untuk anis. Yang pertama semasa anis berumur 3.5 bulan. Dan yang kedua semasa anis berumur 1 thn 3 bulan dan pada masa ini ayah dan mama tak beraya pun sebab anis demam panas. Tahun ketiga anis berumur 2 thn 3 bulan dan pada masa ini anis dah tahu bersalam-salaman cuma anis ada sedikit kehairanan. Tak berapa kenal 'pek warna hijau'. Anis bersalaman dengan pakcik & makcik tapi bila diberikan pek hijau - anis geleng kepala. Tak mahu ambil. Dan tahun ini mama tak tahulah apa respon anis. Tapi mama tak sabar nak bawa anis bersolat aidilfitri di masjid. Selalunya masjid akan penuh dengan jemaah dan yang terharunya ramai orang yang nangis-nangis. Sebab nya mungkin sedih kerana bulan ramadhan yang penuh keberkatan telah tamat dan mungkin juga teringkat kepada saudara yang telah pergi kerahmatullah dan mungkin juga sebab-sebab lainya.

Bila sudah sampai di kampong mama dah busy dengan persiapan untuk bantu nenek dirumah. Mama tak akan catit apa-apa untuk anis untuk 1 minggu ini. Insaalah lepas raya mama akan tulis untuk hiburan anis dan jika ada- mama akan insert photo juga.

Nanti malam raya - kita akan bertakbir. Kita tunggu orang kampong datang untuk bertakbir dari rumah kerumah. Selalunya orang lelaki sahaja dan perempuan tak ikutpun. Tak dibenarkan atau tak boleh - mama tak jelas sangat. Jadi anis tak boleh ikut ayah. Tunggu dirumah sahaja dengan mama. Sedih ke? Jangan sedih .. anis tolong mama sediakan minuman dan makanan untuk mereka ..OK.

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf zahir dan batin.

Thursday, October 19, 2006

Persiapan Raya untuk Anis

Hari ini ayah balik dari outstation. So, ayah akan ambil Anis di Nursery. Sure anis happy. Hari ini sudah 26 puasa dan suasana hari raya juga sudah mula terasa lebih hangat dari biasa - macam info HOT FM pula. Sebabnya di ofis mama - durian sudah jatuh. Anis faham maksudnya tak? Durian sudah jatuh ertinya - bonus raya sudah keluar. Dan kelakarnya Pak Cik Zaidi beritahu mama - dia bukan dapat durian sahaja tapi pokok dan akar pun dia korek terus.

Semua persiapan untuk raya sebenarnya mama dah sediakan, tak banyak pun. Baju kurung anis untuk Hari raya pertama adalah warna biru laut -nenek yang buat untuk anis. Dan ayah juga confirm untuk bawa anis pergi 'Sembahyang Raya' . Happynya, sebab mama dapat bawa anis pergi masjid dan anis mesti teruja sebab ramai jemaah dimasjid nanti. Lebih meriah suasana hari raya nanti.

Tahun ini kita akan beraya dirumah nenek di Rembau dulu, lepas tu barulah kita balik raya rumah nenek di Melaka.

Minggu lepas kita balik , kita cuma pasang 10 biji pelita sahaja tapi hari sabtu ini... ayah kata nak tambah lagi dan penuhkan sekeliling rumah nenek. Banyak tu .. mesti cantik nantikan.
Anis takut nak main bunga api - bagus juga sebab bahaya dan asap yang keluar dari bunga api tersebut tidak baik untuk kesihatan.

Masa ini anis dah bangun tidur tapi sedang menonton 'Little Chiken'. Today is a new day.

Semuga anis sehat selalu dan gembira melalui kehidupan kanak-kanak.

Tuesday, October 17, 2006

Anis Merajuk ke?

