Daisypath Wedding tickers

Thursday, March 29, 2007

Anis

Sabtu ni kita akan menyambut Maulidul Rasul. Cuti hari sabtu dan insaalah selepas kerja, jumaat nanti kita akan balik kampong. Mama dah semakin kurang menulis untuk anis disini. Setiap hari kerja mama didepan komputer dan bila malam pula nak berdepan dengan komputer lagi..mama dah tak larat.
Mungkin mama dah semakin tua agaknya , sekarang mata mama mudah rasa letih. Radiasi dari komputer seperti ubat chemmotherapy yang pernah mama lalui dulu. Badan rasa letih.
Kerja juga semenjak January lalu agak banyak dan sebahagian dari usaha mama untuk mendapatkan kontrak dah menunjukkan hasilnya. Untuk tahun ini insaalah tak perlu nak bimbang lagi. Mama dah berjaya untuk 3 kontrak - di Sabah 700K , dan di KL 2.8M dan 1.9 M. Sekarang mama sdg berusaha utk 2 kontrak lagi juga di KL. Doakan utk mama berjaya. Jika berjaya boss mama boleh senyum.
Untuk tahun ini rasanya , kita terpaksa tangguhkan cuti bulan Julai, kerana ada 2 shipment akan sampai pada bulan tersebut. Arrangement untuk item ni agak sukar dan cerewet. Insulator adalah barang yang mudah pecah dan shipment untuk kali ini agak banyak mungkin 35 kontena. Dan logistik adalah yang amat mencabar untuk mama. Selalu tegang urat dengan store keeper / kontena driver / sebab mereka ni dah keletihan.

Anis sekarang dah dapat 1 basikal sederhana besar. Dan bila ke sekolah anis akan menunggang basikal tersebut dan mama menjadi jurupandu arah serta pasukan bantuan kerana ada masa anis tak mahu kayuh basikal tersebut dan mama kena dorong untuk anis.

Sejak cuti penggal pertama yang lalu anis dah tak berapa minat nak sekolah. Ini kerana:-
1. pada cuti penggal tersebut , ramai yang bercuti dan tidak ke nursery. Cuma anis sahaja yang ke nursery. Tidak ramai kawan. Cuma anis sahaja perempuan. Anis rasa bosan dan sedikit kecewa bila mereka semua bercuti balik ke kampong selama 1 minggu. Dan anis kecil hati kerana anis tak dapat balik kampong dalam jangka masa yang lama seperti mereka.

2. pada cuti penggal tersebut juga Che Da bercuti. Dan anis rasa rindu dengan Che Da sehingga demam dan kejutkan mama pukul 3.00 pagi dan minta mama talipon Che Da.

3. anis rasa sukar dengan kelas Iqra. Mama akui anis memang handal menghafal tapi anis masih sukar untuk mengenal huruf. Dan kelas Iqra pula adalah cikgu baru , tak friendly dengan kanak-kanak. Belum berapa pandai untuk menanggani kanak-kanak seperti anis.

Bagaimana untuk mama membantu anis?

Walauapa pun jua mama terpaksa bertegas untuk anis ke sekolah.
Dan untuk kelas Iqra , seperti selalu mama akan ajar anis dan mama akan minta cikgu tak perlu ada sesi soal jawab dengan anis. Cuma anis perlu join kelas tersebut dengan membaca mengikut arahan cikgu. Supaya anis tidak rasa tekanan bila tidak dapat menjawab soalan cikgu.

Mama cuma nak anis gembira dengan apa yang anis lakukan. Dan sudah tentu apa yang anis lakukan adalah sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk anis.

Adakah anis terlalu manja?

Mungkin juga anis terlalu manja. Tapi memang wajar sebab anis kan anak perempuan. Walaupun anis agak lasak dengan aktivi luar tapi anis sangat sensitif dan emosi. Mama mungkin cepat marah tapi tak ada yang dapat kesan mama sedang marah , kerana mama penyabar dan tak dapat nak meninggi suara. Memang anis tak pernah gerun dengan mama pun.

Anis boleh di rotan tak?
Ayah kata boleh tapi tak boleh selalu. Nanti alah bisa tegah biasa.
Mama dapati mama ni banyak cakap dengan anis. Bila minta anis buat sesuatu, mama terpaka ulang sehingga 7,8 kali. Nak minta anis pergi mandi pun terpaksa mama ulang 5/6 kali baru anis nak pergi atau anis jawap tak nak mandi.
Bila sudah mandi tak mahu berhenti main air. Nak suruh selesai anis nanti akan cakap..mama ni last,, tapi last tu dengan maksud 3 jari. ertinya ada tiga kali lagi sabun & shower yang belum selesai.

Mama taku juga nanti mama tua sebelum waktunya. Sebab mama dan suka berleter dengan anis. Mama kena hentikan ini.

Nanti mama sambung lagi. Semuga anis sehat dan sejahtera selalu.