Daisypath Wedding tickers

Monday, November 12, 2007

2 Jam di Bandar Melaka


Semalam (11 Nov 2007), kita ikut ayah pergi bandar Melaka untuk beli jaring ikan. Dah lama tak pergi sana.
Masa mama sekolah dulu mama tinggal di asrama kerana sekolah mama dari kampong 40KM. Dah tentu susah nak pergi sekolah awal pagi dan transpot juga tak selancar sekarang. Pada masa tu cuma ada 1 bas sahaja yang terus dari Kg (Kuala Sg Baru) ke Bandar Melaka. Jika nak naik bas tu terpaksa bangun 5.00 pgi. Awal sangat. Jika tiap-tiap hari, mungkin tak larat. Mama bersekolahdi Malacca Girls High School - Sekarang dah tukar nama Sek Tinggi Perempuan Melaka.

Dan sebagai 'budak sekolah' aktiviti mama, hampir setiap hari sabtu, kami pergi shopping dari jam 8.00 pg hingga 1 thg hari . Dan tempat lepak kami adalah diarea Bangunan merah , Bukit St Paul dan A.Famosa. Sekarang dah lebih banyak lagi pusat membeli belah (tempat lepak lah tu).

Bila sampai saja disana, mama teringat zaman jadi budak sekolah. Hai!!!!...memang seronoknya. Dri Asrama nak ke bangunan merah ni, mama jalan kaki saja. Jauh tu Anis... Dari Durian Daun ke Bukit Cina ke Jln Bunga Raya ke Bandar Hilir. Rasanya macam `10km lah.. tapi fantastik kami budak sekolah ni boleh jalan kaki tanpa rasa lelah...

Semalam anis juga tunjuk skill , boleh panjat Bt St Paul tu....ayah offer nak dukong anis, tapi anis menolak. Pak lang dak tak larat..rasa nak pitam. Kita Jalan dari Samudra , Dataran Pahlawan, ke Muzium lepas tu daki bukit St paul dan turun ke Kota A.famosa dan jalan ke parking kereta di Bangunan Merah. Anis memang seronok. Dan balik kita makan di pantai Kelebang. Beli layang2 dan main sebentar di Pantai Kelebang. Lepas tu balik kampong dan angin cukup baik untuk main layang-layang. Walaupun anis ngantuk tapi kerana nak main layang-layang anis terus gagah buka mata besar-besar. Walaupun panas tapi anis sangat enjoy.

Kita balik ke Kl selepas asar pukul 4.30 dan singgah sebentar rumah nenek rembau. Pukul 6.00 kita bertolak ke KL. Walaupun kereta banyak tapi jalan tak jam. Kira baiklah tu. Anis tertidur dalam kereta .... memang anis sangat letih. Sampai di kampong pandan anis juga sambung tidur sehinggalah anis bangun pukul 7.30 pagi tadi untuk ke sekolah.

Hari ini anis ada sesi photograph di sekolah. Ambil gambar dengan Jubah tadika. Tak sabar mama nak tengok gambar anis.

Mama doakan semuga anis sehat dan gembira selalu.



Tuesday, November 06, 2007

Khayalan Anis

Anis kata pada mama, anis nak 3 baby.
Bila anis dapat 'gaji', anis akan ada 3 baby

1 Nama nya Daniel.

Mama tanya , Daniel Mak lang or Daniel Che de.
Tapi anis kata , Daniel anis lah.
Ertinya , mama faham adalah Daniel 'adik' kepunyaan anis.
Bukan pinjam Mak lang or Che De.

Bagaimana dengan 2 orang 'baby' lagi.

2. Namanya Icol.
Mungkin ' Nicole'. Mama betulkan sebutan Anis.
Yes, betul - yang kedua nama nya adalah Nicole.

3. Namanya Larshe

3 orang , siapa nak jaga nanti.
Anis kata , Mama satu, ayah satu dan anis satu.

Wah besarnya keluarga impian anis.


Insaallah , mama doakan yang baik untuk anis.

Monday, November 05, 2007

Aktiviti Anis untuk Raya

Lama betul mama tak post sesuatu untuk anis.
Sebelum Hari Raya Aidil Fitri sehinggalah ke hari ni.
Mama akan ringkaskan untuk anis.

9 Oct - Mama dah kemas beg nak balik kampong. Hati mama dah terbang nak habiskan puasa terakhir dikampong dan tak sabar nak pasang pelita.

10 Oct - Lepas subuh kita bertolak dan singgah di pejabat Tanah Rembau . Mama ambil geran tanah sebab dah siap. Tak besarpun tanah yang mama beli tu, tapi adalah juga tempat untuk buat rumah, tanam pokok durian sebatang dua. Lepas tu kita singgah pekan Lubuk Cina ...beli pelita. Sampai rumah atuk di Melaka jam 11.00 dan petang pukul 4.00 ayah dah sibuk dengan aktiviti membuat tiang untuk letak pelita. Mama sangat excited ..tak sabar nak tunggu malam. Ayah dapat 20 liter minyak untuk pelita. Banyak kan?
Yes, memang cantik sangat malam tu bila dipasang pelita. Keliling rumah atuk ayah pasang pelita dan Ayah juga buat kreatif gila.. dengan pasang satu pelita yang sangat tinggi .. sama tinggi dengan tiang bendera dirumah atuk.
Anis ada peluang bakar bung api (baka duit lah tu.. tapi ayah marah mama bila mama kata bunga api tu bakar duit). Anis enjoy dengan bunga api tersebut. Mama pelawa anis kemasjid untuk terawih pun anis tolak.

11. Oct - Activiti yang seronok. Kita masak dodol. Pukul 5.00 ptg ramuan dan tempat masak telah tersedia. Acara mengacau perlahan-lahan (starting) nak masak dodol tu..acik yang tolong kacau. Sehingga pukul 7.00 (dah sampai waktu berbuka - 7.03pm) dodol tu dah mula memekat. Oh masa ni.. hanya tenaga lelaki yang kuat saja bisa mengacaunya. Mama.. dah lama out. Tolong bising dan jaga api boleh lah.
Kita buat sambungan letrik dari rumah atuk ke pondok memasak dan suasana lebih terang dan meriah. Dan hampir semuanya berbuka puasa dipondok tersebut. Tak mahu masuk dalam. Dan anis pun ikut serta. Rasa seperti berkelah di pantai pula.
Dengan bunyi jengkering dan nyamuk yang langgar hidung dan telingga dan juga kena angin sejuk waktu senja...tapi seronok suasana tersebut. Penat mengacau dodol pun tak rasa. Hampir pukul 10.00 baru dodol tu dikira cukup masak dan diangkat.
Ayah terawih sendiri saja.

12. Oct - Hari terakhir puasa dan sibuk sebab masak ketupat dan rendang. Mama masakan juga untuk nenek rembau 50 biji ketupat. Atuk potong ayam turkey - 1 ekor yang besar dan kita masak rendang kuning (cili padi). Nenek pula nak ayam kampong dan atuk juga sangat baik hati potongkan 2 ekor ayam kampong untuk resepinya. Nenek masak kari. Daging ...tak perlu sebab tak ada selera nak makan daging. Atuk juga buka kedai /buka reban ayam...sebab atuk dapat dapat jual hampir 40 ekor ayam kampong untuk hari raya ni. Rumah atuk macam pasar. Lepas ketupat masak ..kita pergi rumah nenek rembau dan hantar ketupat kesana. Nenek rembau masak rendang - favourite ayah rendah kerbau. Banyak tu nenek masak ...5 Kilo. Wah ..macam harimau makan daging. Tapi rendang nenek memang best ..mama memang suka jika nenek masak. lepas berbuka puasa dirumah nenek , kita balik kerumah atuk Melaka, sebab ayah nak raya di Melaka dulu.

13 oct - Selamat hari Raya Anis. kita bermaafan-maafan untuk pagi raya tersebut. Anis ikut mama pergi sembahyang raya. Good Girl. Anis tak bising dan ya.. anis juga tertib untuk sembahyang bersama. Lepas tu seperti dijanjikan mama dan ayah bawa anis ke perkuburan Islam. Tapi anis tak dapat kawal mulut dan suara...sibuk dan bisingnya anis bertanya itu dan ini. Mama dan ayah tak dapat nak jawab. Ayah minta anis sedekah fateha tapi anis lebih berminat nak tahu siapa yang ada dalam tanah tu... Tunggu anis tahun depan (5 tahun), mungkin anis lebih faham .

Lepas tu, kita mula berziarah..dari rumah kerumah dan banyak rumah tu..mama tengok anis pun dah malas nak bersalam lagi. Selepas pukul 1.00 , kita balik ke rumah nenek rembau, tapi cuma atuk dan Mak ngah saja yang ada. Nenek dan yang lainya dah pergi beraya ke Melaka. Ayah macam merajuk saja ..sebab tak dapat salam nenek pada hari Raya pertama tu.
Mama juga sangat teruk..sebab lupa nak ambil gambar. Hari Raya - tak ada gambar.

14, 15 Oct - Ziarah berziarah masih diteruskan. Dan esoknya 16 oct, kita balik ke KL semula. Dan Ayah pula sudah mula kerja pada 17 oct tersebut. Mama pula ambil cuti sebab Nursery anis masih ditutup. Cuti raya sehingg 22 Oct 2007.

19 oct .. kita beraya ke rumah abang Asraf ( rumah pak long)

20 oct... kita berapa rumah mak Ngah (mama) , rumah kakak fareha. kita tidur sana dan esoknya pula kita raya kerumah Mak Ngah (ayah) , rumah nenek diserdang dan rumah Pak Long lan di Sri Kembangan. Anis keletihan. tertidur dalam kereta dari pukul 8.00 malam sehingga esok harinya .

22 oct Anis sudah mula bersekolah tapi sebab dah lama cuti.... susahnya nak pujuk anis. Anis nak bermalasan ditilam tu dengan lebih lama lagi.

26 Oct Tadika anis raikan Hari raya, mama bawa muffin untuk anis. Dan juga agar-agar cocon kegemaran anis. Sorry anis, sebab Container yang isi muffin tu besar sangat dan anis tak boleh nak angkat. Terpaksa anis minta tolong Awari angkat untuk anis.