Anis jangan merajuk , nanti ini akan mengganggu mood anis untuk sepanjang hari. Hari ahad semalam kita pergi shopping Hari Raya untuk anis tapi - tiada satupun yang mama dapat beli untuk anis kecuali sepasang sandel (ada lampu) dan sehelai T-Shirt gambar Superman. Anisnya taste memang teruk. Begitu banyak pilihan yang mama suka , tapi anis pula tak suka. Banyak yang anis nak beli , tapi mama pula yang reject sebabnya memang tak sesuai untuk anis. Anis kan anak perempuan mama - mana boleh selalu nak pakai seluar sahaja. Mesti pakai baju kurung , mesti pakai skirt dan balus - dan mesti pakai tudung. Untuk menghalang dari koleksi baju superman dan little chiken bertambah-tambah dirumah - mama putuskan tak mahu beli lagi untuk anis.OK.

Setiap hari anis nak menonton video Pinggu . Tak boleh lah begitu kerana Pinggu cartoon yang tak berinteraksi dengan bahasa yang betul. Nanti anis tak boleh nak improve bahasa dan tak dapat nak memperkayakan perbendaharaan kata anis.

Anis hari ini telah 3 tahun 2 bulan 4 hari , dan perkembangan diri anis sekarang - anis telah mula berminat untuk mandi sendiri / tak benarkan sesiapa masuk kedalam bilik mandi bersama anis - tapi mama bimbang dan mama cuma memastikan supaya anis tidak kunci pintu bilik mandi tersebut.

Selain doa sebelum dan selepas makan yang dihafal oleh anis, anis juga telah dapat membaca Al Fateha sepenuhnya dan anis sangat suka dengan doa ' Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dosa ku dan juga ayah dan mamamuku dan jauhkan diriku dari azab api neraka'. Anis akan baca doa tersebut sebelum tidar dan juga bila anis nak pergi nusery.

Cuma mama sekarang mesti tegas untuk memulakan anis membaca Iqra - sebabnya Iqra 1 dari anis 2.7 bulan anis baca sehingga sekarang anis tak tumpu perhatian. Mungkin anis tak minat dengan huruf tersebut tapi anis cuma minat menghafal dan menyanyi sahaja. Mungkin ini adalah tahap perkembangan anis pada umur tersebut.

Mama memang tidak pernah memaksa cuba mama akan lakukan bila anis berminat sahaja dan menganggap ia salah satu permainan untuk anis.

Anis suka nyayikan mama lagu-
Gajah hidung panjang
Badan Hitam besar
Kaki macam tiang
Teling macam kipas ... lagi mama tak ingat

Hari ini sudah hari ke 24 kita berpuasa. Bila mama ambil anis di nusery nanati - kita beli bubur pulut hitam OK.
Anis suka maka bubur kacang dan juga bubur pulut hitam.
Semuga anis sehat selalu.

Friday, October 13, 2006

Untuk renungan anis

Maaf anis, lama mama tak tulis disini. Hari ini mama baca paper , salah seorang dari penyanyi yang popular semasa mama dibangku sekolah dulu, meninggal dunia kerana kanser paru-paru. Sebenarnya hanya 2 minggu yang lalu sahaja mama tahu tentang penyakitnya ini. ALFATIHAH untuk Alyarhamah Norseha (Seha)

Mama dapat bayangkan perasaanya itu, kerana mama juga mengalami perkara yang sama . Perasaan apabila mama dimaklumkan menghidapi kanser pada usia yang tak disangka-sangka. Perasaan terkejut , takut , bimbang, sedih - bercampur campur. Memang terpana rasanya. Dan walaupun mama tahu tentang kanser tapi tidak begitu detail. Kekurangan maklumat tentang penyakit tersebut membuatkan mama mempunyai perasaan yang negatif.

Bila mama mengambil keputusan untuk membuat langkah selanjutnya dan mengikuti semua rawatan perubatan yang dicadangkan - dari situ mama mula insaf dan sedikit demi sedikit mama mendapat kekuatan. Sokongan ayah anis amat mama hargai.

