Daisypath Wedding tickers

Wednesday, September 19, 2007

19 Sept, 2007 - puasa ke 6

Hari ini adalah hari ke 6 puasa.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini mama dapat menjalankan ibadah puasa dengan mudah.
Anis juga telah baik dari demam. Dan hari ini telah kekelas Umi seperti biasa.

Semalam untuk berbuka puasa mama masak sambal udang, sop bebola daging (sup mesti ada setiap hari) dan untuk jus pula mama buat jus pegaga dicampur dengan vitagen perasa oren. Wah!! segarnya rasa selepas dapat minum jus pegaga ni . Tapi acik dengan mak usu tak berapa suka sbb pertama kali mereka minum dan mereka rasa seperti minum ubat.

Pegaga ni mama dapat dari kg rembau , nenek yam yang bagi. baru petik dihalaman rumah. Pegaga yang tumbuh meliar ni lagi banyak khasiatnya. betul ke.., mama pun kurang pasti.

Dan ada satu lagi mama cuba masak tapi tak jadi, lempeng pisang. Mama masak terus dikuali tapi sangat cepat hangus. Mama tak pandai nak kawal api. Nenek Melaka masak lempeng pun cara begitu juga tapi cantik saja dan kerak hitam tuk tak pahit dan boleh dimakan. Nenek rembau pula masak dalam daun pisang jadi tak perlu nak kawal api sangat. Mama pula tak dapat nak cari daun pisang di KL ni, jika tidak di pasar malam atau pasar basah. Tak dapat lah anis nak rasa lempeng pisang yang mama masak.

Dan untuk berbuka pada hari ini pula, mama masak sup ikan merah , daging masak kicap dan sayur kobis goreng. Petang ni ada pasar malam, jadi kuih mungkin mama beli dipasar malam. Mama rasa nak beli kuih Akok saja. Dan jus pula , mungkin nak cuba buat jus Dragon Fruit.

Semuga anis sehat selalu.

Tuesday, September 18, 2007

Sept 18, 2007 (Puasa hari Ke 5)

Telah 4 hari berlalu puasa dan hari ini hari ke 5.
Anis demam pula malam tadi dan hari ini pergi ke Nursery (tak masuk kelas umi), anis makan ubat selsema. Selsema anis juga agak kuat.

Semalam kita berbuka puasa dengan menu... bubur cacar (keledek), minuman pula banana shake, dan lauk pula ada sup bebola ikan tengiri, ikan duri masak kari cair dan ada sambal daging. Semuanya mama yang masak kecuali bebola ikan tenggiri - mak ti tolong mama tumbuk ikan tersebut dan jadikan dia bebola ikan.
Anis memang suka bebola ikan dan anis makan banyak bebola ikan tersebut.

Mak su dan acik juga berbuka puasa sama dengan kita dan seronok sebab ramai. favorite acik sambal daging.

Pada hari kedua mama cuti dan kita balik kg sebab nak uruskan tanah yang mama beli tersebut. Dan hari jumaat tersebut kita berbuka puasa dirumah nenek Melaka . Cuma atuk dan nenek dan juga pak itam yang tinggal di kampong. Bila ada anis, mama dan ayah bertambahlan teman nenek dan atuk untuk berbuka puasa.

Anis ikut mama terawikh dimasjid biru. Anis cuma dapat ikut untuk solat isyak sahaja kerana selepas itu anis dah ada kawan untuk bermain. Suasana sudah mula terganggu kerana suara anis dan kenalan baru anis tersebut. So, mama rasa anis tak boleh terus disini nanti orang lain tak boleh solat dgn tekun. Kita balik awal.

Pada hari ketiga berbuka puasa pula kita dirumah nenek rembau. nenek masak mee rebus dan ayah tak makan nasi , perut ayah pula meragam. Ertinya ayah mesti berbuka puasa dengan nasi walaupun sedikit.

Anis ikut mama terawikh dikampong nenek rembau pula. Sini tak ramai orang. Disurau jemaah nya untuk orang tua-tua sahaja dan cuma ada 12 jemaah perempuan. Jadi anis solat isyak dengan tekun. Dan bila solat terawikh pula anis sudah ngantuk dan tertidur sambil tunggu mama selesai solat.

Anis gembira dapat balik kampong.
Dan rasanya minggu ni kita tak balik kampong. Nak cuma berbuka puasa di KL masa weekend.

Mama doakan semuga anis cepat sembuh dan gembira selalu.