27 oct - Kita balik kampong. Esoknya mama masak kuih bahulu sebab masa raya hari tu tak puas makan, dah habis. Dan mama juga bawa anis berenang hari ahad tersebut. Sudah lama tak berenang dan memang anis tak boleh tahan perasaan tersebut bila nampak saja laut. Walaupun air laut pagi itu , pasang penuh. Mama juga sebenar sangat seronok dan 2 hari otot perut mama terasa sakit. Dah lama tak berenang.

Insaallah mama sambung lagi untuk anis. Semuga anis sentiasa sehat dan dilindungi Allah selalu.

Monday, October 08, 2007

8 Oct 2007 - Puasa ke 26

Anis sehat hari ini. Dan rajin seperti biasa untuk ke sekolah. Bersama mama berjalan kaki ke sekolah. Walaupun untie shafiqah pelawa anis untuk naik kereta tapi anis menolaknya. Anis kata dekat saja dan anis nak jalan kaki.

Semalam kita ke Tesco , last shopping untuk Hari raya. Mama dan acik beli sepasang baju kurung. Murah saja. Sepasang RM 65.00 . Anis tak beli apa-apa sebab semuanya telah ada. Tapi kita beli untuk berbuka puasa agak banyak juga.

Semalam menu untuk berbuka , sambal sotong ( acik sangat suka dengan sambal dan tiap-tiap hari mama mesti masak sambal untuk acik ), ikan duri masak kari - favourite mak ti, Lala masak sup dengan sayur brocoli ( kesukaan anis dan mak su) , nugget ayam ( favourite anis), dim sum ( favourite mama) dan kuih pau (juga favourite mama).
Dan ayah pula..makan tak banyak..cuma ambil sedikit ikan, lala dan sambal sotong.

Dan jus pula, kegemaran semua iaitu Orange Jus.

Mama dah rasa sedikit keriangan untuk balik kampong. Dah sampai mood untuk sambut Hari raya.
Bagaimana dengan anis? Mama tak nampak lagi mood tu pada anis. Kecuali anis sangat excited bila mama kata nak balik kampong Melaka dan boleh main control car dirumah nenek.

Bagaimana dengan tahun ini, anis nak ikut mama solat raya tak? Insaalah tahun ni , kita solat raya di Masjid Biru. Tahun lepas di kampong nenek rembau. Dan Insaalah , mama akan bawa anis ziarah ke tanah perkuburan juga. Anis pernah pergi tapi masa itu anis cuma berumur 1 tahun sahaja. Dan anis tak ingat dan faham pun tentang tu.

Semuga anis gembira dan sehat selalu

Wednesday, September 19, 2007

19 Sept, 2007 - puasa ke 6

Hari ini adalah hari ke 6 puasa.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini mama dapat menjalankan ibadah puasa dengan mudah.
Anis juga telah baik dari demam. Dan hari ini telah kekelas Umi seperti biasa.

Semalam untuk berbuka puasa mama masak sambal udang, sop bebola daging (sup mesti ada setiap hari) dan untuk jus pula mama buat jus pegaga dicampur dengan vitagen perasa oren. Wah!! segarnya rasa selepas dapat minum jus pegaga ni . Tapi acik dengan mak usu tak berapa suka sbb pertama kali mereka minum dan mereka rasa seperti minum ubat.

Pegaga ni mama dapat dari kg rembau , nenek yam yang bagi. baru petik dihalaman rumah. Pegaga yang tumbuh meliar ni lagi banyak khasiatnya. betul ke.., mama pun kurang pasti.

Dan ada satu lagi mama cuba masak tapi tak jadi, lempeng pisang. Mama masak terus dikuali tapi sangat cepat hangus. Mama tak pandai nak kawal api. Nenek Melaka masak lempeng pun cara begitu juga tapi cantik saja dan kerak hitam tuk tak pahit dan boleh dimakan. Nenek rembau pula masak dalam daun pisang jadi tak perlu nak kawal api sangat. Mama pula tak dapat nak cari daun pisang di KL ni, jika tidak di pasar malam atau pasar basah. Tak dapat lah anis nak rasa lempeng pisang yang mama masak.

Dan untuk berbuka pada hari ini pula, mama masak sup ikan merah , daging masak kicap dan sayur kobis goreng. Petang ni ada pasar malam, jadi kuih mungkin mama beli dipasar malam. Mama rasa nak beli kuih Akok saja. Dan jus pula , mungkin nak cuba buat jus Dragon Fruit.

Semuga anis sehat selalu.

Tuesday, September 18, 2007

Sept 18, 2007 (Puasa hari Ke 5)

Telah 4 hari berlalu puasa dan hari ini hari ke 5.
Anis demam pula malam tadi dan hari ini pergi ke Nursery (tak masuk kelas umi), anis makan ubat selsema. Selsema anis juga agak kuat.

Semalam kita berbuka puasa dengan menu... bubur cacar (keledek), minuman pula banana shake, dan lauk pula ada sup bebola ikan tengiri, ikan duri masak kari cair dan ada sambal daging. Semuanya mama yang masak kecuali bebola ikan tenggiri - mak ti tolong mama tumbuk ikan tersebut dan jadikan dia bebola ikan.
Anis memang suka bebola ikan dan anis makan banyak bebola ikan tersebut.

Mak su dan acik juga berbuka puasa sama dengan kita dan seronok sebab ramai. favorite acik sambal daging.

Pada hari kedua mama cuti dan kita balik kg sebab nak uruskan tanah yang mama beli tersebut. Dan hari jumaat tersebut kita berbuka puasa dirumah nenek Melaka . Cuma atuk dan nenek dan juga pak itam yang tinggal di kampong. Bila ada anis, mama dan ayah bertambahlan teman nenek dan atuk untuk berbuka puasa.

Anis ikut mama terawikh dimasjid biru. Anis cuma dapat ikut untuk solat isyak sahaja kerana selepas itu anis dah ada kawan untuk bermain. Suasana sudah mula terganggu kerana suara anis dan kenalan baru anis tersebut. So, mama rasa anis tak boleh terus disini nanti orang lain tak boleh solat dgn tekun. Kita balik awal.

Pada hari ketiga berbuka puasa pula kita dirumah nenek rembau. nenek masak mee rebus dan ayah tak makan nasi , perut ayah pula meragam. Ertinya ayah mesti berbuka puasa dengan nasi walaupun sedikit.

Anis ikut mama terawikh dikampong nenek rembau pula. Sini tak ramai orang. Disurau jemaah nya untuk orang tua-tua sahaja dan cuma ada 12 jemaah perempuan. Jadi anis solat isyak dengan tekun. Dan bila solat terawikh pula anis sudah ngantuk dan tertidur sambil tunggu mama selesai solat.

Anis gembira dapat balik kampong.
Dan rasanya minggu ni kita tak balik kampong. Nak cuma berbuka puasa di KL masa weekend.

Mama doakan semuga anis cepat sembuh dan gembira selalu.

Tuesday, September 11, 2007

11 Sept 2007 - Ramadhan menjelang

Anis bangun awal hari ini / 6.45am. Sebelum ayah pergi ketempat kerja. Dan anis buat ulangkaji homework yang umi beri. Reading Iqra m/s 12.
Selepas itu anis menonton 'Bob the Builder'.

Hari ini, ahli falak telah mula membuat persiapan untuk menyambut ramadhan. Dan malam ini mereka akan melihat anak bulan. Jika kelihatan, kita akan mula berpuasa esok harinya. Dan jika tidak kelihatan , kita akan bermula puasa pada hari Khamis.

Anis belum mengetahui tentang berpuasa. Walaupun mama telah terangkan, tapi anis sukar untuk faham. tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Anis faham ini...tapi bila mama kata tak boleh minum susu juga...anis dah blur dan memangnya pun tak faham. Sebab anis jawab dengan mama..boleh, boleh minum susu pada siang hari.

Insaalah .. sampai masa anis akan faham tentang berpuasa. Mama doakan.

Semuga anis sehat selalu.
Mama

Monday, September 10, 2007

8 Sept 07 - Mendaki Bukit

Minggu ini kita terpaksa balik kampong sebab mama nak beri deposit untuk membeli sekeping tanah. Kecil saja 3/4 ekar. Harganya RM 16,000.00 Sesuai untuk kebun getah dan dusun buah. Dilering bukit. Cantik tempatnya.

Anis dan mama pergi ketempat tersebut dengan ayah. Ayah menunggang motosikal saja. kereta tak sesuai walaupun tempat tersebut boleh dinaiki kenderaaan spt kereta.
Semaknya kebun tersebut. Cuma ada pokok-pokok hutan saja. Tapi kebun yang mama nak beli ni adalah juga pokok buah-buahan spt cempedak dan juga pokok petai.

Ayah dan tuan tanah pergi cari batu sempadan dan anis pula seronok bermain dengan sungai kecil. (Sebenarnya air bukit yang turun). Jernihkan air tu. Anis berimejinasi dengan bermain bot, dan anis juga membuat jambatan dengan mengunakan ranting yang ada disitu. Pandai juga anis dengan kawasan hutan ni ya.

Lepas tu kita pergi pula kekebun atuk Hasan. Ini memang mencabar. Sebab kebun atuk lagi tinggi dari yang mama jangkakan. Tiga kali turun bukit dan naik bukit. Ayah tak berani nak bawa mama , sebab motor susah untuk dikawal dengan adanya mama yang berat ni.. Terpaksalah mama berjalan kaki sementara ayah dan anis menaiki motor.

Bermulalah episod yang mengelikan hati dan juga meletihkan.
Seronoknya bila nak turun bukit dan separuh nyawa pula rasanya bila nak naik bukit.
Anis, letih kaki mama dan rasa susah nak angkat. Dan bila mendaki bukit tersebut memang rasa seperti tak cukup saja oksigen yang mama dapat.
Anis duduk tunggu mama diatas bukit - dan jerit dengan mama ' mama, kenapa mama jalan macam kartun saja'

Bila nak balik , kita jumpa banyak kuda. Anis memang seronok.

Insaalah 3 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam.

Selamat menyambut Ramadhan dan semuga anis sehat selalu.

Thursday, September 06, 2007

Sept 6, 2007

Hari ini mama nak masak ketam. Anis suka ketam kan. Kita masak lemak dengan nenas dan mama minta mak ti buat sambal belacan. Mesti best makan hari ini.
Tak lama lagi bulan puasa. Dan mama dah mula cari resepi di internet.

Hari ini mama dapat 1 resepi , Bebola Ikan tenggiri masak sup. Yang bagusnya resepi ni memberi maklumat bagaimana untuk membuat bebola ikan tersebut. Insaalah mama akan cuba.