Mama bercuti sebulan selepas pembedahan - majikan mama memberi kelonggaran dan ini amat membantu mama untuk mendapatkan rehat secukupnya. Mama menjalani rawatan Rdthrapy untuk 21 kali dan mama juga menajalani KMthrpy untuk 6 kali. Semuanya ini mengambil masa 6 bulan baru lengkap semua rawatan.

pembedahan - mama tidak terlalu rasa kesakitannya begitu juga dengan RDthrapy tapi Kmthrapy - memang begitu terkesan kepada mama. Hampir 1 tahun bau ubat tu seperti ada saja dihidung mama. Mama juga tak boleh nak minum lagi air bali kerana sentiasa teringat saat semasa KMthrapy - untuk mengurangkan panas ubat KM tersebut mama selalu minum air bali / air buah kundur / keledek kayu ( 4 jam rebuspun tetap seperti kayu) -macam-macam yang mama minum. Dan Ayah anis juga sangat cute - setiap hari belikan mama aiscream SPLIT (Perasa lemon dan didalamnya full cream vanila). Rambut mama juga gugur semuanya - botaklah mama. Tapi alhamdulliah sekarang rambut mama dah cantikan.

Mama sentiasa ingatkan diri mama , semua yang mama terima adalah kurniaan dari tuhan, dugaan untuk mama sebagai hambanya - dan mama sentiasa redha setiap yang berlaku kecil atau besar , baik atau buruk akan ada hikmah disebaliknya.

Selepas 1 tahun 5 bulan mama melengkapkan rawatan kanser tersebut mama disahkan mengandung - Anis lah. Lima tahun mama berkahwin dan hari tersebut adalah hari yang begitu mengembirakan mama. Syukur pada tuhan kerana mengurniakan semuanya ini untuk mama.

Pada zaman 70/80an pesakit kanser hanya didengari dihidapi oleh orang yang berumur 50/60 tahun sahaja dan pada zaman mama pula umur 30/40 tahun dah biasa dengar dan dimasa akan datang tak tahulah pula berapa awal umur yang menghidap kanser ini.

Anis mesti jaga kesihatan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sehat. Buat masa sekarang mama dapat menyediakan makan dirumah untuk anis tanpa ada perasa tambahan dan juga masih dapat mengawal anis dari makan ayam '40 hari' - Anis lebih banyak makan ayam kampung . Dan anis juga belum tahupun untuk minta KFC - anis cuma tahu ayam goreng yang mama masak sahaja.

Semuga anis sehat dan dilindungi Allah selalu.

Monday, October 09, 2006

KuasaNya




Mama sambung kembali story berkenaan tsunami pada 26/12/2004. Begitu banyak kejadian yang tidak dapat digambarkan berlaku ketika itu. Apa yang dilihat adakalanya tidak disangka akan terjadi begitu. Apa yang mama ceritakan ini adalah dari pandangan mata Ayah Anis semasa di Aceh. Mama tak akan cerita apa yang telah mama baca dari mana-mana rencana yang ditulis oleh penulis lain.

Jika dilihat dari udara - hampir 10km dari pantai telah mengalami kemusnahan. Apa yang anis lihat digambar ini adalah sebahagian darinya. Segala tumbuhan dan struktur pembinaan telah hapus samasekali. Walaupun binaan masjid yang masih tinggal tapi kerosakan dan pemulihan masjid tesebut lebih dari 50%.

Lihat kapal yang berada ditengah daratan tersebut. Tak tahu berapa puluh tan beratnya kapal tersebut tapi ombak tsunami dapat menerbangkanya dari kawasan pantai kedaratan sehingga lebih dari 5km.

Ramai kawan-kawan anis yang kehilangan ibu-bapa dan menjadi anak yatim piatu. Mama insaf tentang kejadian ini. Mama selalu doakan semuga kanak-kanak tersebut tabah dan diberkati oleh oleh Allah selalu.

Kuasa Allah adalah mutlak. Kita didunia ini sementara sahaja. Apa juga yang berlaku adalah atas kehendakNya sebagai panduan dan pengajaran untuk kita. Mama mengingatikan diri mama sendiri. Begitu juga anis.

Semuga anis tabah dalam menjalani kehidupan ini dan mengingati Allah selalu.

Saturday, October 07, 2006

Mengambil iktibar


Untuk tatapan anis, mama sertakan disini sebahagian dari photo yang sempat ayah rakamkan semasa tusnami melanda Aceh pada 24 Disember 2004. Pada masa itu anis cuma berusia 1 tahun 4 bulan sahaja. Mungkin anis akan baca tentangnya dimana sahaja tentang tsunami ini. Tapi mama ingin anis mengenalinya dari mama bagaimana keadaan penerimaan kami masa berita tersebut diterima.

