Daisypath Wedding tickers

Saturday, October 02, 2010

LCD Panasonic


Yesterday, 1 big suprise for anis.
Ayah dan mama pelawa pergi Tesco tapi anis kata nak main dengan adik Jaja & fafa.
Jadi mama dan ayah pergi berdua sajalah.

Tujuannya nak beli barang untuk jamuan hari Raya hari ini.

Tapi dalam kepala Ayah pula dah memang nak tinjau TV baru yang sesuai untuk rumah kita.
TV lama tu , dah memang ..tak puas hati nak tontonya. Gambar dan warnanya dah carca marba.

LCD 32"-Panasonic - RM999 seunit. Ayah dak gelak ..sbbnya tak pernah lagi tengok harga LCD bawah RM 1000 , walaupun kurang RM 1.00 saja dari RM 1000 tapi itupun dah buat ayah puas hati.

Akhirnya dari tinjau dan 80% hati nak beli, sekarang dah 100% nak beli.

Dan anis memang terasa sangat-sangat kejutan tu. Anis tak pernah terlintas mama dan ayah akan beli TV baru.

Semuga Abis gembira dengan TV tersebut tapi jadual menonton TV macam selalu juga,tak tukar.

Semuga anis sehat dan bersemangat selalu.

Friday, October 01, 2010

kertas ujian Matematik

Semalan anis dapat kertas ujian Matematik.
82/100 - merosot lagi. Semasa mama melihat kertas ujian tersebut, ayah masuk kebilik. Anis cepat-cepta tutp kertas ujian tu dengan kepala anis dan pura-pura tidur. Sebenarnya anis nak sorok dari ayahkan.....hehe!! takut ayah marah lah ni.

Ayah tiap-tiap hari akan cakap " anis belajar jangan main saja". Sekarang anis takut ayah bebel lagi lah....


janganlah macam tu...jika tak bagus kali ni, anis cubalah lagi. Tapi memanglah kena usaha yang berganda.

Semuga yang terbaik untuk anis selalu.

Thursday, September 30, 2010

Kesekolah didalam hujan

Hari ini hujan pagi. Mama pun rasa malan nak bangun.
Tapi rasanya hari ini mama nak pula puasa syawal.

Mama bangun untk sahur. Minum air sahaja.
Hujan dah turun masa tu dan sehingga pukul 6.30am hujan masih belum berhenti.
Mama kejutkan anis untuk bangun kesekolah. Hujan lebat ke? Anis bertanya pada mama.

Hujan tak lebat tapi basah jugalah jika tak berpayung. Dalam kepala anis mesti berfikir macam mana nak pergi sekolah ni..

Lepas anis mandi ...mama beritahu anis, "hari ini tak perlu naik basikal kesekolah...kita jalan kaki sahaja. Jika naik basikal, mama dan anis mesti basah. Kita jalan kaki sahaja. Anis pakai baju hujan dan mama pula berpayung.

Dan kita jalan di kaki lima kedai dan lepas tu dari dewan Badminton kesekolah anis ..dilaluan pejalan kaki dah ada berbumbung. Dan tak perlu risau tentang hujan.

So , no problem...kita jalan kaki sahaja. Anis memang comel dengan baju hujan tu. Colour lhijau muda/merah jambu dan kuning dibaju hujan tersebut ...mama lihat anis dah macam Autraman saja...

Semuga anis gembira disekolah dan dapat menerima pelajaran dengan baik hari ini.

Wednesday, September 29, 2010

Rehat dan Kumon Hwork


Hari ini anis tak pergi sekolah petang, kebetulan hujan pula pada masa tu.

So anis ada reason yang kuatlah tak nak pergi sekolah.


Dan yang keduanya, anis kata nak habiskan 'kumon'nya homework.

Kumon baru mula semalam sahaja selepas cuti 2 bulan - August & Sept.


Tapi mama dapat tahu dari Mak Ti , anis tak habiskan Hwork Kumon...tapi anis tertidur zzzzzzz.


Jika letih sangat, tentulah anis perlukan rehatkan....


Semuga anis berjaya selalu.


Tuesday, September 28, 2010

Satay Ikan , Keputusan Ujian


Dah dua hari, anis beli satay ikan .

Keluar pintu pagar sekolah saja, anis terus kat pak cik yang jual satay ikan.

Semalam anis beli RM 1.00 /4 cucuk = 4 pcs /cucuk. Dan hari ini Anis beli RM 2.00 .

Dan 8 cucuk - anis habiskan. Lepas tu makan nasi pula - mama masak paprik udang.

Anis kata , anis sangat rindu dengan stay ikan tu...


Dan hari ini anis dapat 2 kertas ujian , BM dan Pen Agama Islam.