Hari ini anis gembira ke sekolah. Dan sejak kebelakangan ini setiap hari ada homework yang diberi umi. Menulis dan juga membaca. Dan anis gembira dengan homework tersebut.

Mama sangat gembira dengan perkembangan anis. Semuga anis dilindungi Allah selalu. Amin.

Tuesday, September 04, 2007

Photo 3-8-07 b.day anis


Anis, kakak abby, kakak fariha dan abang aidil





Sorry, lama tak post

Anis semakin meningkat usia. Sorry , mama lama berehat dari posting untuk anis.
13hb August yang lalu anis sudah 4 tahun. Untuk ulangtahun anis kita raikan lebih awal di rumah atuk Melaka. Sebab pada hari tersebut 3-8-2007 , ramai sepupu anis ada dirumah atuk. Mak ngah dan Mak lang sekeluarga ada. Acik pun sibuk juga nak tumpang sebab acik juga dilahirkan pada bulan August.

Mak Usu, ambil peranan bungkuskan jajan untuk semua kawan-kawan anis. Mama nak belik Topi tapi tak ada, so kita beli topeng (zorro). Anis dan kakak abby dan kakak fariha - tiup belon untuk dekorasi dirumah atuk.

Wah happy-nya anak mama.
Gambar untuk b-day anis , nanti mama letakan okay.

Semuga anis sehat selalu dan semuga tekun dalam apa yang anis lakukan.

Mama

Wednesday, July 11, 2007

Hari Jadi Ayah

9hb July adalah hari jadi ayah. Anis nyanyi lagu untuk ayah.
'Selamat hari jadi Ayah. Ayah, comel-comel'.
Ayah senyum dengar anis nyanyi dan kelakar nya kenapa pula ada perkataan comel-comel.
Anis ingat semua yang sambut harijadi tu comel ke? Ayah anis dah tak comel lagi dah.

Sejak 2 minggu ini anis sangat gembira pergi kesekolah. Anis dah nak pakai uniform sekolah. Dulu anis cuma nak pakai baju biasa saja . Dan kurang berminat untuk kekelas. Alhamdullilah , mama suka dengan perkembagan anis sekarang.

Sekarang ni musim buah-buahan, dan 2 minggu berturut-turut kita balik kampong dan bawa rambutan ke KL untuk diberikan kepada kawan-kawan mama dan kawan-kawan ayah. Durian tak banyak, jadi kita makan saja. Rambutan pula berlebih-lebih. Dan minggu ni kita akan balik juga , dan kita akan ambil rambutan lagi mungkin ini minggu terakhir sebab tinggal sedikit saja lagi.

Anis juga makan rambutan dan durian dengan banyaknya. Anis memang suka durian dan memang juga suka rambutan. Tapi manggis anis tak minat sangat.

Bermula dari bulan ini, rumah kita di Desa Pinggiran Putra dah ada penyewa baru. jadi anis tak dapatlah nak habiskan masa disana. kita balik kampong sajelah dihujung minggu.

Semuga anis sehat dan gembira selalu.

Thursday, June 21, 2007

bro-nas.blogspot.com

Mama dah lama tak berkesempatan untuk melihat blog-blog yang biasa mama kunjungi. Masa selalunya terbatas. Mama rasa terpinggir, bila mama tak jumpa blognya. Dan hari ini bila mama jumpa blog tersebut..sangat sedih sebab statement terakhir...berundur dari alam maya, untuk tidak aktif memblog lagi.
So, mama dah kurang 1 dari banyak-banyak cerita, berita dan maklumat yang mama dapat dari blog-blog yang mama kunjungi. Dan mama juga selalu ceritakan dengan anis dan tunjukkan anis apa yang menarik mama jumpa. Ingat tak tentang blog yang dipenuhi dengan kucing yang comel. Dan anis merajuk bila laptop anis tak dapat muat turut kucing-kucing tersebut?
Blog Uncle Nas (bro-nas.blogspot.com)
-semuga Uncle Nas sehat dan berjaya dengan apa jua yang dilakukan.

Friday, June 15, 2007

Anis dan Ayah bercuti


Minggu ni ayah cuti. Anis dan ayah berada di kampong sekarang. Sunyi mama, sebab anis tidak ada. Rindu dengan anis. Mama harap anis gembira masa dikampong. Mama talipon semalam, ayah kata anis dan ayah baru balik dari sungai. Ayah pasang jaring tangkap ikan dan anis pula berenang. Nak jadi berudu ke . main ditepi sungai.

Anis dan ayah tak ada, mama tak ada aktiviti dirumah. Semuanya mama malas nak buat. masak malas, makan pun mama malas.

Cuti mama terhad dan mama tak dapat nak ikut ayah dan anis bercuti. Dan sekarang kerja pun banyak. Kan mama pernah cakap dulu, bulan Jun, Julai dan hingga ke bulan Disember setiap bulan ada shipment untuk Insulator.

Bulan lepas ada 2 kontrak untuk Insulator tapi sedang loby 1 lagi kontrak, tapi rasanya tak dapat sebab competitor bagi harga ...berani mati. Jika buat kerja untuk dapat penat sahaja , lebih baik bagi pada mereka yang nak buatkan. Tak perlulah nak rebut-rebut.

Mama rindu anis. Ini gambar anis yg comel.

Wednesday, June 13, 2007

Wednesday, June 06, 2007

JUMAAT - 1 JUN 2007

Meriahkan masa hari pernikahan Pak Teh. Walaupun Pak Teh tak kecut perut tapi Acik pula yang kecut perut.
Anis menyaksikan detik pernikahan tersebut dari awal hingga akhir dan juga sesi soaljawap tok kadi dan Pak Teh dengan tekun. Bila selesai upacara bertukar cenderamata / mama dengar anis kata.. itu mama Pak Teh. (maksud anis adalah isteri Pak teh)

Cuaca pada hari Jumaat tersebut sangat panas dan mama tak boleh tahan, selepas pernikahan mama jumpa doktor. Suhu badan mama terlalu tinggi. Nak duduk dan angkat kepala pun tak larat. Dan akhirnya berlaku juga ..mama dah tak larat terus tidur. Pukul 8.00 malam baru tersedar. Dan malam tersebut mama tak dapat nak pergi mengiringi Pak Tek kerumah pengantin perempuan. Mama tinggal seorang dirumah. Anis dan ayah dan semuanya pergi menghantar Pak Teh.

Anis pergi tanpa mama, anis boring. tak ada yang nak melayan kerenah anis. Dan Ayah kata dia jadi 'pokok' sebab anis sentiasa nak minta ayah dukung anis. Malam tersebut ada bunga apikan. Cantik tak? Anis suka tu!

Mama ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk anis sebab masa mama demam tu, anis tolong letakkan air dan kain dikepala mama. Supaya kepala mama tidak terlalu panas. Anis juga sangat baik tak ganggu mama masa tu. Bila balik dari rumah pengantin malam tu, anis kata ' anis tak nak pergi mana-mana, anis nak jaga mama aje'

Minggu ni (10/6/07), kenduri akan diadakan dirumah nenek Melaka pula. Minggu ni tentu sibuk dan letih. Anis jangan ganggu mama. Mama mesti busy. Banyak kerja.
Atuk dah edar kad jemputan hampir 1000 kpg. Nanti Pak teh nya kawan lagi. Kawan kerja / kawan bola / kawan sembang / kawan sekampong / kawan sekolah .

Semuga anis gembira selalu.

Thursday, May 31, 2007

Anis demam

Hampir 12 hari mama tak buat posting untuk anis. Dari 21/5 sehingga 25/5/07 anis tidak sehat. Anis demam malam. Bila pukul 9.00 mlm sahaja , badan anis mula terasa panas dan suhu badan anis mula meningkat. Bila demam , suhu badan anis sentiasa melebihi 39 c dan ini amat kerap. Sebenarnya mama memang sangat bimbang.

Pada minggu tersebut juga mama ambil cuti untuk jaga anis, kerana anis tak mahu ke nursery. Tapi sebenarnya minggu tersebut memang sangat sibuk untuk mama. Kerana bos mama juga tidak ada , ke Canada. Walaupun mama bercuti tapi mama kena siapkan juga kerja dipejabat. So, bila anis tidur saja , mama pergi ke office dan siapkan kerja. Mama on/off untuk seminggu tersebut. Tak ada masa kerja yang tetap.

Pada malam khamis tersebut (23/5/2007), suhu badan anis terlalu tinggi dan mama dah lakukan yang sepatutnya untuk turunkan suhu badan anis , tapi memang tak berjaya . Badan anis memang sangat panas. 39.8 C. Sehingga mama balutkan badan anis dengan tuala dan ais tapi masih tetap sama.

Jam dah 2.00 pagi. Mama tengok anis memang dah tak larat. Tapi mama sangat suka dengan sikap anis, kerana anis tak menanggis walaupun anis rasa tak selesa dan sakit, anis masih boleh banyak permintaan untuk mama lakukan. Anis rasa panas, dan minta mama kipas, anuis tak mahu on aircond kerana anis rasa sejuk, anis nak mama basahkan badan dengan air, mama juga lakukan, anis rasa kepala anis sangat panas, dan nak mama letakan tuala basah, juga mama lakukan. Anis memang dapat berfikir apa yang anis perlukan.

Anis , bangun ya kita pergi jumpa doktor. Anis bangun dengan cepatnya dan minta mama jacket kuning anis. Lepas sarong baju kuning ni saja, anis seperti ada umm.. muka berseri dan happy. Boleh nyanyi-nyayi lagi. Dan minta mama bersiap cepat sedikit. Anis seperti tak sabar nak jumpa doktor. Tak macam demam pun.

