Daisypath Wedding tickers

Monday, January 29, 2007

Pesona Anis

Minggu ini kita balik rumah atuk rembau dulu dan tidur disana. Ayah dah lama tak berendam disungai . Sejak 2 minggu yang lepas hujan tak turun dan cuaca di kampong panas. Air sungai dah mula kering dan air perigi dirumah nenek juga telah kelihatan kemerahan.

Ayah ambil peluang untuk menjaring dan menangkap ikan. Jika musim kering begini dan air sungai mula cetek ..inilah masanya waktu yang sesuai untuk makan ikan sungai dan ikan kolam. InsaAllah ..boleh makan ikan haruan yang segar dan manis. Banyak khasiatnya.

Petang sabtu ayah dah mula menjaring dan malam pula ayah pergi memancing di sungai dengan busu .Hari Ahad ..ayah bawa anis pergi memancing pula. Cuaca panas dan muka anis bukannya merah tapi sudah jadi hitam biru.

Dan pukul 3 ptg Ahad baru kita balik rumah atuk di Melaka. Anis rindu dengan basikal anis. Turun kereta saja anis dah masuk rumah dan ambil basikal. Rumah nenek agak besar dan tak banyak perabot jadi boleh lah anis berlegar-legar dengan basikal dari rumah depan hingga terus ke dapur. Anis tak perlu nak main basikal di luar sebab cuaca panas.

Lepas magrib kita berkemas untuk balik ke KL tapi anis bersungguh-sunguh nak berhenti rumah atuk rembau dulu sebelum balik KL. Ayah tak mahu sebab nanti lewat sampai KL. Anis pula merajuk tarik muka 14..terpaksalah ayah berhenti dirumah atuk Rembau. Anis makan bubur kacang dan makan nasi. Kita sampai KL pukul 11.00 malam. Masa dikereta anis dah tidur, bila sampai dirumah pula anis tak boleh nak sambung tidur. Ayah dengan internet dan anis pula dengan CD. Mama pun tak tahu pukul berapa anis tidur.

P/S. Mama ingin mengenangkan stroy yang anis buat menyebabkan mama dan ayah ketawa.
Mama : Anis, tadi mama nampak kawan anis kakinya sakit. Kakinya berbalut kain dan juga mamanya dokong kawan anis tu. Siapa namanya.
Anis : Oh.. fakrul. Namanya fakrul. Kakinya balut sana, balut sini. Dia pergi sekolah pakai seliparrrr aje.
Mama: Kaki nya kenapa. Dai jatuh di rumah Che ke?
Anis : Emmm ye.
Mama : Dia jatuh dirumah dia tak?
Anis : Diam.. tak jawabpun.
Mama: Anis , mama tanyani...Fakrul jatuh dimana?
Anis : Mama Fakrul main dekat dalam hutan.
Ayah : Betulke mama... fakrul main dalam hutan?
Mama dan ayah ...percaya fakrul main dalam hutan dan nak tahu cerita selanjutnya. Dan....
Anis : Ya mama...lepas tu ..tiger gigit kaki dia. Gigit sana..Gigit sini.
haha...dan sah kena kelentong dengan anis tapi mama layan saja...
Mama: Tiger tak gigit Anis ke?
Anis : Tiger tu tak nampak anis.

Mama dan ayah ketawa..sebab kami berdua memang percaya yang Fakrul tu pergi main didalam hutan dan memang nak tahu selanjutnya apa yang berlaku...rupanya khayalan anis.

Hari ini 10 Muharram... ayah kata hari ini adalah hari jadi untuk semua kejadian.

Mama doakan semuga Anis dilindungi Allah selalu. Semuga Anis sehat. Semuga Anis diberi petunjuk oleh Allah dalam apa jua yang Anis lakukan.