Markah kurang memuaskan. Kedua-duanya 87/100. Merosot ..sbbnya Ujian Bulanan 1 yang lepas markah Anis 90+/100.


Tak apalah , anis boleh cuba lagi. orang yang berusaha sahaja akan berjaya. InsAllah


Mama doakan anis sehat dang dilindungi Allah Selalu. Amin


Monday, September 27, 2010

Musim Raya dan Musim Peperiksaan

Pada masa ini , anis sangat gembira kerana dah habis berpuasa sebulan, dan telah menikmati suasana raya . Permintaan anis untuk solat aidilfitri dengan berjubah hitam dapat mama tunaikan. Puas mama cari jubah hitam untuk kanak-kanak , tidak ada pilihan cuma satu gerai sahaja yang ada jubah untuk kanak-kanak. untuk orang dewasa memanglah banyak.

Dan selepas cuti raya sahaja anis terpaksa menghadapi Ujian Bulanan 2. Memang anis tak ulangkaji dan mama pun seram juga nak tengok kertas jawapan anis. Sebabnya dari awal puasa hinggalah ke hari raya....anis cuma tengok buku masa waktu disekolah. Bila dah bulan puasa kesian juga mama lihat anis, dengan sekolah pagi lepas tu sekolah petang dan sementara tunggu berbuka pun anis dah tertidur.

Ikut anislah sebab memang mama faham anis letihkan.

Esok dah tiada peperiksaan lagi dan anis akan belajar seperti biasa dan sebulan lagi akan ada peperiksaan penggal akhir pula.

Mama harap anis sehat selalu dan dirahmati Allah selalu.

Thursday, September 23, 2010

Anis Sukan 8-8-2009

Gambar Anis bersukan di Smart Reader Kg Pandan-
Stadium Tun Razak, Cheras

Bermula semula

Anis, lama sungguh mama tak posting untuk anis.
kesibukkan kerja , tekanan kerja yang melampau dalam tahun 2009.....memang tak pernah mama rasakan. Cerita untuk anis dalam tahun tersebut ....sedihnya satu posting pun mama tak sempat nak buat.

Kesibukan bermula pertengahan 2008 dan meningkat peratusnya awal 2009 dan memuncak tahap stress pada pertengahan 2009 dan perlahan-lahan beransur awal 2010. bila TA complete dan Insulator end dgn FAT.

Untuk 2009.....cuma mama mampu fikirkan..../untuk siapkan kerja.... walaupun terpaksa curi masa seawal 6.00 pagi sudah ada dipejabat.

Ini sebab mama nak pastikan mama tak terlajak bekerja lebih dari 6.00 ptg tapi ada hari-harinya terlajak juga. Bila dihambat closing date......

Tahun yang mama rasakan sengsara sebenarnya tapi tak boleh kesal ...cuma selalu kena fikirkan ...gembira melalui saat itu. Barulah kita akan menghargai detik detik tersebut.

Keadaan tersebut telah dapat membiasakan mama....dalam tahun 2010......tenang/sabar/yakin....mama dah jadi 'sponge bob' serap semua keadaan dan dah terbiasa dan merasakan semua keadaan biasa-biasa aja.

Syukur pada Allah , apa yang dilakukan pada 2009 mama dipermudah dalam banyak keadaan. Semuga hari-hari yang mendatang mama diberikan petunjuk dan hidayah / mama di permudahkan dalam apa yang mama lakukan. Dikuatkan keimanan dan kesabaran.

Dalam tahun 2010 , mama akan mula menyambung semula posting ini. Walaupun sekarang telah berada dipenghujung 2010. Sedikit-sedikit mama akan coretkan juga untuk tatapan anis.

Thursday, September 04, 2008

Project Science Anis



Green Bean - Day 1

Anis pulang dari sekolah dengan sebiji green bean . Dan anis beritahu mama, anis nak jadikan green bean ini kepada pokok kacang.

Mama katakan pada anis , dia tidak akan jadi sebatang pokok tapi dia akan jadi satu taugeh dari setiap biji grean bean tersebut.

Oleh kerana anis cuma ada sebiji green bean sahaja , jadi mama belilah 1 packet dikedai untuk dimasak - dibulan puasa ini. Day 1 - Hasilnya telah menampakan perkembangan yang baik. Telah ada yang mula mengeluarkan pucuk benih. Anis boleh tengoh - yang putih tu.

Thursday, August 28, 2008

Lukisan Anis


Ini adalah lukisan anis sebelum kita bercuti pada 20-8-2008.

Dari lukisan anis, mama tahu tahu anis nak pergi jalan-jalan naik kereta dan nak mandi-manda dilaut atau water park.


Semuga anis sehat dan diberkati oleh Allah selalu.