Doktor tu, marah mama sebab suhu anis terlalu tinggi dan lambat bawa anis jumpa dengannya. Dan paling teruk sabab masa jumpa doktor pada hari isnin, doktor dah bagi antibiotik untuk anis, tapi mama memang tak pernah nak bagi untuk anis. Sebab mama suka anis sembuh dengan keadaan biasa saja. Tak perlu anti biotik. Doktor kata, panas anis ni boleh sebabkan sawan. Doktor masukkan ubat melalui dubur anis..Ini adalah kali kedua sepanjang hidup anis. dan yang pertama dulu mungkin dah tak ingat. Dan mama pula tak pernah cuba untuk buat. Mama tak tahupun bagaimana nak masukan. Tapi keadaan ini rupanya tak mengembirakan anis. Dan anis menanggis. Mama tak dapat nak fikir kenapa anis nanggis. Dalam fikiran mama cuma mama rasa anis takut. Tapi sebenarnya salah. Kerana esoknya , bila mama kata nak bawa anis pergi jumpa doktor lagi...anis terus kata ' anis tak mahu pergi jumpa doktor yang buka seluar anis. Doktor tak malu. Mama jangan jumpa doktor tu. Anis nak pergi doktor dekat sahaja'

Oh!! sekarang baru mama tahu kenapa anis menanggis dengan kuat..sebab tak suka doktor perlakukan anis begitu. Mama cuma bawa anis jumpa doktor tu , bila kecemasan sahaja. Kerana rekod anis di Klinik tu cuma untuk masa lawatan melebihi 12.00 tgh mlm keatas sahaja. Dan sekiranya pada waktu biasa, mama akan bawa anis ke 'Klinik Kita' sahaja.

Hari Jumaat pagi kita jumpa doktor lagi, cuma nak dapat kan pandangan sahaja tentang demam anis. Pada hari Jumaat tersebut , badan anis sudah tidak panas lagi. Sekiranya panas juga bila waktu malam, rasanya hari sabtu mama akan buat blood test untuk anis.

Alhamdulillah, anis sudah sembuh dari demam. Dan dapat balik kampong dan juga pergi ke nursery seperti biasa. Dan mama juga dapat bekerja seperti biasa.

Semuanya bimbang dengan kesihatan anis. Bos mama , kebetulan Ke Cananda untuk 14 hari, dia juga jadi bimbang dan manalipon untuk bertanyakan kesihatan anis.

Dan malam ini kita akan balik kampong, kerana esok Pak Teh akan menamatkan zaman bujangnya. Insaalah majlis pernikahan akan berlangsung selepas Jumaat esok. Mama kena balik awal untuk sedikit persiapan.

Mama sentiasa mendoakan untuk kesahteraa anis. Semuga ansi sehat selalu. Dan menjadi anak yang baik. Amin

Friday, May 18, 2007

Cepat dan Tepat

Semalam di berita TV3 , seorang ibu muda didapati menyembunyikan kelahiran bayinya dan juga ibu kepada ibu muda tersebut mengembumikan secara sembunyi bayi tersebut. Dan mereka telah 'tertangkap' dengan perbuatan yang tidak bertamadun tersebut.

Semasa TV menayangkan video tersebut, anis pun ada sama dengan mama dan sibuk dengan pertanyaan yang benar-benar ingiN tahu.

Anis : Mama apa tu?
Mama : Baby
Anis : Siapa simpan dalam tu?
Mama : Mama dia.
Anis : Kenapa simpan dalam tu?
Mama : Baby tu dah meninggal
Anis : Kenapa meninggal
Mama : ...diam (sebab mama syok tengok)
Anis ; Siapa buat?
Mama : Mama dia.
Anis ; Kenapa mama dia buat?
Mama : Mama dia jahat.
Anis : HA!! (TERKEJUT) BODOH !! , MAMA DIA BODOH. (Dengan kuat dan marah)
Mama dan Acik: Melihat sama sendiri. (Mama dan acik terkejut, komen anis sangat capat dan tepat.

Sesuatu yang anis dengar dan lihat setiap hari adalah pelajaran untuk anis didalam kehidupan ini. Mama berdoa semuga anis diberikan hidayah oleh Allah didalam kehidupan anis. Amin

Tuesday, May 15, 2007

Hari Ibu dan Hari Guru

Untuk bulan Mei ini, anis ada hari ibu dan juga hari guru.
Cikgu anis ambil inisitif untuk memperkenalkan hari ibu kepada murid-muridnya. Apa yang anis lakukan di kelas untuk hari ibu?

Mama tak tahupun anis nak merayakan Hari Ibu di sekolah pada Jumaat lepas. Cuma pagi tersebut Anis minta mama sediakan bunga untuk dibawa ke sekolah.
Lah..mana mama nak cari? Jam dah 8.40 pagi.. yang sempat mama lakukan cuma hantar anis kesekolah sahaja. 10 minit pergi hantar anis kesekolah dan 10 minit lagi untuk mama kepejabat.

Tapi semasa turun dari rumah, mama sempat juga terfikir tentang gunting dan juga reben besar. Dalam perjalanan kesekolah .... kita akan jumpa banyak bunga ditepi pagar...

Bunga warna kuning (Kemboja) memang cantikan... nenek anis nak minta bunga (kena minta izin dengan tuan rumah), dan mama gunting bunga tersebut. Kita dapat bunga kertas yang merah terang dengan tangkai yang begitu padat dengan bunga. Cantiknya jambangan bunga anis, kuning dan merah...

Mama ikat dengan reben dan jadikan jambangan bunga yang cantik. Anis sangat gembira dan bangga dengan jambangan bunga tersebut.

Mama pun gembira juga dapat sediakan jambangan bunga tersebut untuk anis.
Anis kata ..cikgu kata bunga anis sangat cantik. Dan anis sangat gembira.

Esok pula hari guru.. anis nak apa untuk cikgu anis. Mama rasa , mama belikan kek saja. OK kan. Nanti anis boleh makan dengan kawan - kawan anis.

Sampai masa nanti anis akan faham dan mengerti tentang ibu /bapa dan juga guru. Insaalah jika dizinkan Tuhan anis akan dapat menghayatinya dengan lebih baik dan penuh kesedaran . Amin

Semuga anis sehat selalu.

Saturday, May 05, 2007

Sepit rambut anis



Mama memang nak postkan gambar ini untuk anis, anis pakai semua sepit rambut dengan penuh warna warni dan anis guna powder yang tebal untuk 'eye shadow' anis. macam Zombi Kg Pisang - nasib baik juga bila sampai dirumah kenduri tersebut powder anis dah menipis dan seperti sepatutnya. Tunggu..mungkin ada lagi aksi anis yang akan mama postkan disini.
Semuga anis gembira selalu.


Inilah kapal yang dihanyutkan ombak bila ribut melanda. Anis pernah naik diatas kapal ni. Pak Itam yang bawa anis pada masa tu. Sebenarnya anis rasa gerun juga bila lihat kapal ni. Kapal ni tersadai saja disitu dan akan menjadi besi buruk tak lama lagi..tak ada inisitif dari tuan punya kapal untuk ambilnya balik. Mencemarkan pandangan mata saja.

Friday, May 04, 2007

Sememangnya lama mama tak menulis untuk anis.
Malam tadi kita berinternet dengan laptop ayah , ayah beri peluang anis guna laptopnya. Anis nak tengok - spiderman 3. Kita cari di Youtube..dapat sedikit sedutan Spiderman 3. Seronok sungguh anis. Dan lepas tu. anis nak tengok Little Chicken. Im Just a Kids - seronok anis dengan aksi Ayam comel dan lagunya.

Anis tanya mama kenapa komputer mama ada gambar kucing (Uncle Nas Blog ) dan komputer ayah juga ada. tapi komputer anis tak ada. Jawapnya...komputer anis tiada sambungan internet ..tentulah tak boleh nak cari kucing comel yang main nyorok di sofa tu.

5 hari kita dikampong (28-4 to 2-5) anis puas bermain. Mandi laut, main basikal, dan bestnya dapat makan daging burung. Burung Punai .. . rasanya memang sedap. Sekarang mungkin musimnya kerana ..di kampong sekarang pokok senduduk dah berbuah dan mula masak ranum (ini kegemaran burung punai) dan juga musim penghijrahan burung. Tapi burung punai adalah spesis yang dilindungi. (tak boleh tangkap selalu nanti kena saman)

Dari April 16 hingga minggu ini, kerja mama semakin banyak pula. Dan yang teruknya problem dengan client ..barang obsolete , no replacement/ alternatif...supplier pun tak nak tolong. Dan dapat payment..lepas tangan lah mereka. Bila nak tidur ..kadang -kadang teringat juga pasal kerja ni. Bermula dari petengahan May sehingga bulan November ..setiap bulan nanti ada shipment Insulator . Logistik perkara yang selalu membimbangkan mama. Dan tambah lagi dengan rate untuk ocean yang setiap bulan akan naik. Tapi selalu berkata dalam hati..malam ni mesti tidur dengan nyeyaknya dan esok baru fikirkan yang lain.

Mama nak cerita satu kepada anis..
Bila tak jumpa anis mama memang rindu dengan anis.
Bila anis balik dari nursery dan jalan dengan ayah dihadapan office mama, mama mesti curi-curi tengok anis dari jauh. Intai-intai anis sepertilah boyfriend intai girlfriendnya.
Sebabnya kadang-kadang anis mood tak baik, bila nampak mama di office, anis dah sibuk nak masuk office dan ganggu mama kerja. Jadi terpaksalah mama intai anis dengan bersembunyi disebalik cermin gelap tu.
Jika tahu anis dah balik dari Nursery dan anis ada di depan tunggu mama, jika tak lihat anis tak sedap rasanya. hati mama memang seperti tak sabar-sabar nak lihat anis. Bagaimana dengan anis pula? Rindu dengan mama jugakan. Mesti nak mama peluk aniskan.

Anis , mama akan sambung lagi nanti. Mama doakan semuga anis gembira dan sehat selalu. Semuga anis suka ke sekolah dan sayang serta menghormati cikgu-cikgu anis.

Monday, April 09, 2007

cerita untuk anis

Banyak yang mama ingin kongsi dengan anis.
Kita balik minggu ni , dah janji untuk melihat anak anjing tersebut.
Sudah tidak ada lagi....mungkin dah ada yang ambil untuk jadi teman mereka atau juga mungkin anak anjing tersebut telah membawa haluan sendiri. Tapi nenek kata tak nampak pun anak anjing tersebut merayau-rayau dirumah nenek.

Petang sabtu kita pergi pasar malam, sebenarnya tiada yang important nak beli cuma anis nak beli jam , RM 5.00 seutas. Beli 1 untik anis dan anis pilih warna purple. Cantik pilihan anis.

Kita beli sepit rambut, dan berbagai jenis yang anis pilih dan tak lupa juga belikan untuk Mak Ti. Anis pilih warna hitam dgn sekuntum bunga (manik) diatas sepit rambut tersebut. Mak Ti mesti suka.

