Semalam anis merajuk sebab ayah tak ambil anis dinursery. Dan malam pula tak ada orang dirumah nak main dengan anis kecuali mama. Ayah berbuka puasa ditempat kerja kerana Panglima datang untuk berbuka puasa ditempat kerja ayah. Anis talipon ayah dan jerit-jerit tanya ayah bila nak balik dan yang teruknya anis tak puas hati ...baling pula talipon mama. Nasib baik juga talipon mama tu alah bisa tegal biasa - masih lagi boleh berkhidmat untuk mama.
Malam ini lepas berbuka puasa kita balik kampong. Mama cuti 1 minggu dan kita boleh jalan ziarah-menziarah kesemua rumah saudara-mara dan kenalan.
Ini adalah sambutan raya ke-4 untuk anis. Yang pertama semasa anis berumur 3.5 bulan. Dan yang kedua semasa anis berumur 1 thn 3 bulan dan pada masa ini ayah dan mama tak beraya pun sebab anis demam panas. Tahun ketiga anis berumur 2 thn 3 bulan dan pada masa ini anis dah tahu bersalam-salaman cuma anis ada sedikit kehairanan. Tak berapa kenal 'pek warna hijau'. Anis bersalaman dengan pakcik & makcik tapi bila diberikan pek hijau - anis geleng kepala. Tak mahu ambil. Dan tahun ini mama tak tahulah apa respon anis. Tapi mama tak sabar nak bawa anis bersolat aidilfitri di masjid. Selalunya masjid akan penuh dengan jemaah dan yang terharunya ramai orang yang nangis-nangis. Sebab nya mungkin sedih kerana bulan ramadhan yang penuh keberkatan telah tamat dan mungkin juga teringkat kepada saudara yang telah pergi kerahmatullah dan mungkin juga sebab-sebab lainya.
Bila sudah sampai di kampong mama dah busy dengan persiapan untuk bantu nenek dirumah. Mama tak akan catit apa-apa untuk anis untuk 1 minggu ini. Insaalah lepas raya mama akan tulis untuk hiburan anis dan jika ada- mama akan insert photo juga.
Nanti malam raya - kita akan bertakbir. Kita tunggu orang kampong datang untuk bertakbir dari rumah kerumah. Selalunya orang lelaki sahaja dan perempuan tak ikutpun. Tak dibenarkan atau tak boleh - mama tak jelas sangat. Jadi anis tak boleh ikut ayah. Tunggu dirumah sahaja dengan mama. Sedih ke? Jangan sedih .. anis tolong mama sediakan minuman dan makanan untuk mereka ..OK.
Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment