Daisypath Wedding tickers

Saturday, April 07, 2007

Anis demam

Hari ini anis demam sejak dari malam. Selepas jumpa doktor , anis tak mahu ke nursery jadi mama kenalah ambil cuti hari ini. Anis memang seronok duduk dirumah dengan mama. Macam-macam boleh minta.

Selepas menonton Bob the Builder , anis nak main laptop pula. Anis guna laptop mama, zaman mama belajar dulu. Dah 12 tahun yang lepas . Taklah cangih macam sekarangnya laptop tapi untuk anak baru belajar..tu dah kira lebih dari boleh. Anis cuma guna MWord dan taip huruf A, B dan seterusnya. Anis belajar mengenal huruf dari MWords. Mamanya Acer dan aciknya pula Dell. Tapi yang paling bagusnya kualiti beg laptop anis yang paling baik. Mama memang admire. Kualiti barang 10 tahun yang lalu memang lebih baik dari sekarang.

Anis muntah dan terkena pada kain anis. Semasa anis mandi, anis cuba nak basuh kain tersebut. Dan mama minta anis cuci muntah tersebut. Anis cuci tapi sambil itu mama dengar anis kata, uweh..gelilah. Tapi terima kasih anis kerana tak tak sangka anis cuci dan berus dengan bersih. Pandainya anak mama dah besar ya...

Selepas mama dah ayah jemaah maghrib, anis dah minta susu dan dah ngantuk. Mungkin juga sebab ubat deman dan selsema yang anis minum buat anis rasa ngatuk. Anis tidur walaupun susu anis tak habiskan.

Insaalah esok kita akan balik kekampong. Mama sedang fikir nak ikut jalan mana .. highway nak keluar Linggi Pedas atau nak keluar ke Port Dickson.. Sepang tak boleh nak lalu , tentu kereta banyak kerana 6/7/8 bulan April ada Formula 1. Tahun ini Michele Schumacher tak masuk berlumba dan sokongan mama berlaih ke Kimi R pula lah.

Mama harap anis sehat selalu dan sentiasa gembira dengan nikmat yang Allah berikan. Dan semuga anis selalu bersyukur.

Thursday, April 05, 2007

Comelkan anak anjing tu

Jumaat lepas , kita balik kampong. Acik ikut kereta kita dan selepas acik habis kelas jam 10.15 kita bertolak dari rumah. Perjalanan OK tapi banyak kenderaan dan sampai saja di Nilai kereta telah bersesak dan sehingga ke Tol Linggi Pedas jam dah pukul 12.00. Dari Tol Linggi ke Melaka - 24 minit sudah sampai rumah Atuk.

Dengan keadaan malam yang di terangi cahaya bulan dan cahaya lampu kereta ayah, kita nampak anak anjing yang sangat comel sedang bermain ditepi jalan untuk ke rumah atuk. Anak anjing yang comel ini sedang menari-nari sekeliling anak pokok. Warna bulunya putih kekuningan. Kedua-duanya sama saja seperti kembar. Mama pastikan betul-betul sebab dulu atuk pernah jumpa anak harimau bintang juga sedang bermain-main sekeliling pokok. Tapi itu 16 tahun yang lalu. Masa atuk mula berpindah ke kampong sekarang.

Dan keesokan harinya ,anis dan mama berjogging (anis menunggang basikal) mama sebenarnya pun hampir terlupa, bila dengar saja bunyi basikal, seekor demi seekor anak anjing tersebut keluar dari tempat tidurnya. Sangat comel bila keluar sambil mengoyang-goyangkan kepalanya. Rupanya ada tiga ekorlah anis. Bila lihat sehingga 3 ekor dan salah seekornya keluar mengejar anis...wah anis pun pecut basikal. Timbul perasaan gerun pula pada anis.

Mama rasa mungkin ada orang yang buangkan anak anjing tersebut disitu sebab mama tak nampakpun ibu anjing tersebut. Dan kasihan juga sekarang selalu musim hujan..tentu dia kesejukan bila kena hujan. Sebab anak anjing tersebut cuma berteduh dibawah anak-anak pokok sahaja. Minggu ni kita balik lagi dan kita lihat masih tak anak anjing tersebut disitu atau mungkin ada yang dah ambil nya untuk jadi teman.

Anis demam malam tadi dan hari ini tak masuk kekelas, cuma ke nursery sahaja. Mama dah inform Cikgu Anis, homework anis , ada didalam beg anis. jadi anis tak perlu risau dengan homework tu.

Anis masih tak berminat untuk masuk kekelas, cuma nak mengikuti kelas Che Da saja .. kelas menyanyi. Mama akan lihat sehingga hujung bulan ini, jika anis tak dapat nak terima Cikgu dan tak berminat dengan kelasnya, mama akan bincang dengan Che Da untuk tukarkan anis. Mama tak mahu anis terbeban fikiran dan perasaan setiap hari bila nak kekelas. Anis belum 4 tahun lagi...dan mama tak mahu anis fikir banyak. Anis memang hanya perlu melakukan sesuatu yang anis suka dan mengembirakan sahaja. Tapi anis juga perlu ditegah untuk sesuatu yang bahaya dan tidak baik untuk jadi ikutan.

Semuga anis dilindungi Allah selalu.