Pada masa ini kita sekeluarga dirumah atuk diMelaka. Dimaklumkan oleh jiran berlakunya gempa bumi di Aceh tapi mama ingatkan gempa bumi biasa sahaja tapi rupanya - Allah sahaja yang tahu apa hikmak diatas kejadianya itu. Anis tentu dapat lihat gambar yang mama sertakan diatas , bagaimana keadaan muka bumi Aceh. Mukabuminya boleh diandaikan bersih seperti kertas putih yang sedia untuk dicorakkan.
Mama akan sambung lagi, sebab sekarang mama nak pergi kerja. Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Tuesday, October 03, 2006

Mina dalam kenangan

30 September 2006 , kita balik Melaka selepas berbuka puasa dirumah Atok dan nenek di Rembau. Ramai sepupu anis berada disana. Anis malu-malu dan segan , tapi bila dah 20 minit -(after warmup) anis dah boleh join dengan mereka. Bermain di serambi dan ditengah rumah. Anis memang suka duduk dirumah atas sebabnya - bila melompat rumah kayu ini akan mengeluarkan bunyi dan yang penting boleh main turun tangga naik tangga. Anis bermain dengan Kak Rina - Kak Teh dan juga Haziq. Menu nenek pada hari tu - mee kari ayam. Dan anis makan dengan nikmatnya sebab ada mee dan ayam.

Kita sampai dirumah nenek di Melaka pada pukul 8.30 malam. Ayah sempatlah juga berterawikh di masjid biru.

Dan esoknya nenek maklumkan - Mina kucing kesayangan anis telah tiada. Mina telah mengalami keguguran pada hari pertama 3 ekor dan esoknya pula 1 ekor lagi. Mina berkeadaan uzur untuk dua hari tersebut. Dia tidak bermaya untuk makan dan cuma hanya minum sahaja. Kesian dengan mina. Tapi keadaannya sebelum itu adalah sehat dan tidak menunjukan sebarang masalah kesihatan.

Mina seekor kucing yang cantik dengan bulu kuning yang halus dan tebal. Muka mina memang sangat comel dan mina juga seekor kucing yang manja. Mina mempunyai citarasanya tersendiri. Mina boleh makan nasi dan ikan / Mina juga suka makan ikan sahaja yang diberi oleh Atuk setiap hari apabila pulang dari pasar. Tapi mina tak suka makan makanan kucing (seperti frikies). Dan satu yang amat jelas mina tak suka minu air yang telah disediakan untuknya didalam bekas yang kecil. Kesukaan mina bila nak minum ialah duduk diatas kolah bilik air nenek dan minum air didalam kolah. Jika air sedikit dan mina tak sampai untuk minum - minah akan duduk disitu tunggu sesiapa sahaja yang akan masuk ke bilik air untuk membantunya minum. Isikan air didalam gayung untuk mina minum.

Tapi mama tidak mempunyai gambar mina didalam simpanan. Jika ada tentu mama akan letakan gambarnya disini untuk tatapan semua.

Tak akan ada lagi ...mina yang akan curi-curi masuk kedalam bilik anis untuk sembunyi dalam almari baju / curi -curi masuk bermain disebalik tilam anis.

Sekarang kucing nenek cuma ada Hitam yang gemok , Kuning , Saiberia dan anaknya sipendek (macam kembar sebab serupa) dan juga Mira. Dan juga kucing jantan yang anis panggil namanya Kucing Daat - yang akan bersama dengan kucing nenek yang lainnya.

Hari ini 3/10/2006 - ayah outstation ke Butterworth untuk 2 hari dan nampaknya mama akan ambil anis dari nursery. Sorrylah anis terpaksa jalan kaki bila giliran mama yang pergi jemput anis di nursery. Dan anis juga terpaksa tunggu mama sehingga pukul 6.00 petang.

Semuga anis sabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Dalam menjalani kehidupan didunia ini anis memang kena sabar - sabar dan sabar kerana sabar ini tidak ada had dan sempadannya. Tiada kayu pengukur untuknya. Hanya tuhan yang akan membalasnya.
Semuga anis sehat sejahtera didalam lindungan Allah. Amin


Tuesday, September 26, 2006

Ramadhan datang lagi..

