Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 02, 2010

Keluarga Ikan Puyu

Assalamualaikum anis,

Semuga anis sehat. Selepas selesai ujian penggal akhir, anis dah hilang stree dan seronok bermain sepanjang hari. Disekolah pagi dan petang pun mama rasa tak belajar sangat cuma sesi membaca buku cerita dan kuiz atau juga melukis. Sebab cikgu-cikgu anis nak habiskan kertas peperiksaan dan juga kemas kini buku rekod dan pemulangan buku teks.

Ahad lepas - 30/10/2010, mama dan ayah pergi kekedai beli ikan puyu. Sebab ikan puyu yang besar dari pak teh tu dah mati. Tinggal seekor saja dalam akurium tu. Kesian dia tak ada kawan.

Mama pelawa anis ikut tapi anis tak mahu sebabnya anis nak main dengan adik jaja dan fafa.

Mama pergi dengan ayah saja. Ayah beli 4 ekor.
Anis sangat gembira dengan ikan tersebut. Tapi mama tak terduga pula anis tanya dengan ayah...

'Ayah beli ikan ni satu keluarga ke ? Atau ayah ada tinggalkan mak atau ayah ikan ni kedai?
HA!!!!. Ayah diam tak tahu nak jawab dan menoleh ke mama? Mama kena jawablah ni.
Ya! ..ya... ayah dah beli satu keluarga. Mak dan ayah ikan dan juga anaknya 2 ekor.
Alhmadulillah...anis takut kalau ayah tak beli mak dia. Kesian mak dia nanti tak ada anak.
Anis sukalah ayah ikan ni.

Anis sangat prihatin....anis masih sempat ingat tentang perasaan mak ikan tu....

Mama juga teringat satu nota kecil yang anis beri untuk Acik , masa baby acik meninggal dunia.
Mama tak tahu sama ada nak berikan pada acik atau tidak. Mama takut acik rasa sedih...tapi mama rasa mama patut beri sebab ni adalah perasaan anis dan mungkin juga boleh menjadi kenangan pada diri acik.

Dengan tulisan dan ejaan yang kurang sempurna - nota kecil anis untuk acik , memang membuat acik terharu.

Anis tulis' acik menangis kerana baby acik dah meninggal. Tapi Allah akan bagi acik baby yang lain'...AMIN

Minggu ni ...mama rasa keputusan peperiksaan akan dikeluarkan. Dan target anis adalah untuk kekelas yang lebih baik ...2 RAJIN. Mama doakan anis berjaya. Begitu juga disekolah petang. Anis nak cuba di 2 ABU BAKAR...

Mama doakan anis berjaya.

Bye anis.

No comments: