Daisypath Wedding tickers

Wednesday, November 08, 2006

Transit Planet Utarid

Apa yang akan berlaku pada esok hari (Khamis - 9 Nov 2006) adalah Transit Utarid melalui matahari. Mama akan catitkan untuk pengetahuan anis.

Transit Planet utarid akan berlaku pada hari Khamis 9/11/2006 (esok) apabila matahari terbit pada jam 6.57 pagi sehingga 8.10 pagi.

Transit planet Utarid adalah peristiwa astronomi apabila planet berkenaan melintasi matahari. Transit ini boleh berlaku apabila planet Utarid berada di tengah-tengah antara matahari dan bumi ketika mengelilingi matahari dan ketiga-tiga objek ini berada dalam satu garisan lurus.

Transit ini boleh berlaku dengan purata sekali dalam setiap 10 tahun sekali. Transit yang terakhir berlaku pada 2003.

Untuk makluman anis transit adalah peristiwa objek samawi melintasi dihadapan objek lain yang saiznya jauh lebih besar dan kebiasaanya hanya berlaku membabitkan planet Utarid dan Zuhrah kerana kedudukan orbit masing-masing berada diantara matahari dan bumi. Transit zuhrah berlaku 34 kali dalam tempoh 243 tahun.

Planet lain tidak berpeluang melintasi matahari dan bumi kerana kedudukan orbit masing-masing berada diluar orbit bumi.

Mama sebenarnya sangat berminat dengan astronomi. Mama juga harap anis mempunyai minat yang tinggi dengan ilmu astronomi. Tapi mama tak tahu begitu banyak tentang astronomi. Jika anis berminat , mama akan berikan galakan untuk anis. Bila membayangkan begitu banyak perkara yang akan kita ketahui dalam perkara yang tidak ketahui - wow !! seronoknya. Ilmu Allah memang sangat hebat.

P/S Malam tadi Pak Long dan abang Asraf datang rumah kita - anis rasa cemas sebab semua barang mainan anis di kuasai oleh abang asraf dan adiknya. Nak duduk dikerusi goyang anis - pun tak dapat sebab Akmal Asri tak bagi peluang untuk anis duduk disitu. Nak main kereta pula , Abang asraf sedang pandu uji. - So, macamana ni. Dan akhirnya anis duduk dipangku mama.
Tak apalah mereka main mainan anis sebab , mereka pun nak berkongsi juga dengan anis. Lain kali anis kena main bersama dengan mereka dan tak boleh nak merajuk duduk sebelah mama atau ayah.

Semuga anis gembira selalu.

No comments: