Daisypath Wedding tickers

Thursday, May 31, 2007

Anis demam

Hampir 12 hari mama tak buat posting untuk anis. Dari 21/5 sehingga 25/5/07 anis tidak sehat. Anis demam malam. Bila pukul 9.00 mlm sahaja , badan anis mula terasa panas dan suhu badan anis mula meningkat. Bila demam , suhu badan anis sentiasa melebihi 39 c dan ini amat kerap. Sebenarnya mama memang sangat bimbang.

Pada minggu tersebut juga mama ambil cuti untuk jaga anis, kerana anis tak mahu ke nursery. Tapi sebenarnya minggu tersebut memang sangat sibuk untuk mama. Kerana bos mama juga tidak ada , ke Canada. Walaupun mama bercuti tapi mama kena siapkan juga kerja dipejabat. So, bila anis tidur saja , mama pergi ke office dan siapkan kerja. Mama on/off untuk seminggu tersebut. Tak ada masa kerja yang tetap.

Pada malam khamis tersebut (23/5/2007), suhu badan anis terlalu tinggi dan mama dah lakukan yang sepatutnya untuk turunkan suhu badan anis , tapi memang tak berjaya . Badan anis memang sangat panas. 39.8 C. Sehingga mama balutkan badan anis dengan tuala dan ais tapi masih tetap sama.

Jam dah 2.00 pagi. Mama tengok anis memang dah tak larat. Tapi mama sangat suka dengan sikap anis, kerana anis tak menanggis walaupun anis rasa tak selesa dan sakit, anis masih boleh banyak permintaan untuk mama lakukan. Anis rasa panas, dan minta mama kipas, anuis tak mahu on aircond kerana anis rasa sejuk, anis nak mama basahkan badan dengan air, mama juga lakukan, anis rasa kepala anis sangat panas, dan nak mama letakan tuala basah, juga mama lakukan. Anis memang dapat berfikir apa yang anis perlukan.

Anis , bangun ya kita pergi jumpa doktor. Anis bangun dengan cepatnya dan minta mama jacket kuning anis. Lepas sarong baju kuning ni saja, anis seperti ada umm.. muka berseri dan happy. Boleh nyanyi-nyayi lagi. Dan minta mama bersiap cepat sedikit. Anis seperti tak sabar nak jumpa doktor. Tak macam demam pun.

Doktor tu, marah mama sebab suhu anis terlalu tinggi dan lambat bawa anis jumpa dengannya. Dan paling teruk sabab masa jumpa doktor pada hari isnin, doktor dah bagi antibiotik untuk anis, tapi mama memang tak pernah nak bagi untuk anis. Sebab mama suka anis sembuh dengan keadaan biasa saja. Tak perlu anti biotik. Doktor kata, panas anis ni boleh sebabkan sawan. Doktor masukkan ubat melalui dubur anis..Ini adalah kali kedua sepanjang hidup anis. dan yang pertama dulu mungkin dah tak ingat. Dan mama pula tak pernah cuba untuk buat. Mama tak tahupun bagaimana nak masukan. Tapi keadaan ini rupanya tak mengembirakan anis. Dan anis menanggis. Mama tak dapat nak fikir kenapa anis nanggis. Dalam fikiran mama cuma mama rasa anis takut. Tapi sebenarnya salah. Kerana esoknya , bila mama kata nak bawa anis pergi jumpa doktor lagi...anis terus kata ' anis tak mahu pergi jumpa doktor yang buka seluar anis. Doktor tak malu. Mama jangan jumpa doktor tu. Anis nak pergi doktor dekat sahaja'

Oh!! sekarang baru mama tahu kenapa anis menanggis dengan kuat..sebab tak suka doktor perlakukan anis begitu. Mama cuma bawa anis jumpa doktor tu , bila kecemasan sahaja. Kerana rekod anis di Klinik tu cuma untuk masa lawatan melebihi 12.00 tgh mlm keatas sahaja. Dan sekiranya pada waktu biasa, mama akan bawa anis ke 'Klinik Kita' sahaja.

Hari Jumaat pagi kita jumpa doktor lagi, cuma nak dapat kan pandangan sahaja tentang demam anis. Pada hari Jumaat tersebut , badan anis sudah tidak panas lagi. Sekiranya panas juga bila waktu malam, rasanya hari sabtu mama akan buat blood test untuk anis.

Alhamdulillah, anis sudah sembuh dari demam. Dan dapat balik kampong dan juga pergi ke nursery seperti biasa. Dan mama juga dapat bekerja seperti biasa.

Semuanya bimbang dengan kesihatan anis. Bos mama , kebetulan Ke Cananda untuk 14 hari, dia juga jadi bimbang dan manalipon untuk bertanyakan kesihatan anis.

Dan malam ini kita akan balik kampong, kerana esok Pak Teh akan menamatkan zaman bujangnya. Insaalah majlis pernikahan akan berlangsung selepas Jumaat esok. Mama kena balik awal untuk sedikit persiapan.

Mama sentiasa mendoakan untuk kesahteraa anis. Semuga ansi sehat selalu. Dan menjadi anak yang baik. Amin