Mina dalam kenangan
30 September 2006 , kita balik Melaka selepas berbuka puasa dirumah Atok dan nenek di Rembau. Ramai sepupu anis berada disana. Anis malu-malu dan segan , tapi bila dah 20 minit -(after warmup) anis dah boleh join dengan mereka. Bermain di serambi dan ditengah rumah. Anis memang suka duduk dirumah atas sebabnya - bila melompat rumah kayu ini akan mengeluarkan bunyi dan yang penting boleh main turun tangga naik tangga. Anis bermain dengan Kak Rina - Kak Teh dan juga Haziq. Menu nenek pada hari tu - mee kari ayam. Dan anis makan dengan nikmatnya sebab ada mee dan ayam.
Kita sampai dirumah nenek di Melaka pada pukul 8.30 malam. Ayah sempatlah juga berterawikh di masjid biru.
Dan esoknya nenek maklumkan - Mina kucing kesayangan anis telah tiada. Mina telah mengalami keguguran pada hari pertama 3 ekor dan esoknya pula 1 ekor lagi. Mina berkeadaan uzur untuk dua hari tersebut. Dia tidak bermaya untuk makan dan cuma hanya minum sahaja. Kesian dengan mina. Tapi keadaannya sebelum itu adalah sehat dan tidak menunjukan sebarang masalah kesihatan.
Mina seekor kucing yang cantik dengan bulu kuning yang halus dan tebal. Muka mina memang sangat comel dan mina juga seekor kucing yang manja. Mina mempunyai citarasanya tersendiri. Mina boleh makan nasi dan ikan / Mina juga suka makan ikan sahaja yang diberi oleh Atuk setiap hari apabila pulang dari pasar. Tapi mina tak suka makan makanan kucing (seperti frikies). Dan satu yang amat jelas mina tak suka minu air yang telah disediakan untuknya didalam bekas yang kecil. Kesukaan mina bila nak minum ialah duduk diatas kolah bilik air nenek dan minum air didalam kolah. Jika air sedikit dan mina tak sampai untuk minum - minah akan duduk disitu tunggu sesiapa sahaja yang akan masuk ke bilik air untuk membantunya minum. Isikan air didalam gayung untuk mina minum.
Tapi mama tidak mempunyai gambar mina didalam simpanan. Jika ada tentu mama akan letakan gambarnya disini untuk tatapan semua.
Tak akan ada lagi ...mina yang akan curi-curi masuk kedalam bilik anis untuk sembunyi dalam almari baju / curi -curi masuk bermain disebalik tilam anis.
Sekarang kucing nenek cuma ada Hitam yang gemok , Kuning , Saiberia dan anaknya sipendek (macam kembar sebab serupa) dan juga Mira. Dan juga kucing jantan yang anis panggil namanya Kucing Daat - yang akan bersama dengan kucing nenek yang lainnya.
Hari ini 3/10/2006 - ayah outstation ke Butterworth untuk 2 hari dan nampaknya mama akan ambil anis dari nursery. Sorrylah anis terpaksa jalan kaki bila giliran mama yang pergi jemput anis di nursery. Dan anis juga terpaksa tunggu mama sehingga pukul 6.00 petang.
Semuga anis sabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Dalam menjalani kehidupan didunia ini anis memang kena sabar - sabar dan sabar kerana sabar ini tidak ada had dan sempadannya. Tiada kayu pengukur untuknya. Hanya tuhan yang akan membalasnya.
Semuga anis sehat sejahtera didalam lindungan Allah. Amin
1 comment:
Salam perkenalan Masurah. Terima kasih kerana sering ke blog Aura. Percubaan pertama Masurah dalam menulis blog amat menarik sekali.
Aura telah baca kisah Mina. Sedih atas kematiannya disebabkan keguguran yg dialaminya. Anyway, boleh Aura link blog Masurah?
Insya'Allah kita boleh sering bertukar-tukar pendapat dan pandangan sewaktu menulis. Barangkali inspirasi juga akan tercetus ketika ingin menulis. =)
Post a Comment