Ahadnya pula kita pergi ke Port Dickson dan mengikut rombongan meminang. Pak Ngah Nizan punya giliran pula kali ini. Anis tak begerak dari barang hantaran tersebut terutamanya yang penuh dengan gula dan coklat. Bila ayah masuk baru anis beganjak dan duduk dengan ayah.
Bila tetamu mereka begurau/berkenalan dan berlawak , mama pun senyum2 tapi mama terkejut bila dengar suara anis...mama jangan suka-suka.
Semasa majlis seperti anis tak bolehlah cakap kuat seperti itu, mama pula yang jadi perhatian.

Cuaca pada hari tersebut sangat panas, memang sesuailah untuk F1 di Sepang. Kimi R cuma dapat tempat ke 3 sahaja. Tak apalah naik podium juga kan. Mama tengok di TV saja.

Seperti 1 minggu yang lepas anis beritahu mama, hari ni tak nak naik kelas. minta mama jumpa Umi dan Cikgu, beritahu anis tak mahu sekolah. Mama jumpa Che Da dan katakan anis tak nak sekolah. Tapi Che Da beritahu mama, anis Ok saja bila sampai di sekolah. Tak ada masalah apapun. Boleh mengikuti kelas Umi dan cikgu seperti biasa. Anis tak meragam pun. Anis pun ceria juga.

Sekarang bagaimana?
Anis mengada-ada dengan mama ke? Atau memang anis bosan? Atau anis rasa tak puas bermain - bila waktu pagi kena kesekolah.
Dari semasa kesemasa mama akan tanya Che Da, jika anis seperti yang Che Da maklumkan, mama rasa mama akan teruskan persekolah anis. Mama akan pantau perkara ini terlebih dahulu.

Rumah nenek di melaka telah ada 6 ekor anak kucing. 3 ekor dilahirkan oleh Saberia dan 3 ekor lagi Kembar. Comelkan. Anis teruja bila lihat mereka berjalan tergoyang-goyang dan rasa seperti sangat banyak.

Tapi Siberia agak garang dengan anis, dan tak suka anis ganggu anak nya.

Dan cerita yang kelakar, bila kucing nenek Hitam tak balik rumah untuk 2 hari. Hitam memang sangat comel sebab yg paling montel dan yang paling slow antara kucing yang ada. Waktu ptg seperti biasa nenek akan panggil semua kucing untuk masuk kerumah mereka tapi Hitam tak ada. Puas panggil pun tak muncul juga sehingga kemalam. Dan esoknya atuk cuba cari tapi tak jumpa juga. Dan pada malam nya pula atuk pusing lagi jalan-jalan dan atuk jumpa seekor kucing jalan gelek-gelek..rupanya si Hitam. Sebab pada masa tu sudah pukul 11.00 malam Atuk cuba tangkapnya dan naikkan keatas motor. Hitam meloncat mungkin sebab terkejut. Dan Atuk balik rumah ambil keropok. Panggil nama Hitam, atuk dengar suara tapi tak keluar-keluar juga. Rupanya Hitam jatuh dalam timbunan pokok resam dan tak boleh nak keluar. Atuk balik rumah lagi pergi ambil parang, dan tebas sedikit pokok resam tersebut dan akhirnya Atuk nampak muka dia. Adengan yang ingin dilihat Hitam rasa seronok bila diambil oleh atuk dari semak tersebut dan sampai dirumah Hitam makan keropok (makanan) sepuas-puasnya. Nenek kata - tentu Hitam tak makan untuk 2 hari tersebut. Sebab Hitam adalah kucing yang tak pandai berebut makanan. Nak cari makanan diluar sudah tentulah Hitam tak pandai.

Mama rasa sampai sini dulu anis. Semuga anis sehat selalu.

Saturday, April 07, 2007

Anis demam

Hari ini anis demam sejak dari malam. Selepas jumpa doktor , anis tak mahu ke nursery jadi mama kenalah ambil cuti hari ini. Anis memang seronok duduk dirumah dengan mama. Macam-macam boleh minta.

Selepas menonton Bob the Builder , anis nak main laptop pula. Anis guna laptop mama, zaman mama belajar dulu. Dah 12 tahun yang lepas . Taklah cangih macam sekarangnya laptop tapi untuk anak baru belajar..tu dah kira lebih dari boleh. Anis cuma guna MWord dan taip huruf A, B dan seterusnya. Anis belajar mengenal huruf dari MWords. Mamanya Acer dan aciknya pula Dell. Tapi yang paling bagusnya kualiti beg laptop anis yang paling baik. Mama memang admire. Kualiti barang 10 tahun yang lalu memang lebih baik dari sekarang.

Anis muntah dan terkena pada kain anis. Semasa anis mandi, anis cuba nak basuh kain tersebut. Dan mama minta anis cuci muntah tersebut. Anis cuci tapi sambil itu mama dengar anis kata, uweh..gelilah. Tapi terima kasih anis kerana tak tak sangka anis cuci dan berus dengan bersih. Pandainya anak mama dah besar ya...

Selepas mama dah ayah jemaah maghrib, anis dah minta susu dan dah ngantuk. Mungkin juga sebab ubat deman dan selsema yang anis minum buat anis rasa ngatuk. Anis tidur walaupun susu anis tak habiskan.

Insaalah esok kita akan balik kekampong. Mama sedang fikir nak ikut jalan mana .. highway nak keluar Linggi Pedas atau nak keluar ke Port Dickson.. Sepang tak boleh nak lalu , tentu kereta banyak kerana 6/7/8 bulan April ada Formula 1. Tahun ini Michele Schumacher tak masuk berlumba dan sokongan mama berlaih ke Kimi R pula lah.

Mama harap anis sehat selalu dan sentiasa gembira dengan nikmat yang Allah berikan. Dan semuga anis selalu bersyukur.

Thursday, April 05, 2007

Comelkan anak anjing tu

Jumaat lepas , kita balik kampong. Acik ikut kereta kita dan selepas acik habis kelas jam 10.15 kita bertolak dari rumah. Perjalanan OK tapi banyak kenderaan dan sampai saja di Nilai kereta telah bersesak dan sehingga ke Tol Linggi Pedas jam dah pukul 12.00. Dari Tol Linggi ke Melaka - 24 minit sudah sampai rumah Atuk.

Dengan keadaan malam yang di terangi cahaya bulan dan cahaya lampu kereta ayah, kita nampak anak anjing yang sangat comel sedang bermain ditepi jalan untuk ke rumah atuk. Anak anjing yang comel ini sedang menari-nari sekeliling anak pokok. Warna bulunya putih kekuningan. Kedua-duanya sama saja seperti kembar. Mama pastikan betul-betul sebab dulu atuk pernah jumpa anak harimau bintang juga sedang bermain-main sekeliling pokok. Tapi itu 16 tahun yang lalu. Masa atuk mula berpindah ke kampong sekarang.

Dan keesokan harinya ,anis dan mama berjogging (anis menunggang basikal) mama sebenarnya pun hampir terlupa, bila dengar saja bunyi basikal, seekor demi seekor anak anjing tersebut keluar dari tempat tidurnya. Sangat comel bila keluar sambil mengoyang-goyangkan kepalanya. Rupanya ada tiga ekorlah anis. Bila lihat sehingga 3 ekor dan salah seekornya keluar mengejar anis...wah anis pun pecut basikal. Timbul perasaan gerun pula pada anis.

Mama rasa mungkin ada orang yang buangkan anak anjing tersebut disitu sebab mama tak nampakpun ibu anjing tersebut. Dan kasihan juga sekarang selalu musim hujan..tentu dia kesejukan bila kena hujan. Sebab anak anjing tersebut cuma berteduh dibawah anak-anak pokok sahaja. Minggu ni kita balik lagi dan kita lihat masih tak anak anjing tersebut disitu atau mungkin ada yang dah ambil nya untuk jadi teman.

Anis demam malam tadi dan hari ini tak masuk kekelas, cuma ke nursery sahaja. Mama dah inform Cikgu Anis, homework anis , ada didalam beg anis. jadi anis tak perlu risau dengan homework tu.

Anis masih tak berminat untuk masuk kekelas, cuma nak mengikuti kelas Che Da saja .. kelas menyanyi. Mama akan lihat sehingga hujung bulan ini, jika anis tak dapat nak terima Cikgu dan tak berminat dengan kelasnya, mama akan bincang dengan Che Da untuk tukarkan anis. Mama tak mahu anis terbeban fikiran dan perasaan setiap hari bila nak kekelas. Anis belum 4 tahun lagi...dan mama tak mahu anis fikir banyak. Anis memang hanya perlu melakukan sesuatu yang anis suka dan mengembirakan sahaja. Tapi anis juga perlu ditegah untuk sesuatu yang bahaya dan tidak baik untuk jadi ikutan.

Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Thursday, March 29, 2007

Anis

Sabtu ni kita akan menyambut Maulidul Rasul. Cuti hari sabtu dan insaalah selepas kerja, jumaat nanti kita akan balik kampong. Mama dah semakin kurang menulis untuk anis disini. Setiap hari kerja mama didepan komputer dan bila malam pula nak berdepan dengan komputer lagi..mama dah tak larat.
Mungkin mama dah semakin tua agaknya , sekarang mata mama mudah rasa letih. Radiasi dari komputer seperti ubat chemmotherapy yang pernah mama lalui dulu. Badan rasa letih.
Kerja juga semenjak January lalu agak banyak dan sebahagian dari usaha mama untuk mendapatkan kontrak dah menunjukkan hasilnya. Untuk tahun ini insaalah tak perlu nak bimbang lagi. Mama dah berjaya untuk 3 kontrak - di Sabah 700K , dan di KL 2.8M dan 1.9 M. Sekarang mama sdg berusaha utk 2 kontrak lagi juga di KL. Doakan utk mama berjaya. Jika berjaya boss mama boleh senyum.
Untuk tahun ini rasanya , kita terpaksa tangguhkan cuti bulan Julai, kerana ada 2 shipment akan sampai pada bulan tersebut. Arrangement untuk item ni agak sukar dan cerewet. Insulator adalah barang yang mudah pecah dan shipment untuk kali ini agak banyak mungkin 35 kontena. Dan logistik adalah yang amat mencabar untuk mama. Selalu tegang urat dengan store keeper / kontena driver / sebab mereka ni dah keletihan.

Anis sekarang dah dapat 1 basikal sederhana besar. Dan bila ke sekolah anis akan menunggang basikal tersebut dan mama menjadi jurupandu arah serta pasukan bantuan kerana ada masa anis tak mahu kayuh basikal tersebut dan mama kena dorong untuk anis.

Sejak cuti penggal pertama yang lalu anis dah tak berapa minat nak sekolah. Ini kerana:-
1. pada cuti penggal tersebut , ramai yang bercuti dan tidak ke nursery. Cuma anis sahaja yang ke nursery. Tidak ramai kawan. Cuma anis sahaja perempuan. Anis rasa bosan dan sedikit kecewa bila mereka semua bercuti balik ke kampong selama 1 minggu. Dan anis kecil hati kerana anis tak dapat balik kampong dalam jangka masa yang lama seperti mereka.

2. pada cuti penggal tersebut juga Che Da bercuti. Dan anis rasa rindu dengan Che Da sehingga demam dan kejutkan mama pukul 3.00 pagi dan minta mama talipon Che Da.

3. anis rasa sukar dengan kelas Iqra. Mama akui anis memang handal menghafal tapi anis masih sukar untuk mengenal huruf. Dan kelas Iqra pula adalah cikgu baru , tak friendly dengan kanak-kanak. Belum berapa pandai untuk menanggani kanak-kanak seperti anis.

Bagaimana untuk mama membantu anis?

Walauapa pun jua mama terpaksa bertegas untuk anis ke sekolah.
Dan untuk kelas Iqra , seperti selalu mama akan ajar anis dan mama akan minta cikgu tak perlu ada sesi soal jawab dengan anis. Cuma anis perlu join kelas tersebut dengan membaca mengikut arahan cikgu. Supaya anis tidak rasa tekanan bila tidak dapat menjawab soalan cikgu.

Mama cuma nak anis gembira dengan apa yang anis lakukan. Dan sudah tentu apa yang anis lakukan adalah sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk anis.

Adakah anis terlalu manja?

Mungkin juga anis terlalu manja. Tapi memang wajar sebab anis kan anak perempuan. Walaupun anis agak lasak dengan aktivi luar tapi anis sangat sensitif dan emosi. Mama mungkin cepat marah tapi tak ada yang dapat kesan mama sedang marah , kerana mama penyabar dan tak dapat nak meninggi suara. Memang anis tak pernah gerun dengan mama pun.

Anis boleh di rotan tak?
Ayah kata boleh tapi tak boleh selalu. Nanti alah bisa tegah biasa.
Mama dapati mama ni banyak cakap dengan anis. Bila minta anis buat sesuatu, mama terpaka ulang sehingga 7,8 kali. Nak minta anis pergi mandi pun terpaksa mama ulang 5/6 kali baru anis nak pergi atau anis jawap tak nak mandi.
Bila sudah mandi tak mahu berhenti main air. Nak suruh selesai anis nanti akan cakap..mama ni last,, tapi last tu dengan maksud 3 jari. ertinya ada tiga kali lagi sabun & shower yang belum selesai.

Mama taku juga nanti mama tua sebelum waktunya. Sebab mama dan suka berleter dengan anis. Mama kena hentikan ini.

Nanti mama sambung lagi. Semuga anis sehat dan sejahtera selalu.

Thursday, March 08, 2007

Agak lama juga mama tak posting sesuatu untuk anis. Last posting mama 23 feb yang lalu.

Anis nak tahu bagaimana karektor anis untuk peringkat umur anis sekarang?
Menakutkan mama juga. Tapi mama rasa ini adalah perubahan-perubahan dan karektor-karektor yang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak di peringkat umur anis.

Anis sekarang 3 thn 6 bln.
Anis agak agresif. Anis cuba berlagak seperti orang dewasa. karektor dewasa yang menarik perhatian anis -

Mengeluarkan arahan.
-Selalu arahan yang keluar seperti cikgu disekolah.
Mama cepat buat / mama jangan bising / mama duduk baik / mama baca doa makan..kuat sikit anis tak dengar / mama sini

-Kadang seperti kakak
Adik izza cepat balik / adik izza makan sampai habis / adik izza mandi cepat

-Adakala seperti mama
Laila ha illallah... mama ni....kenapa simpan mainan anis / mama cepat kemas ..


Anis juga pandai nasihat

Anis cakap dengan mak ti / mak ti batuk..minumlah air sejuk..nanti mak ti tak batuk lagi. Sampai mak ti nangis. Mak ti teringat anak dan cucunya yang berada di Indonesia. Bila Anis cakap yang manis-manis dan sedap didengar mak ti mesti sedih dan sayu. Mak ti dah anggap anis seperti cucunya. Dan mak ti pun akan balik ke Indonesia dan bersara selepas anis kesekolah tahun pertama.

Adakalanya anis cakap dengan mama ....mama nak air..mama hauske? Mari sini mama.. anis suapkan.

Bagaimana pula dengan ayah?
Anis mempunyai minat yang tinggi dengan ayah. Selalu anis cakap.. ayah sayang anis , ayah cium anis tapi ayah tak cium mama. Anis nak 'tayang' dengan mama pula.

Masa nak jumpa kawan ayah pada 4/3/07 yang lepas, ayah tak bawa anis pergi sama ..anis kena tinggal...anis nanggis sampai mama terpaksa ponteng kerja 1 jam untuk jaga anis sebelum ayah pulang.

Kawan office mama memang tak pernah dengar anis nanggis sebab anis memang selalu gembira dan bermain saja bila sampai di office mama .. tapi hari tu semua orang terkejut. Anis nanggis bukanlah menjerit tetapi penuh perasaan sedih dan merajuk. Sebab ayah tinggalkan anis.

mama sambung lagi esok. Insaallah. Anis mesti selalu amalkan doa ini setiap hari. Mama dan anis selalu baca bila setiap hari kita bersedia untuk keluar dari rumah. Ya Allah ya Tuhanku, jadikan lah hari ini lebih baik dari semalam. Amin

Friday, February 23, 2007

February - ulangtahun

Bulan february banyak kenangan dan ulangtahun yang boleh diraikan. Selain dari tarikh penting untuk mama dan ayah ada juga yang lainya...
17-2-2007...Atuk Melaka nya hari ulangtahun kelahiran
18-2-2007....Ulangtahun untuk mama.
(Mama is a big present for atuk , nenek yang kata)

Anis dan mama pergi beli kek (Secret recipe)... anis yang pilih kan untuk mama dan pilihan anis adalah kek perasa strawberry dan penuh dengan buah strawberry. 'Anis suka makan strawberry mama'. Ya, sebab itulah anis pilih kek strawberry.

Nyalakan lilin dan anis yang tiup lilin tu ..tak tahulah berapa kali. Air liur anis pun mama rasa dah penuh dah diatas kek tu.

Anis dah dapat golf set / dan anis dahpun memulakan permainannya semasa di kampong rumah atuk di Melaka. Tapi sibuknya anis...sebab nak cari lubang untuk sasaran bola golf tersebut. Ayah tolong anis galikan lubang. Lubang besar-besar biar bola senang nak masuk.

Minggu ni kita tak balik kampong dan habiskan masa di KL sahaja. Sekarang setiap hari di KL akan hujan dan selalunya sebelah petang. Jika hujan weekend ni.. kita duduk rumah saja tak pergi mana-mana dan mama masak sajalah kita makan-makan.

Dan anis tengok VCD sajalah . Little Stuard ...Teletubbies... Oh ya.. mama rasa kita boleh main watercolour. Anis mesti suka.

Semuga anis sehat dan gembira selalu .

Friday, February 16, 2007

Cuti Tahun Baru China

Hari ini mood ditempat kerja mama adalah mood raya. Kawan-kawan office mama semuanya hampir mimpi saja.... makan limau , makan kacang, makan nga-ku goreng ..mama pun tumpang sekali.

Semalam sementara tunggu mama habis kerja, anis duduk sembang dengan mak ti di office ni. Dan anis juga jumpa boss mama ...mama terkejut juga bila mak ti beritahu anis tanya dengan boss mama ...atukkk anis nak kacang. Ohhh...boleh..boleh. Ambil -ambil makan. Janganlah anis panggil atuk... anis panggillah Gong Gong. Kan anis dan belajar di sekolah . Gong-Gong / Poo -Poo / jhe-jhe/ ghe-ghe .. anis dah lupa ke? Tapi bos mama cuma 50thn saja.. anis nampak dia serupa atuk ke?

90% dari pekerja di office ni meraikan Chinese New year. Mama tak boleh nak apply leave .. terpaksa tunggu office. Beri peluang mereka meraikan Chinese New Year sepuas-puasnya.

Adik Iza & adik Iffa malam ni akan balik ke kampong (Bahau) untuk meraikan bersama keluarga Mammy. Keluarga Mammy meraikan Chinese New Year ... soo adik izza & adik Iffa boleh merasai lebih suasana perayaan ini. Ini adalah kelebihan bila ada perkahwinan campur.

Kita akan balik ke kampong esok , selepas mama habis kerja. Mama cuti sehingga hari Selasa dan Insaalah mama akan bawa anis berenang di laut. Dah lama dah anis tak pergi ke lautkan. Asyik berenang dikolam saja.. rambutpun keras kerana terlalu banyak klorin.

Tadi mama jumpa umi, umi kata cuti panjang ni ada homework lebih sedikit. Anis jangan nak ngelak dari habiskan homework.

Semuga anis sehat dan ceria selalu.

Tuesday, February 13, 2007

13, 14 & 15 February

Tarikh diatas adalah sangat istimewa....
13-February (Mama dapat teman hidup - ..Ayah anis)
14-February (Doa selamat dirumah atuk Melaka)
15-February (Doa selamat dirumah atuk Rembau)

Tarikh ni nenek dan atuk yang pilih untuk mama dan ayah. Bila di maklumkan kepada mama dan ayah....kami terperanjat sebab bila dikira ...kami cuma ada 20 hari sahaja untuk membuat persiapan segalanya. Sebab mama dan ayah rancang bulan May....Tapi Alhamdullilah. Kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.

Insaalah mama dan ayah akan memberi kasih sayang untuk anis sepanjang hayat kami berdua. Semuga anis gembira, sehat sejahtera dan dirahmati Allah selalu. Amin

Friday, February 09, 2007

Ayah & Anis di Kg

Anis dan ayah dah sampai dikampong. Anis dan ayah balik dulu tinggalkan mama di KL seorang diri ....duh!!! sedihnya. Ayah cuti hari ini dan anis pula nak ponteng sekolah .. ..ayah dan anis berdua bersungguh-sungguh nak balik dulu. Mama pula masih kerja , tak boleh nak cuti. Terpaksalah mama...tidur seorang malam ni.