Hari pertama berpuasa anis , ayah, mama berada di Melaka rumah atuk. Anis cuma tiga tahun sahaja - tak perlulah anis belajar puasa. Pukul 11.00 pagi Anis sudah mandi dan bersedia untuk menunggang basikal. Nak mama temankan . Ok , boleh tapi tak perlulah lama sebab panas. Setuju dari rumah atuk sehingga kerumah sewa atuk. 500 Mtr cukuplah. Tapi nampahnya Anis masih besemangat nak teruskan menunggang - anis kata nak jogging . Dan Anis terus mengayuh basikal kecil tu sehingga depan Kolej Islam Melaka dan terus lagi sehingga ke Masjid Biru - dan pusing terus kerumah atuk. Aduh jauhnya mama terpaksa jalan kaki. Tapi Anis memang sangat happy.

Dalam perjalanan tersebut , ada kereta lalu. Dan mama warning anis untuk ketepi sebab kereta nak lalu. Tapi anis kata - mama itu bukan kereta, mama tengok 'atas kepala tu' sambil mengangkat kedua tangan diatas kepala Anis untuk membentuk plat empatsegi- itukan teksi. Mama ni salah cakaplah. Itu bukan kereta, itu TEKSI. Eem.. anak mama nak betulkan statement mama - tak tahu nak jawap apa.

Mungkin anis juga rasa dahaga dan minta mama buatkan Air oren - Nah minumlah segelas Glugos perasa Oren untuk anis. Anis nak cuba resepi baru - minta mama kokocrunh tapi rendam dan makan dengan air oren!!!. Bestke Anis ? Tak cukup untuk Anis nampaknya, minta mama nasi dan special request lauk Ayam. Kebetulan nenek ada masak Kari Ayam. Alhamdullilah , banyak juga Anis makan.

Tiada aktiviti memancing atau ke laut untuk Ayah - puasa pertama ni duduk dirumah sajalah. Petang sebab dah janji dengan Anis untuk beli kasut yang ada lampu. Kita pergi ke Masjid Tanah tapi banyaknya kereta dan ramainya orang. Mama dapat beli untuk Anis kasut berlampu hanya RM 10.00 sahaja dan Anis pun ...terus paka i untuk show dengan Ayah dan sampai rumah atuk .. semua orang puji kasut berlampu Anis. Senyum sokmo anis hari ini.

Melihat hidangan untuk berbuka puasa , anis teruja dan tak sangka mama anis boleh makan satu senduk nasi dan juga 2 pring bubur kacang. Anis suka baca doa makan dan untuk berbuka puasa pada petang itu saja anis baca 3-4 kali .

Ayah nak pergi masjid untuk sembahyang terawih / mama juga nak pergi tapi Anis masih kecil - mama takut nanti ada gangguan untuk bawa anis. Anis sebenarnya boleh mencuba situasi tersebut. Bagaimana rasanya bila berada didalam masjid dan juga sembahyang beramai-ramai. Sebelum tu ayah dan mama telah berbincang - samaada anis patut pergi atau tidak dan bila tanya kepada anis - jawapan anis ; anis nak pergi masjid tapi anis nak sembahyang sikit sahaja. (Sikit sahaja maknanya sekejap sahaja ) Biasanya anis akan pakai telekung dan angkat tangan baca doa lepas tu terus buka telekung - tak sampaipun 1 minit. Sukar juga mama nak bawa anis ke masjid. Takpalah mama tunggu minggu kedua - patut bawa anis atau tidak.

Semuga Anis sehat dan gembira selalu.

Friday, September 22, 2006


ANIS, sedang buat apa?

Hari ini ayah dan anis balik kampong - tapi mama masih di Kg Pandan sebab mama kerja hari ini dan juga esok. Hari ini ayah tak kerja dan ayah nak balik awal kekampong untuk hobbynya - memancing/menjala/menjaring disungai. Dan anis pula - sudah kena sindrom balik kampong , sudah pastinya Anis lebih suka ikut ayah dari tinggal dengan mama dan terpaksa ke Nursery.

