Daisypath Wedding tickers

Saturday, October 09, 2010

Buku Anakku hebat


Assalammualaikum Anis.

Seminggu mama tak datang ke blog ni dan mencatitkan sesuatu untuk Anis.



Selepas Jamuan hari raya di tingkat 2 - dan kita semua jadi tuan rumah, selepas itu mama dah sibuk sedikit dengan kerja . Tak cukup masa nak buat catitan untuk anis.



Anis dan pula dengan kelas Kumon jadi jadual harian anis juga sibu sedikit. Setiap hari ada Hwork Kumon - Maths dan english.

Tapi jika anis tekun...sebenarnya 30 min pun anis dah boleh selesaikan hwork Kumon tu... tapi anis suka buat hwork sambil main.



Dan 2 hari ini pulak anis minat sangat dengan buku mama ..'Anakku hebat Anakku soleh' Dah 2 hari ini mama tengok anis tekun nak baca buku ni.



Mungkin sebab buku ni kulit tebal dan juga ada gambar rakan sebaya anis didalam buku tersebut. Itu yang timbul minat anis nak baca agaknya.



Dan pada 18-10-2010 ni dah bermula Ujian penggal 2 (Akhir Tahun)..anis kena kerja lebih kuat sedikit ya. Boleh main tapi mesti juga kena ulangkaji. Terutama English ...dan semalam anis bawa pulang kertas bulanan 2 - dan anisnya english, wow...wow apa sudah jadi ..cuma 67% sahaja.



Mama doakan semuga anis berjaya dan rajin berusaha. Amin