Daisypath Wedding tickers

Friday, October 22, 2010

Sedihnya..


Assalamualaikum Anis,

Semalam 21-10-2010, hari peperiksaan terakhir anis untuk sekolah kebangsaan
Subjek akhir ini adalah Pendidikan Seni.
4 soal dan anis boleh pilih satu darinya yang anis rasa minat untuk lakukan.
Anis minat untuk membuat kerja tangan dari platisin (tanah liat) untuk membuat peralatan dapur seperti periuk, pinggan, cawan dan sebagainya.

Dan anis pilih untuk membuat periuk...dan malam sebelum peperiksaan mama dan anis dah reka, bagaimana bentuk dan corak yang akan kita lakukan keatas periuk itu nanti.

Tapi sebelum tu mama dah nasihatkan anis untuk mengambil soalan lain iaitu melukis gambar buah-buahan dan warnakan dengan krayon atau juga water colour. Tapi Anis tak mahu dan nak cuba yang lain.

Pukul 12.30 tgh. mama tunggu anis dipintu pagar sekolah...mama tak nampak anis lagi. mama rasa lambat pula anis keluar hari ini. Dan Mama nampak anis keluar dari kelas menuju ke Mama tapi mama lihat anis sangat sedih. Tak senyum dan muka anis 'sarat dengan kerisauan'.

Mama tanya kenapa , anis diam tak jawab...mama rasa memang anis dalam kesedihan.

Sampai dirumah anis , keluarkan tilam dan nak susu. Anis buka CD Jumboi Biru dan minum susu. Bila mama mula bertanya , teka-meneka tentang masalah anis, akhirnya anis ceritakan .

Sambil menangis anis kata ' periuk yang anis buat dari tanah liat dah pecah dan anis tak sempat nak hantar untuk markah pendidikan seni. Cikgu tak benarkan anis balik. Anis risau ayah marah , dan juga mungkin anis dah sedih dengan apa Cikgu Fauziah katakan pada anis sebelum ni.

Mama terkejut juga apa yang dah berlaku....tapi bagi mama yang dah lepas tu anis tak perlu ingatkan jika dia buat anis sedih dan membebankan perasaan anis. Tapi anis kena belajar dari kesilapan tersebut.

Dan anis juga ada lagi peperiksaan pada petang nanti. Tajwid dan Sirah.

Dan petang pula selepas anis balik dari sekolah petang, mama tengok anis nangis lagi....kenapa pula ni.? Rupanya anis jatuh di sekolah dan luka sedikit di lutut dan juga luka dihidung.
Dah pun bertanda anak mamanya hidung. Macamana nak ambil gambar family ni... hidung dah bertanda pula.

Apa yang berlaku ni tentu ada pengajaran dan mama harap anis boleh belajar dari kesilapan.

Mama doakan anis dilindungi Allah selalu. Amin

Wednesday, October 20, 2010

Minggu peperiksaan


Assalamualaikum Anis.

Lebih dari seminggu mama tak menulis untuk Anis.
MInggu ni mama sibuk dengan kerja...banyak tender dan shipment.

Dan Anis pula .....lagi sakit kepala. Minggu ni adalah Minggu peperiksaan.
Dari 18-10-2010 sehingga 21-10-2010 adalah hari peperiksaan sekolah pagi - Sekolah Kebangsaan.

Dan untuk sekolah petang pula Sekolah Agama Al Watan - Anis juga ada peperiksaan.
Dan di Al Watan, tempoh peperiksaannya agak panjang bermula dari 18-10-2010 sehingga 25-10-2010.

Ada yang kata ....pecah kepala sebab pagi petang ada peperiksaan. Anis pula bagaimana???
Anis tenang ya...dan buat apa yang Anis mampu. Yang penting usaha tu kena sentiasa digandakan. Hidup terus hidup dan usaha tanpa jemu.

Mama doakan semuga Anis sentiasa diberkati dikehidupan dunia ini dan juga akhirat nanti. AMIN.