Daisypath Wedding tickers

Friday, October 20, 2006

Balik kampong..raya! raya!

Semalam anis merajuk sebab ayah tak ambil anis dinursery. Dan malam pula tak ada orang dirumah nak main dengan anis kecuali mama. Ayah berbuka puasa ditempat kerja kerana Panglima datang untuk berbuka puasa ditempat kerja ayah. Anis talipon ayah dan jerit-jerit tanya ayah bila nak balik dan yang teruknya anis tak puas hati ...baling pula talipon mama. Nasib baik juga talipon mama tu alah bisa tegal biasa - masih lagi boleh berkhidmat untuk mama.

Malam ini lepas berbuka puasa kita balik kampong. Mama cuti 1 minggu dan kita boleh jalan ziarah-menziarah kesemua rumah saudara-mara dan kenalan.

Ini adalah sambutan raya ke-4 untuk anis. Yang pertama semasa anis berumur 3.5 bulan. Dan yang kedua semasa anis berumur 1 thn 3 bulan dan pada masa ini ayah dan mama tak beraya pun sebab anis demam panas. Tahun ketiga anis berumur 2 thn 3 bulan dan pada masa ini anis dah tahu bersalam-salaman cuma anis ada sedikit kehairanan. Tak berapa kenal 'pek warna hijau'. Anis bersalaman dengan pakcik & makcik tapi bila diberikan pek hijau - anis geleng kepala. Tak mahu ambil. Dan tahun ini mama tak tahulah apa respon anis. Tapi mama tak sabar nak bawa anis bersolat aidilfitri di masjid. Selalunya masjid akan penuh dengan jemaah dan yang terharunya ramai orang yang nangis-nangis. Sebab nya mungkin sedih kerana bulan ramadhan yang penuh keberkatan telah tamat dan mungkin juga teringkat kepada saudara yang telah pergi kerahmatullah dan mungkin juga sebab-sebab lainya.

Bila sudah sampai di kampong mama dah busy dengan persiapan untuk bantu nenek dirumah. Mama tak akan catit apa-apa untuk anis untuk 1 minggu ini. Insaalah lepas raya mama akan tulis untuk hiburan anis dan jika ada- mama akan insert photo juga.

Nanti malam raya - kita akan bertakbir. Kita tunggu orang kampong datang untuk bertakbir dari rumah kerumah. Selalunya orang lelaki sahaja dan perempuan tak ikutpun. Tak dibenarkan atau tak boleh - mama tak jelas sangat. Jadi anis tak boleh ikut ayah. Tunggu dirumah sahaja dengan mama. Sedih ke? Jangan sedih .. anis tolong mama sediakan minuman dan makanan untuk mereka ..OK.

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf zahir dan batin.

Thursday, October 19, 2006

Persiapan Raya untuk Anis

Hari ini ayah balik dari outstation. So, ayah akan ambil Anis di Nursery. Sure anis happy. Hari ini sudah 26 puasa dan suasana hari raya juga sudah mula terasa lebih hangat dari biasa - macam info HOT FM pula. Sebabnya di ofis mama - durian sudah jatuh. Anis faham maksudnya tak? Durian sudah jatuh ertinya - bonus raya sudah keluar. Dan kelakarnya Pak Cik Zaidi beritahu mama - dia bukan dapat durian sahaja tapi pokok dan akar pun dia korek terus.

Semua persiapan untuk raya sebenarnya mama dah sediakan, tak banyak pun. Baju kurung anis untuk Hari raya pertama adalah warna biru laut -nenek yang buat untuk anis. Dan ayah juga confirm untuk bawa anis pergi 'Sembahyang Raya' . Happynya, sebab mama dapat bawa anis pergi masjid dan anis mesti teruja sebab ramai jemaah dimasjid nanti. Lebih meriah suasana hari raya nanti.

Tahun ini kita akan beraya dirumah nenek di Rembau dulu, lepas tu barulah kita balik raya rumah nenek di Melaka.

Minggu lepas kita balik , kita cuma pasang 10 biji pelita sahaja tapi hari sabtu ini... ayah kata nak tambah lagi dan penuhkan sekeliling rumah nenek. Banyak tu .. mesti cantik nantikan.
Anis takut nak main bunga api - bagus juga sebab bahaya dan asap yang keluar dari bunga api tersebut tidak baik untuk kesihatan.

Masa ini anis dah bangun tidur tapi sedang menonton 'Little Chiken'. Today is a new day.

Semuga anis sehat selalu dan gembira melalui kehidupan kanak-kanak.

Tuesday, October 17, 2006

Anis Merajuk ke?

Anis jangan merajuk , nanti ini akan mengganggu mood anis untuk sepanjang hari. Hari ahad semalam kita pergi shopping Hari Raya untuk anis tapi - tiada satupun yang mama dapat beli untuk anis kecuali sepasang sandel (ada lampu) dan sehelai T-Shirt gambar Superman. Anisnya taste memang teruk. Begitu banyak pilihan yang mama suka , tapi anis pula tak suka. Banyak yang anis nak beli , tapi mama pula yang reject sebabnya memang tak sesuai untuk anis. Anis kan anak perempuan mama - mana boleh selalu nak pakai seluar sahaja. Mesti pakai baju kurung , mesti pakai skirt dan balus - dan mesti pakai tudung. Untuk menghalang dari koleksi baju superman dan little chiken bertambah-tambah dirumah - mama putuskan tak mahu beli lagi untuk anis.OK.

Setiap hari anis nak menonton video Pinggu . Tak boleh lah begitu kerana Pinggu cartoon yang tak berinteraksi dengan bahasa yang betul. Nanti anis tak boleh nak improve bahasa dan tak dapat nak memperkayakan perbendaharaan kata anis.

Anis hari ini telah 3 tahun 2 bulan 4 hari , dan perkembangan diri anis sekarang - anis telah mula berminat untuk mandi sendiri / tak benarkan sesiapa masuk kedalam bilik mandi bersama anis - tapi mama bimbang dan mama cuma memastikan supaya anis tidak kunci pintu bilik mandi tersebut.

Selain doa sebelum dan selepas makan yang dihafal oleh anis, anis juga telah dapat membaca Al Fateha sepenuhnya dan anis sangat suka dengan doa ' Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dosa ku dan juga ayah dan mamamuku dan jauhkan diriku dari azab api neraka'. Anis akan baca doa tersebut sebelum tidar dan juga bila anis nak pergi nusery.

Cuma mama sekarang mesti tegas untuk memulakan anis membaca Iqra - sebabnya Iqra 1 dari anis 2.7 bulan anis baca sehingga sekarang anis tak tumpu perhatian. Mungkin anis tak minat dengan huruf tersebut tapi anis cuma minat menghafal dan menyanyi sahaja. Mungkin ini adalah tahap perkembangan anis pada umur tersebut.

Mama memang tidak pernah memaksa cuba mama akan lakukan bila anis berminat sahaja dan menganggap ia salah satu permainan untuk anis.

Anis suka nyayikan mama lagu-
Gajah hidung panjang
Badan Hitam besar
Kaki macam tiang
Teling macam kipas ... lagi mama tak ingat

Hari ini sudah hari ke 24 kita berpuasa. Bila mama ambil anis di nusery nanati - kita beli bubur pulut hitam OK.
Anis suka maka bubur kacang dan juga bubur pulut hitam.
Semuga anis sehat selalu.