Daisypath Wedding tickers

Thursday, December 28, 2006

Anis mengenali sesuatu

Sorry anis, mama tak dapat lagi nak postkan gambar anis disini. Sebabnya mama lupa dan blur macam mana nak gunakan digital camera tu. Sabar ..mama akan cuba lagi.

Semalam di pasar malam, anis mengenali sesuatu. Mama tahu anis terperanjat tapi anis memang iniin mengetahui selanjutnya.
Anis tak lupa bawa syiling untuk diberikan kepada pak cik/mak cik yang cacat penglihatan dipasar malam tersebut. Dan anis suka bila pak cik/mak cik tu .. dengar saja bunyi duit syiling yang anis berikan...mereka akan kata .."ambil tisu. Terima kasih". Tapi mama tak mahu anis ambil sebab anis tak gunakan tisu tersebut. Biar pak cik/mak cik beri pada mereka yang lain.

Dan anis jalan lagi dan kita nampak dua orang kerdil memegang kotak besar untuk meminta sumbangan iklas dari orang ramai. Anis teruja sebab ada kotak besar dan mereka berdua juga dari penglihatan anis seperti kawan anis sahaja ..sebab mereka lebih tinggi sedikit sahaja dari anis.

Tapi bila anis melangkah untuk masukkan duit kedalam kotak tersebut anis terperanjat bila kakak itu memandang anis. Dan langkah anis juga terhenti. Mama faham kerana wajah kakak tersebut adalah lebih dewasa dari anis dan juga kelihatan dewasa seperti mama. Dan bukan seperti kawan-kawan anis yang lain.
Anis tak dapat teruskan , dan mama tolong masukan duit tersebut.

Anis : Mama kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil.
Anis : Mama, kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil.
Anis : Mama , kakak tu kecilkan.
Mama : Ya, kakak tu kecil. (Dah tiga kali tanya ni!!).
Anis : Mama, kakak tu kecil ..nanti nak jadi apa?
Mama: Nak jadi apa?...nanti bila besar kakak tu akan jadi... (salah ni...kakak tu tak boleh besar)...Ohh !! nanti kakak tu akan jadi doktor. Kakak tu akan tolong orang bila dia jadi doktor.
Anis: Oh

Sebenarnya mama agak keliru dengan pertanyaan anis. Cuma harapan mama jawapan yang mama berikan itu adalah satu yang positif pada pandangan anis.

P/S Anis nak pakai tudung masa pergi pasar malam. Dengan tudung tersebut anis lebih kelihatan seperti kanak-kanak di Aceh. Pakaian yang anis gayakan .. sememangnya 100% dari cita rasa anis. Mama memang tak ada peluang nak pilihkan untuk anis. Sejak anis berusia 2 thn 6 bulan. Sebab anis tak pernah setuju. Nak pilih sendiri.

No comments: