Daisypath Wedding tickers

Saturday, December 30, 2006

Menanti Hari Raya Aidil Adha

Hari ini mama dah kemaskan sebahagian barang anis untuk dibawa balik ke kampong. Tapi beg baju , anis nak kemas sendiri. So make sure , mama balik dari office nanti semuanya anis dah pack. Bagaimana, anis nak ikut tak mama solat raya pada kali ini. Rasanya kita akan solat di masjid biru. Anis tak pernah masuk di masjid biru ni lagi. Anis cuma lalu saja. Mama rasa anis mesti ikut mama.

Tahun ini ayah cuma korban 1 bahagian sahaja. Kongsi dengan kawan-kawan ditempat kerjanya. 1 ekor lembu di kongsi 7 (Pembahagian yang Sah). Bila ada rezki lebih.. insaalah kita akan buat korban lagi.

Malam tadi Mak Ngah datang hantar busu. Tapi anis tak dapat nak jumpa mereka semua semua sebab anis tidur awal. Busu akan balik dengan anis atau mungkin busu naik kereta acik. Sbb acik balik awal dan anis pula nanti nak singgah rumah nenek rembau dulu.

P/S****..anis sangat gembira bila mama tunjukkan baju baru anis yang mama beli ( ada lampu seperti papan iklan - bergambar heart ... cantiknya. ) Seperti baju ramlah ram ...kau kunci cintaku dihatimu. Bila ditekan button tersebut akan dapat dilihat cahaya yang berkelip-kelip berbentuk heart. Sebenarnya baju ni mama rasa mahal tapi sebab seronok dengan lampu-lampu yang boleh bercahaya dibaju tersebut mama belikan juga untuk anis. Mama juga gembira bila terlihat senyuman anis yang berseri-seri sehingga anis sendiri tidak boleh berkata-kata bila melihat lampu-lampu dibaju tersebut. Senyuman yang tersangatlah manisnya.

Thursday, December 28, 2006

Anis mengenali sesuatu

Sorry anis, mama tak dapat lagi nak postkan gambar anis disini. Sebabnya mama lupa dan blur macam mana nak gunakan digital camera tu. Sabar ..mama akan cuba lagi.

Semalam di pasar malam, anis mengenali sesuatu. Mama tahu anis terperanjat tapi anis memang iniin mengetahui selanjutnya.
Anis tak lupa bawa syiling untuk diberikan kepada pak cik/mak cik yang cacat penglihatan dipasar malam tersebut. Dan anis suka bila pak cik/mak cik tu .. dengar saja bunyi duit syiling yang anis berikan...mereka akan kata .."ambil tisu. Terima kasih". Tapi mama tak mahu anis ambil sebab anis tak gunakan tisu tersebut. Biar pak cik/mak cik beri pada mereka yang lain.

Dan anis jalan lagi dan kita nampak dua orang kerdil memegang kotak besar untuk meminta sumbangan iklas dari orang ramai. Anis teruja sebab ada kotak besar dan mereka berdua juga dari penglihatan anis seperti kawan anis sahaja ..sebab mereka lebih tinggi sedikit sahaja dari anis.

Tapi bila anis melangkah untuk masukkan duit kedalam kotak tersebut anis terperanjat bila kakak itu memandang anis. Dan langkah anis juga terhenti. Mama faham kerana wajah kakak tersebut adalah lebih dewasa dari anis dan juga kelihatan dewasa seperti mama. Dan bukan seperti kawan-kawan anis yang lain.
Anis tak dapat teruskan , dan mama tolong masukan duit tersebut.

Anis : Mama kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil.
Anis : Mama, kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil.
Anis : Mama , kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil. (Dah tiga kali tanya ni!!).
Anis : Mama, kakak tu kecil ..nanti nak jadi apa?
Mama: Nak jadi apa?...nanti bila besar kakak tu akan jadi... (salah ni...kakak tu tak boleh besar)...Ohh !! nanti kakak tu akan jadi doktor. Kakak tu akan tolong orang bila dia jadi doktor.
Anis: Oh

Sebenarnya mama agak keliru dengan pertanyaan anis. Cuma harapan mama jawapan yang mama berikan itu adalah satu yang positif pada pandangan anis.

P/S Anis nak pakai tudung masa pergi pasar malam. Dengan tudung tersebut anis lebih kelihatan seperti kanak-kanak di Aceh. Pakaian yang anis gayakan .. sememangnya 100% dari cita rasa anis. Mama memang tak ada peluang nak pilihkan untuk anis. Sejak anis berusia 2 thn 6 bulan. Sebab anis tak pernah setuju. Nak pilih sendiri.

Tuesday, December 26, 2006

Hujung Minggu di KL

24 / 25 December adalah hari cuti. Sepatutnya kita ada di kampong, tapi ayah tak nak balik kampong. Mama dan anis menghabiskan hujung minggu yang boring duduk di KL . Hari sabtu - pergi Tesco . Main di plaground disana begitu juga hari minggu pergi ke Jaya Jasco dan anis main mainan di Tkt 2. Tak interesting kan .. hari Isnin - 25 Dec - Krismas Day , anis, mama, acik, dan mak ti pergi ke KLCC Aquaria. Ayah tak nak pergi sbb dan kena sindrom internet. Tengok ikan yang besar dan wow anis terkejut bila didalam kolam ikan tersebut anis nampak ada ikan duyung pakai baju kilat-kilat warna merah dan berenang bersama-sama dengan ikan yang lain. Itu hanya pertunjukan untuk kanak-kanak yang datang ke Aquaria . Itu show yang mereka ada pada hari tersebut.
Tapi mama lebih suka Aquaria di Langkawi. Sebab disana rasanya lebih banyak untuk dilihat dan ada peguin. Nanti mama letakan photo untuk anis.

P/s - Mama nak tipu abang yang jual ticket di KLCC untuk mengatakan anis belum cukup tiga tahun tapi tak bolehlah sebab perwatakan anis seperti kanak-kanak 5 tahun. Dia tak percaya anis 3 tahun. Dan Doktor yang kita jumpa pada malam tersebut juga kata anis kelihatan lebih dewasa untuk kanak-kanak 3 tahun dari segi interaksi .

Anis selsema hari ini , mama dah beri ubat untuk anis. Mama doakan anis sembuh dan semuga anis dilindungi Allah selalu. Insaalah.