Sebenarnya, mama sangat gembira sekiranya anis gembira dengan suasana kehidupan dikampong. Anis boleh bergembira dengan ternakan dan alam semulajadi yang terdapat dikampong. Pada peringkat umur ini - Anis mesti lebih berani menerokai sesuatu yang baru. Bagi mama , umur 3 tahun adalah tahun yang hebat dan penuh tenaga untuk kanak-kanak.

Kambing Atuk, Lembu Atuk dan ikan -ikan sungai yang ayah/atuk/pak busu tangkap - Anis sememangnya sangat berminat, Tapi anis takut dengan kambing atuk sebab kambing-kambing atuk ni jinak. Kambing atuk akan datang hampir dengan anis especially bila anis makan kacang parang.

Dan Anis akan lagi enjoy bila balik rumah atuk di kuala , sebab anis sememangnya sangat teruja dengan pantai. Dan semestinya ayah akan bawa anis pergi kepantai - tak dapat berenang cukuplah dengan main pasir sahaja. Anis suka dengan ayam belanda - dan anis akan lawan jerit dengan ayam belanda - suara siapa yang paling kuat. Dan kucing-kucing nenek , Mira , Minah, Hitam, Siberia, Pendek , Putih - banyak nya kucing nenek. Anis akan teruja bila melihat mereka - dan selalu ingatkan mama - tak boleh marah dan pukul Mira . Anis sangat sayang dengan Mira dan Minah.

Anak mama yang cerdik, mama suka jika anis mempunyai sikap penyayang . Teruskan sikap anis ini kerana tidak merugikan bagi pandangan mama.

ESOK adalah hari terkahir bulan rejab. Dan Lusa kita akan mula berpuasa. Mama pernah tanya samaada Anis ingin berpuasa bersama - anis seperti faham kita tak boleh makan dan minum pada siang hari tapi rasa kelakar bila anis kata bila puasa boleh makan vitamin yang besar. (Vitamin didalam Botol yang besar)

Anis, jangan lupa ambil mama dan acik di Stesen Komuter di Seremban.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN UNTUK SEMUA.
Anis dan Mama didalam perjalan ke Pine Resort.
Dan sebelah tu pula, Anis dan Ayah di Pine Resort.
Insyaalah jika diizinkan oleh Allah, kita pergi lagi -OK.


PERCUTIAN DI GUNUNG KINABALU

Gembiranya mama anis bila dapat melihat Gunung Kinabalu tersebut. Terlihat saja cabang lima di puncaknya terasa sungguh nikmat bagi mama. Besarnya dan hebatnya ciptaan Allah itu.
Dan dari Pine Resort - Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dan cantik sekali pemandangannya. Ayah dan mama Anis tak berhenti-henti ambil gambar puncak Gunung tersebut dari beberapa sudt yang kami rasa menarik. Kelakarnya, awan gelap tu ada saja disitu tak mahu lari. Jadinya gambar yang ayah dan mama ambil tidaklah secantik mana.

Thursday, September 21, 2006

SENYUMAN ANIS.....

Susahnya Mama nak bangunkan Anis dari tidur hari ini. Hampir setengah jam mama berbicara sendiri tapi Anis masih lena tidur. Dan hari ini , pertama kali Anis pergi ke Nursery dengan menaiki motosikal - Pakcik Zaidi yang hantar. Anis memang gembira - for this experience. Mama boleh gambarkan Anis tersenyum sepanjang perjalanan ke Nursery.
Semuanya itu adalah pengalaman dan proses pembelajaran untuk Anis. Mama doakan Anis sehat sejahtera dan gembira didalam lindungan Allah selalu hendaknya. Amin
Wassalam

Wednesday, September 20, 2006

Langkah Pertama

Bismillahirahmannirahim
Mama memulakan langkah pertama dengan menciptakan blog ini untuk Anis. Dan Insa'Allah kita sekeluarga akan berkongsi rasa dengan catatan yang akan mama titipkan untuk Anis disini.
Semuga Anis sehat sejahtera didalam lindungan Yang Maha Esa. Amin

Mama - Sept 20, 2006