Esok insaallah mama balik, besar kemungkinan mama balik dengan acik. Bila balik dengan acik ..anis tak perlu jemput mama di Komuter Station di Seremban. Mama balik dengan kereta acik. Tapi bimbang juga..sebab sekarang didalam mood perayaan. Chinese New Year dah nak datang. Ramai yang suka nak balik kampong. Nana kereta banyak danajlan pula sesak. Ni yang tak bestnya. Di office mama pun dah penuh dengan kotak limau. Beribu-ribu limau. Nak beri customer pun banyak dan terima dari client pun banyak juga.

Nak jalan di office ni pun susah. Ruagan telah diambil oleh kotak limau. Jika Hari Raya pula ..Hamper pula yang penuh. Seperti tahun lepas hari Raya Aidilfitri sama dengan Deepavali....hamper di office mama ni pun bertambah dan kelakar juga sebab nak bezakan hamper Aidilfitri dan Deepavali, mereka gunakan ribbon hijau dan ribbon ungu.

Tapi anis tak boleh makan banyak limau ni sebab ...mudah batuk dan juga tak sesuai untuk perut.

Semalam ayah bawa anis main dipadang permainan dan anis terjatuh semasa memanjat palang besi. Anis nangis. Mungkin tak sakit tapi anis terperanjat saja. Tak apalah, jika tak jatuh anis tak akan rasa cabarannya. Bagi kanak kanak , jika tak jatuh tak pandai dan jika tak sakit tak besar. (Ayat power ni.. nenek mama yang selalu sebut masa mama kecil dulu).

Mama doakan semuga anis sehat dan dilindungi Allah selalu. Dan semuga anis ceria selalu.

Tuesday, February 06, 2007

lewat ni..

Sorry anis, lebih 10 hari mama tak bercerita untuk anis.

Acik : Anis, acik beli reket badminton . Nanti acik boleh main dengan mama. Anis tak boleh.
Anis : Acik tak beli golf ke?
Acik : Golf.!!!!..apa golf?
Anis : Bola yang kita pukul guna kayu. Lepas tu bola masuk lubang. Lepas tu kita ambil lah bola tu.
Acik : Blur lah acik dgn anis ni...
Anis : Ayah tak main golf.
Ayah: Golf...tak ada duit.

Bila anis timbulkan cerita golf ni..memang kami tak boleh tahan nak ketawa..terutama Acik. Sebab acik ingat nak mainkan anis..rupanya anis yang dah mainkan acik.

Gengam Jari Gengam jari
Jadikan nada
Pusing Kanan Pusing Kiri
Lembutkan Jari
Boleh tulis, boleh kira
Hingga berjaya
Satu tangan dua tangan
Untuk berdoa

Lagu ni..selalu anis nyanyi untuk mama.

Sekarang, mama dah dapat lihat sedikit kemajuan anis didalam mewarna. Anis dah dapat mewarnakan sesuatu lukisan didalam bentuk dan garisan lukisan tersebut. Cara mewarna juga anis dah faham. Tak lah seperti dulu , anis conteng saja. Ada tegak, ada sendeng, ada melintang dan macam-macam cara pun ada.

Dan anis juga dah dapat lukis bentuk seperti bersegi bintang / ikan / kotak / dan bulat pula...memang lah anis dah terror.

Mama baru order satu CD tentang kisah-kisah nabi... insaAllah bila mama terima dan Mr Posmen Khamis ini....kita dengan bagaimana cerita tersebut.

Mama harap anis sentiasa cekal dan ceria didalam kehidupan anis. Dan jangan mudah putus asa. Semuga anis dirahmati Allah selalu.

P/S - Kakak Rina dah dapat adik baru. Namanya mama belum pasti. Tapi mama dapat lihat anis memang berminat dengan baby baru ni. Nanti kita balik kampong, kita pergi tengoh baby baru ni lagi ya..

Monday, January 29, 2007

Pesona Anis

Minggu ini kita balik rumah atuk rembau dulu dan tidur disana. Ayah dah lama tak berendam disungai . Sejak 2 minggu yang lepas hujan tak turun dan cuaca di kampong panas. Air sungai dah mula kering dan air perigi dirumah nenek juga telah kelihatan kemerahan.

Ayah ambil peluang untuk menjaring dan menangkap ikan. Jika musim kering begini dan air sungai mula cetek ..inilah masanya waktu yang sesuai untuk makan ikan sungai dan ikan kolam. InsaAllah ..boleh makan ikan haruan yang segar dan manis. Banyak khasiatnya.

Petang sabtu ayah dah mula menjaring dan malam pula ayah pergi memancing di sungai dengan busu .Hari Ahad ..ayah bawa anis pergi memancing pula. Cuaca panas dan muka anis bukannya merah tapi sudah jadi hitam biru.

Dan pukul 3 ptg Ahad baru kita balik rumah atuk di Melaka. Anis rindu dengan basikal anis. Turun kereta saja anis dah masuk rumah dan ambil basikal. Rumah nenek agak besar dan tak banyak perabot jadi boleh lah anis berlegar-legar dengan basikal dari rumah depan hingga terus ke dapur. Anis tak perlu nak main basikal di luar sebab cuaca panas.

Lepas magrib kita berkemas untuk balik ke KL tapi anis bersungguh-sunguh nak berhenti rumah atuk rembau dulu sebelum balik KL. Ayah tak mahu sebab nanti lewat sampai KL. Anis pula merajuk tarik muka 14..terpaksalah ayah berhenti dirumah atuk Rembau. Anis makan bubur kacang dan makan nasi. Kita sampai KL pukul 11.00 malam. Masa dikereta anis dah tidur, bila sampai dirumah pula anis tak boleh nak sambung tidur. Ayah dengan internet dan anis pula dengan CD. Mama pun tak tahu pukul berapa anis tidur.

P/S. Mama ingin mengenangkan stroy yang anis buat menyebabkan mama dan ayah ketawa.
Mama : Anis, tadi mama nampak kawan anis kakinya sakit. Kakinya berbalut kain dan juga mamanya dokong kawan anis tu. Siapa namanya.
Anis : Oh.. fakrul. Namanya fakrul. Kakinya balut sana, balut sini. Dia pergi sekolah pakai seliparrrr aje.
Mama: Kaki nya kenapa. Dai jatuh di rumah Che ke?
Anis : Emmm ye.
Mama : Dia jatuh dirumah dia tak?
Anis : Diam.. tak jawabpun.
Mama: Anis , mama tanyani...Fakrul jatuh dimana?
Anis : Mama Fakrul main dekat dalam hutan.
Ayah : Betulke mama... fakrul main dalam hutan?
Mama dan ayah ...percaya fakrul main dalam hutan dan nak tahu cerita selanjutnya. Dan....
Anis : Ya mama...lepas tu ..tiger gigit kaki dia. Gigit sana..Gigit sini.
haha...dan sah kena kelentong dengan anis tapi mama layan saja...
Mama: Tiger tak gigit Anis ke?
Anis : Tiger tu tak nampak anis.

Mama dan ayah ketawa..sebab kami berdua memang percaya yang Fakrul tu pergi main didalam hutan dan memang nak tahu selanjutnya apa yang berlaku...rupanya khayalan anis.

Hari ini 10 Muharram... ayah kata hari ini adalah hari jadi untuk semua kejadian.

Mama doakan semuga Anis dilindungi Allah selalu. Semuga Anis sehat. Semuga Anis diberi petunjuk oleh Allah dalam apa jua yang Anis lakukan.

Tuesday, January 23, 2007

Diary anis

Untuk minggu ini anis masih mempunyai mood yang baik untuk kesekolah. Mama bangunkan anis , sungguh mudah ..anis bangun dan pergi mandi.

17.1.2007
Anis pulang dengan membawa 1 kertas - untuk diulangkaji dirumah. Syllabus Iqra.
Anis : Umi kata kertas ni kena bagi umi esok.
Mama: Bukan , mama rasa umi nak anis belajar dirumah.
Anis: Tidak. Umi kata esok bagi umi.
Mama: Betulke.. umi minta anis baca dirumah lepas tu pulangkan pada umi.
Anis: Taklah mama..umi kata pulangkan kat umi esok.

Message tak sampai... atau anis memang tak nak ulangkaji.
Ayah ke Kedah hari ini - anis balik lambat dari Nursery. Mama habis kerja pukul 6.00

18.1.2007
Bangun pagi , anis sudah tanya Ayah mana?. Anis kata Anis tak jumpa ayah semalam. Mistilah tak jumpa sebab ayah hari Jumaat baru balik. Muka merajuk saja. Petang masa mama ambil anis dari Nursery , mama tanya Che Da.. bagaimana anis masa di sekolah ? Jawapan positif dari Che Da. Anis ok saja..tak perlu nak bimbang. Anis juga aktif dalam kelas. Tapi anis sangat kepoh.. selalu complain dengan Che Da... Najwa (best friend anis..) tak nak jawab bila Cikgu tanya dan kurang aktif.
Mama rasa anis tak perlu terlalu busybody...kena betulkan diri anis dulu...
Anis sembahyang dengan mama dan mungkin anis letih, anis minum susu dan terus tidur dengan kain telekungpun anis tak buka.

19.1.2007
Mama ambil anis di nursery dan sebelum balik kita pergi beli nasi lemak dan donut fav anis. Ais makan nasi lemak dengan kicap dan makan donut sekeping. Ayah dah ingatkan mama hari ini mesti baca doa akhir tahun dan awal tahun. Tapi anis dok kacau mama saja. Sebabnya anis kata ...mama cepatlah anis ajar mama baca quran besar. Anis sembahyang / anis mengaji .. lepas tu menonton teletubies. Ayah balik pukul 8.00 malam.

20.1.2007
Mama bawa anis pergi berenang di KLCC. Anis sangat happy sebab dapat berenang dan seronoknya sebab ada goggle baru dan juga baju renang baru. Bila anis pakai baju renang ni, anis beraksi seperti ratu jimnastik bukanya ratu renang.

