Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 06, 2007

Khayalan Anis

Anis kata pada mama, anis nak 3 baby.
Bila anis dapat 'gaji', anis akan ada 3 baby

1 Nama nya Daniel.

Mama tanya , Daniel Mak lang or Daniel Che de.
Tapi anis kata , Daniel anis lah.
Ertinya , mama faham adalah Daniel 'adik' kepunyaan anis.
Bukan pinjam Mak lang or Che De.

Bagaimana dengan 2 orang 'baby' lagi.

2. Namanya Icol.
Mungkin ' Nicole'. Mama betulkan sebutan Anis.
Yes, betul - yang kedua nama nya adalah Nicole.

3. Namanya Larshe

3 orang , siapa nak jaga nanti.
Anis kata , Mama satu, ayah satu dan anis satu.

Wah besarnya keluarga impian anis.


Insaallah , mama doakan yang baik untuk anis.

Monday, November 05, 2007

Aktiviti Anis untuk Raya

Lama betul mama tak post sesuatu untuk anis.
Sebelum Hari Raya Aidil Fitri sehinggalah ke hari ni.
Mama akan ringkaskan untuk anis.

9 Oct - Mama dah kemas beg nak balik kampong. Hati mama dah terbang nak habiskan puasa terakhir dikampong dan tak sabar nak pasang pelita.

10 Oct - Lepas subuh kita bertolak dan singgah di pejabat Tanah Rembau . Mama ambil geran tanah sebab dah siap. Tak besarpun tanah yang mama beli tu, tapi adalah juga tempat untuk buat rumah, tanam pokok durian sebatang dua. Lepas tu kita singgah pekan Lubuk Cina ...beli pelita. Sampai rumah atuk di Melaka jam 11.00 dan petang pukul 4.00 ayah dah sibuk dengan aktiviti membuat tiang untuk letak pelita. Mama sangat excited ..tak sabar nak tunggu malam. Ayah dapat 20 liter minyak untuk pelita. Banyak kan?
Yes, memang cantik sangat malam tu bila dipasang pelita. Keliling rumah atuk ayah pasang pelita dan Ayah juga buat kreatif gila.. dengan pasang satu pelita yang sangat tinggi .. sama tinggi dengan tiang bendera dirumah atuk.
Anis ada peluang bakar bung api (baka duit lah tu.. tapi ayah marah mama bila mama kata bunga api tu bakar duit). Anis enjoy dengan bunga api tersebut. Mama pelawa anis kemasjid untuk terawih pun anis tolak.

11. Oct - Activiti yang seronok. Kita masak dodol. Pukul 5.00 ptg ramuan dan tempat masak telah tersedia. Acara mengacau perlahan-lahan (starting) nak masak dodol tu..acik yang tolong kacau. Sehingga pukul 7.00 (dah sampai waktu berbuka - 7.03pm) dodol tu dah mula memekat. Oh masa ni.. hanya tenaga lelaki yang kuat saja bisa mengacaunya. Mama.. dah lama out. Tolong bising dan jaga api boleh lah.
Kita buat sambungan letrik dari rumah atuk ke pondok memasak dan suasana lebih terang dan meriah. Dan hampir semuanya berbuka puasa dipondok tersebut. Tak mahu masuk dalam. Dan anis pun ikut serta. Rasa seperti berkelah di pantai pula.
Dengan bunyi jengkering dan nyamuk yang langgar hidung dan telingga dan juga kena angin sejuk waktu senja...tapi seronok suasana tersebut. Penat mengacau dodol pun tak rasa. Hampir pukul 10.00 baru dodol tu dikira cukup masak dan diangkat.
Ayah terawih sendiri saja.

12. Oct - Hari terakhir puasa dan sibuk sebab masak ketupat dan rendang. Mama masakan juga untuk nenek rembau 50 biji ketupat. Atuk potong ayam turkey - 1 ekor yang besar dan kita masak rendang kuning (cili padi). Nenek pula nak ayam kampong dan atuk juga sangat baik hati potongkan 2 ekor ayam kampong untuk resepinya. Nenek masak kari. Daging ...tak perlu sebab tak ada selera nak makan daging. Atuk juga buka kedai /buka reban ayam...sebab atuk dapat dapat jual hampir 40 ekor ayam kampong untuk hari raya ni. Rumah atuk macam pasar. Lepas ketupat masak ..kita pergi rumah nenek rembau dan hantar ketupat kesana. Nenek rembau masak rendang - favourite ayah rendah kerbau. Banyak tu nenek masak ...5 Kilo. Wah ..macam harimau makan daging. Tapi rendang nenek memang best ..mama memang suka jika nenek masak. lepas berbuka puasa dirumah nenek , kita balik kerumah atuk Melaka, sebab ayah nak raya di Melaka dulu.

13 oct - Selamat hari Raya Anis. kita bermaafan-maafan untuk pagi raya tersebut. Anis ikut mama pergi sembahyang raya. Good Girl. Anis tak bising dan ya.. anis juga tertib untuk sembahyang bersama. Lepas tu seperti dijanjikan mama dan ayah bawa anis ke perkuburan Islam. Tapi anis tak dapat kawal mulut dan suara...sibuk dan bisingnya anis bertanya itu dan ini. Mama dan ayah tak dapat nak jawab. Ayah minta anis sedekah fateha tapi anis lebih berminat nak tahu siapa yang ada dalam tanah tu... Tunggu anis tahun depan (5 tahun), mungkin anis lebih faham .

Lepas tu, kita mula berziarah..dari rumah kerumah dan banyak rumah tu..mama tengok anis pun dah malas nak bersalam lagi. Selepas pukul 1.00 , kita balik ke rumah nenek rembau, tapi cuma atuk dan Mak ngah saja yang ada. Nenek dan yang lainya dah pergi beraya ke Melaka. Ayah macam merajuk saja ..sebab tak dapat salam nenek pada hari Raya pertama tu.
Mama juga sangat teruk..sebab lupa nak ambil gambar. Hari Raya - tak ada gambar.

14, 15 Oct - Ziarah berziarah masih diteruskan. Dan esoknya 16 oct, kita balik ke KL semula. Dan Ayah pula sudah mula kerja pada 17 oct tersebut. Mama pula ambil cuti sebab Nursery anis masih ditutup. Cuti raya sehingg 22 Oct 2007.

19 oct .. kita beraya ke rumah abang Asraf ( rumah pak long)

20 oct... kita berapa rumah mak Ngah (mama) , rumah kakak fareha. kita tidur sana dan esoknya pula kita raya kerumah Mak Ngah (ayah) , rumah nenek diserdang dan rumah Pak Long lan di Sri Kembangan. Anis keletihan. tertidur dalam kereta dari pukul 8.00 malam sehingga esok harinya .

22 oct Anis sudah mula bersekolah tapi sebab dah lama cuti.... susahnya nak pujuk anis. Anis nak bermalasan ditilam tu dengan lebih lama lagi.

26 Oct Tadika anis raikan Hari raya, mama bawa muffin untuk anis. Dan juga agar-agar cocon kegemaran anis. Sorry anis, sebab Container yang isi muffin tu besar sangat dan anis tak boleh nak angkat. Terpaksa anis minta tolong Awari angkat untuk anis.

27 oct - Kita balik kampong. Esoknya mama masak kuih bahulu sebab masa raya hari tu tak puas makan, dah habis. Dan mama juga bawa anis berenang hari ahad tersebut. Sudah lama tak berenang dan memang anis tak boleh tahan perasaan tersebut bila nampak saja laut. Walaupun air laut pagi itu , pasang penuh. Mama juga sebenar sangat seronok dan 2 hari otot perut mama terasa sakit. Dah lama tak berenang.

Insaallah mama sambung lagi untuk anis. Semuga anis sentiasa sehat dan dilindungi Allah selalu.