Daisypath Wedding tickers

Tuesday, September 11, 2007

11 Sept 2007 - Ramadhan menjelang

Anis bangun awal hari ini / 6.45am. Sebelum ayah pergi ketempat kerja. Dan anis buat ulangkaji homework yang umi beri. Reading Iqra m/s 12.
Selepas itu anis menonton 'Bob the Builder'.

Hari ini, ahli falak telah mula membuat persiapan untuk menyambut ramadhan. Dan malam ini mereka akan melihat anak bulan. Jika kelihatan, kita akan mula berpuasa esok harinya. Dan jika tidak kelihatan , kita akan bermula puasa pada hari Khamis.

Anis belum mengetahui tentang berpuasa. Walaupun mama telah terangkan, tapi anis sukar untuk faham. tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Anis faham ini...tapi bila mama kata tak boleh minum susu juga...anis dah blur dan memangnya pun tak faham. Sebab anis jawab dengan mama..boleh, boleh minum susu pada siang hari.

Insaalah .. sampai masa anis akan faham tentang berpuasa. Mama doakan.

Semuga anis sehat selalu.
Mama

Monday, September 10, 2007

8 Sept 07 - Mendaki Bukit

Minggu ini kita terpaksa balik kampong sebab mama nak beri deposit untuk membeli sekeping tanah. Kecil saja 3/4 ekar. Harganya RM 16,000.00 Sesuai untuk kebun getah dan dusun buah. Dilering bukit. Cantik tempatnya.

Anis dan mama pergi ketempat tersebut dengan ayah. Ayah menunggang motosikal saja. kereta tak sesuai walaupun tempat tersebut boleh dinaiki kenderaaan spt kereta.
Semaknya kebun tersebut. Cuma ada pokok-pokok hutan saja. Tapi kebun yang mama nak beli ni adalah juga pokok buah-buahan spt cempedak dan juga pokok petai.

Ayah dan tuan tanah pergi cari batu sempadan dan anis pula seronok bermain dengan sungai kecil. (Sebenarnya air bukit yang turun). Jernihkan air tu. Anis berimejinasi dengan bermain bot, dan anis juga membuat jambatan dengan mengunakan ranting yang ada disitu. Pandai juga anis dengan kawasan hutan ni ya.

Lepas tu kita pergi pula kekebun atuk Hasan. Ini memang mencabar. Sebab kebun atuk lagi tinggi dari yang mama jangkakan. Tiga kali turun bukit dan naik bukit. Ayah tak berani nak bawa mama , sebab motor susah untuk dikawal dengan adanya mama yang berat ni.. Terpaksalah mama berjalan kaki sementara ayah dan anis menaiki motor.

Bermulalah episod yang mengelikan hati dan juga meletihkan.
Seronoknya bila nak turun bukit dan separuh nyawa pula rasanya bila nak naik bukit.
Anis, letih kaki mama dan rasa susah nak angkat. Dan bila mendaki bukit tersebut memang rasa seperti tak cukup saja oksigen yang mama dapat.
Anis duduk tunggu mama diatas bukit - dan jerit dengan mama ' mama, kenapa mama jalan macam kartun saja'

Bila nak balik , kita jumpa banyak kuda. Anis memang seronok.

Insaalah 3 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam.

Selamat menyambut Ramadhan dan semuga anis sehat selalu.