Petangnya mama bawa anis pergi Tesco. Mama dan ayah senyum tengok anis.sebab terkejut dengan penampilan anis. Seluar Jeans Biru - Baju T-Shirt Biru Besar dan emmm..... Tudung Biru. Azam tahun baru aniske..pakai tudung bila keluar. Tapi mana anis dapat cari tudung biru tu? On the way hujan lebatnya dan sampai saja Tesco .. ayah parking kereta tapi di tempat parking kereta tersebut air dah naik 2 inci. Dan kita berjalan didalam air banjir

Dah lama mama tak menonton lakunan sofea Jane dan malam itu mama menonton drama lakunanya , Sebuah Iltijad dan sedihnya. Sebab dah lama tak emosi mama pun nangis sungguh-sunguh. Tapi part emosi mama dikejutkan oleh anis sebab anis tanya ....mama kenapa? Mama sedih tengok untie dan polis tu ke? Anis pun berlalu dan aduh.. anis ambilkan mama towel mandi untuk lap air mata. Banyak sangat ke air mata mama?

21.1.2007
Anis bangun lambat. 9.15 baru anis bangun. Lepas sarapan mama bawa Anis pergi taman permainan. Anis pakai sewluar jeans biru / T-Shirt Putih dan emmm tudung biru . Ayah senyum saja bila tengok anis pakai tudung. Kita nak pergi padang ni..anis tak rasa panas kenanti. Mama saja nak duga anis. Tapi anis tak layanpun mama tanya. Anis ajak kakak erin pergi bersama dengan anis .. dan memang anis gembira dan mama juga rasa seronok. Dan anis juga tak ingatpun anis pakai tudung. Anis tak merungutpun.

Petang tu kita pergi jogging dengan ayah di Taman Titiwangsa .. anis juga bersiap dengan pakaian jogging dan anis juga gunakan tudung. (Mama dan ayah dah sepakat...agaknya ini lah citarasa anis untuk tahun baru ini. )

Mama doakan anis sentiasa didorong dan dipelihara untuk membuat pilihan yang terbaik.

P/S Mama ke KLCC - Tower 1 hari Isnin sebab ada traning / dari Tkt 43 mama dapat lihat taman permainan dan kolam renang di KLCC ...penuh dengan warna warni dan sangat cantik. Mama bayangkan anis didalam kolam tersebut .

Monday, January 15, 2007

Report seminggu untuk anis

Masa untuk mama menulis disini semakin berkurangan. Awal tahun ni kerja mama banyak sedikit - banyak tender / sebutharga baru keluar. Tak dapat quotation nanti boss bising pula.

8-1-2007
Mama puas hati dapat lihat anis pakai baju tadika. Balik saja petang itu , anis busy cerita dengan ayah pasal baju tadika. Dan mangsa anis siapa lagi jika tidak Acik .
Anis : Acik , anis ada baju tadika. Ada seluar tadika.. Acik tak ada.
Acik: Alah .. nanti acik belilah.
Anis : Umi tadi kata.. baju tadika dah habis. Acik tak dapat beli.

9-1-2007
Anis berus gigig masa mandi petang tu. Tapi lepas berus gigi anis cuci berus gigi tu anis pintal-pintal serupa keringkan air di baju/kain.
Mama : Anis buat apa tu.
Anis : Diam. emm.. (Nampak sibuk aje)
Mama : Anis cuci baju ke
Anis : Diam .eem (Seriusnya)
Mama : Anis belajar cuci bajuke?
Anis : Ye mama.. tadi umi ajar cuci baju.
Mama: Subject apa ni. Matematik ke. (Mungkin juga .. sebab belajar turutan didalam matematik mungkin apply didalam sistem semasa membasuh baju. )

10-1-2007
Anis duduk disudut rumah. Mama dan acik sedang nonton TV.
Sambil tu jeling juga pada anis...

Anis : Anis ni doktor / Ini sakit gigit ular / gigit lipan. Anis tunduk sambil memandang kepada kerusi.
Next wordsnya..
Anis : Assalamualaikum...., Sakitke, emm...sayang-sayang. Gigit ular ke?. nanti doktor bagi ubat.

...mama dan acik tak boleh tahan .. terus ketawa. Anis sudah berlagak jadi doktor dan paling teruk kenapa boleh sampi kena gigit ular.

lepas tu anis buka buku depan Ayah ...
Anis : Ayah duduk. Baca..Bahasa Arab.
Ayah : Oh.. hari ini belajar bahasa arab.

11-1-2007
Mama tahu hari ini anis belajar apa. Kerana selalunya anis akan ulangtayang kan masa dirumah.
Anis ambil buku dan draw.
Mama : Anis lukis apa?
Anis : Anis lukis Hexagon.
Anis tak selancar itu untuk menyebut hexagon. Tapi hari ini lancar. Tentu anis belajar tentang ini disekolah.

12-1-2007
Hari ini belajar IQRA. Dan juga Sirah. Tapi mama tak dapat nak tanya dengan Anis. Ayah ambil anis di nursery pukul 5.30 dan anis pergi bermain di taman sehingga 6.30. Balik rumah anis nak minum susu dan lepas tu tidur. 8.30 anis bangun ... dan teman adik izza dan adik iffa sebab mummy balik lambat. Tak dapat nak tanya anis.

13-1-2007.
Kita balik kampong. Jumpa atuk dan nenek dirembau dahulu. Anis borak dengan atuk rembau .. "Atuk anis dah sekolah tadika". Anis juga tanya dengan atuk pasal kamibing atuk. Dan anis tunjuk dengan atuk .. "Atuk ini pokok malu". Sambil anis sentuh pokok semalu tersebut . Pokok semalu tu pun menguncup.
Anis lari takut bila kambing jantan atuk yang paling besar keluar dari kandang dan pergi kearah anis.

Kita sampai dirumah atuk dan nenek di Melaka .. hampir jam 6.00 ptg. Minggu ni tak mandi laut sebab sunday tu.. nak pergi masjid Tanah...nak beli baju anis. Dan kita makan Tosey. Emm sedapnya.

14-1-2007
Kita balik KL. Daddy dan mummy bawa anis pergi McD. Dengan Adik izza dan Adik Iffa. Mulanya anis tak mahu sebab anis takut nak minta izin dengan ayah. Takut ayah tak bagi pergi. Tapi bila daddy minta izin dengan ayah nak bawa anis .. Barulah anis nak pergi. Bila nak tidur ayah minta anis baca Alfatehah. Alhamdulliah anis boleh baca dengan sempurna. Begitu juga 3 Kul. Anis boleh baca semuanya. Cuma surah AlIklas. Ayat yang 3.. anis perlukan panduan.

P/S. Untuk makluman anis ..berlakunya banjir besar di Johor terutamanya di Kluang dan Kota Tinggi. Mungkin yang hebat untuk 50 tahun ini. Tajuk berita 'Johor hampir Lumpuh'. kasihan mereka. Tapi ujian tuhan dimana-mana saja dan dalam apa jua cara. Begitu juga rezeki dan dan rahmat tuhan juga pelbagai. Apapun kita sebagai umatnya mesti redha.

Anis ... hari ini mama jumpa satu ekor kucing yang comel tau.. nak tahu dimana. Salah satu blog yang mama selalu kunjungi . Kucing putih yang montel. Macam kucing nenek SiHitam yang manja tu. Selalu curi tidur dengan anis. Cantiknya blog tu. Blog Uncle Nas / Aura .. nanti mama tunjuk dengan anis . petang nanti . ..InsaAllah

Mama doakan semuga anis dicucuri rahmat selalu. Dan dilindugi Allah selalu.

Monday, January 08, 2007

Pakaian Idaman

Mama dah lama tak posting untuk anis disini. Mama sibuk sedikit dan ayah anis pula sibuk banyak-banyak. 1st day mama hantar anis ke nursery untuk tahun 2007, anis seperti kehilangan sebab rakan-rakan anis yang biasa bermain dengan anis sudah tidak kelihatan. Mereka semua telah berdaftar di pra sekolah (5 -6 tahun). Bagaimana dengan anis?. Kesian pula mama lihat anis. Petangnya ayah pergi jumpa Umi dan Ustadz dan mereka kata anis juga boleh berdaftar untuk Pra Sekolah walaupun anis cuma 3 thn 4 bulan shj.

Hari ini , mama selesaikan yuran dan juga sepasang pakaian untuk anis. Anis , jumpa mama selepas tukar baju dan mama dapat lihat senyum berbunga-bunga dari anis. Anis tak sabar nak show baju baru anis dan anis pun terasa seperti dapat 'big licence' bila dah pakai baju sekolah. Baju merah jambu dan seluar berwarna merah gelap. Dah naik pangkat - nak jadi anak sekolah bukannya anak kecil di nursery.

Mama pun tak sabar nak dengar , apa yang anis lakukan di tadika hari ini.

Apa yang anis lakukan mama harap anis akan gembira. Mama doakan anis sentiasa sehat dan dilindungi Allah selalu.

Tuesday, January 02, 2007

Di Masjid Biru

8.00 pagi mama kejutkan anis, dan anis cepat-cepat pergi mandi..semuanya dengan segera. 8.15 pagi kita bertolak pergi kemasjid biru. Anis suka dapat masuk ke masjid biru. Cantikkan. Ada lampu besar, ada carpet yang tebal. Bagusnya anis..., kali ini anis sembahyang sebelah mama. Tak cakap apapun. Ikut saja berdiri sebelah mama. Dan anis pun boleh tahan pakai telekung sembahyang sehingga habis khutbah. Tapi anis seronok..mama pun senyum juga sebab anis boleh baring-baring dimasjid tu.. Dah penatke dengar Pak Imam baca khutbah.

Balik rumah, anis cerita dengan acik. Anis bangun, anis duduk, anis berdiri, masa di masjid biru ....itukan tertib sembahyang. Anis juga rasa bangga bila dengar bacaan takbir di TV...dan anis mula melagukan takbir tersebut sambil beritahu semua orang dirumah yang anis tadi dengar takbir di Masjid Biru.

Masjid biru ni sebenarnya masjid untuk penuntut Kolej Islam Melaka tapi juga digunakan untuk orang ramai. Dan nama masjid biru ni anis yang berikan..sebab semuanya berwarna biru. Bumbungnya biru, cat dinding biru, marmar untuk masjid tersebut juga berwarna biru. kesimpulannya ..semuanya biru.

Presiden Saddam Hussin digantung pada hari umat Islam menyambut Hari Raya Korban. (29/12/06- Waktu Iraq) Anis akan mengenalinya bila sampai masanya nanti. Walauapapun dia adalah seorang Islam dan Alfateha untuknya. Semuga rohnya ditempat bersama mereka yang beriman.

Mama doakan semuga anis sentiasa diberi petunjuk dan hidayah. Amin