Maaf anis, lama mama tak tulis disini. Hari ini mama baca paper , salah seorang dari penyanyi yang popular semasa mama dibangku sekolah dulu, meninggal dunia kerana kanser paru-paru. Sebenarnya hanya 2 minggu yang lalu sahaja mama tahu tentang penyakitnya ini. ALFATIHAH untuk Alyarhamah Norseha (Seha)
Mama dapat bayangkan perasaanya itu, kerana mama juga mengalami perkara yang sama . Perasaan apabila mama dimaklumkan menghidapi kanser pada usia yang tak disangka-sangka. Perasaan terkejut , takut , bimbang, sedih - bercampur campur. Memang terpana rasanya. Dan walaupun mama tahu tentang kanser tapi tidak begitu detail. Kekurangan maklumat tentang penyakit tersebut membuatkan mama mempunyai perasaan yang negatif.
Bila mama mengambil keputusan untuk membuat langkah selanjutnya dan mengikuti semua rawatan perubatan yang dicadangkan - dari situ mama mula insaf dan sedikit demi sedikit mama mendapat kekuatan. Sokongan ayah anis amat mama hargai.
Mama bercuti sebulan selepas pembedahan - majikan mama memberi kelonggaran dan ini amat membantu mama untuk mendapatkan rehat secukupnya. Mama menjalani rawatan Rdthrapy untuk 21 kali dan mama juga menajalani KMthrpy untuk 6 kali. Semuanya ini mengambil masa 6 bulan baru lengkap semua rawatan.
pembedahan - mama tidak terlalu rasa kesakitannya begitu juga dengan RDthrapy tapi Kmthrapy - memang begitu terkesan kepada mama. Hampir 1 tahun bau ubat tu seperti ada saja dihidung mama. Mama juga tak boleh nak minum lagi air bali kerana sentiasa teringat saat semasa KMthrapy - untuk mengurangkan panas ubat KM tersebut mama selalu minum air bali / air buah kundur / keledek kayu ( 4 jam rebuspun tetap seperti kayu) -macam-macam yang mama minum. Dan Ayah anis juga sangat cute - setiap hari belikan mama aiscream SPLIT (Perasa lemon dan didalamnya full cream vanila). Rambut mama juga gugur semuanya - botaklah mama. Tapi alhamdulliah sekarang rambut mama dah cantikan.
Mama sentiasa ingatkan diri mama , semua yang mama terima adalah kurniaan dari tuhan, dugaan untuk mama sebagai hambanya - dan mama sentiasa redha setiap yang berlaku kecil atau besar , baik atau buruk akan ada hikmah disebaliknya.
Selepas 1 tahun 5 bulan mama melengkapkan rawatan kanser tersebut mama disahkan mengandung - Anis lah. Lima tahun mama berkahwin dan hari tersebut adalah hari yang begitu mengembirakan mama. Syukur pada tuhan kerana mengurniakan semuanya ini untuk mama.
Pada zaman 70/80an pesakit kanser hanya didengari dihidapi oleh orang yang berumur 50/60 tahun sahaja dan pada zaman mama pula umur 30/40 tahun dah biasa dengar dan dimasa akan datang tak tahulah pula berapa awal umur yang menghidap kanser ini.
Anis mesti jaga kesihatan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sehat. Buat masa sekarang mama dapat menyediakan makan dirumah untuk anis tanpa ada perasa tambahan dan juga masih dapat mengawal anis dari makan ayam '40 hari' - Anis lebih banyak makan ayam kampung . Dan anis juga belum tahupun untuk minta KFC - anis cuma tahu ayam goreng yang mama masak sahaja.
Semuga anis sehat dan dilindungi Allah selalu.
No comments:
Post a Comment