Friday, August 15, 2008

harijadi Anis ke 5 - 13 August 2008









Selamat Hari jadi Anis yang ke 5 .

13 August 2008 , genap lah usia 5 tahun.



Mama dan ayah doakan semuga anis sehat selalu, dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu.



Mama dan ayah doakan anis menjadi seorang yang beriman dan diberkati dan diberi petunjuk oleh Allah.






Gambar anis bersama adik Jaja dan Fafa.






Anis sangat happy dengan kek mocca cheese tu.

Tuesday, June 17, 2008

Bercerita semula








Hai anis, lama sungguh mama tak bercerita disini. Tidak menulis sesuatu untuk anis kenangkan .


Mama akan mula bercerita tentang 15-6-08 yang lalu. Hari Ahad tersebut adalah hari sukan sekolah anis.


Smart Reader Kitz - Kg Pandan.


Venue : Stadium Bolasepak Cheras - Di Depan Hospital HUKM.




Seronoknya anis dan kawan-kawan.


Persembahan dengan nyayian dan tarian dari anis dan kawan-kawan dan lepas tu barulah ada acara lumba-lumba.


Anis ambil 2 bahagian, lari bersilang-silang dan isi air didalam botol.


Anis memang terror lah bila berlari ..memang tiada tandingan.




Bila nampak saja stadium yang besar tu, anis dan kecut perut sebab anis tak dapat nak bayangkan bagaiman anis nak berlari dan bermain didalam bangunan yang begitu besar. Tapi bila dah jumpa dengan kawan-kawan...semuanya anis dah lupa. Cuma ingat seronoknya ..BERMAIN.




Akhirnya semuanya adalah pemenang dan dapat hadiah dari teacher Wan.




Mama sertakan gambar untuk anis lihat disini. Tapi tarikh nya adalah 15-6-2008.










Monday, November 12, 2007

2 Jam di Bandar Melaka


Semalam (11 Nov 2007), kita ikut ayah pergi bandar Melaka untuk beli jaring ikan. Dah lama tak pergi sana.
Masa mama sekolah dulu mama tinggal di asrama kerana sekolah mama dari kampong 40KM. Dah tentu susah nak pergi sekolah awal pagi dan transpot juga tak selancar sekarang. Pada masa tu cuma ada 1 bas sahaja yang terus dari Kg (Kuala Sg Baru) ke Bandar Melaka. Jika nak naik bas tu terpaksa bangun 5.00 pgi. Awal sangat. Jika tiap-tiap hari, mungkin tak larat. Mama bersekolahdi Malacca Girls High School - Sekarang dah tukar nama Sek Tinggi Perempuan Melaka.

Dan sebagai 'budak sekolah' aktiviti mama, hampir setiap hari sabtu, kami pergi shopping dari jam 8.00 pg hingga 1 thg hari . Dan tempat lepak kami adalah diarea Bangunan merah , Bukit St Paul dan A.Famosa. Sekarang dah lebih banyak lagi pusat membeli belah (tempat lepak lah tu).

Bila sampai saja disana, mama teringat zaman jadi budak sekolah. Hai!!!!...memang seronoknya. Dri Asrama nak ke bangunan merah ni, mama jalan kaki saja. Jauh tu Anis... Dari Durian Daun ke Bukit Cina ke Jln Bunga Raya ke Bandar Hilir. Rasanya macam `10km lah.. tapi fantastik kami budak sekolah ni boleh jalan kaki tanpa rasa lelah...

Semalam anis juga tunjuk skill , boleh panjat Bt St Paul tu....ayah offer nak dukong anis, tapi anis menolak. Pak lang dak tak larat..rasa nak pitam. Kita Jalan dari Samudra , Dataran Pahlawan, ke Muzium lepas tu daki bukit St paul dan turun ke Kota A.famosa dan jalan ke parking kereta di Bangunan Merah. Anis memang seronok. Dan balik kita makan di pantai Kelebang. Beli layang2 dan main sebentar di Pantai Kelebang. Lepas tu balik kampong dan angin cukup baik untuk main layang-layang. Walaupun anis ngantuk tapi kerana nak main layang-layang anis terus gagah buka mata besar-besar. Walaupun panas tapi anis sangat enjoy.

Kita balik ke Kl selepas asar pukul 4.30 dan singgah sebentar rumah nenek rembau. Pukul 6.00 kita bertolak ke KL. Walaupun kereta banyak tapi jalan tak jam. Kira baiklah tu. Anis tertidur dalam kereta .... memang anis sangat letih. Sampai di kampong pandan anis juga sambung tidur sehinggalah anis bangun pukul 7.30 pagi tadi untuk ke sekolah.

Hari ini anis ada sesi photograph di sekolah. Ambil gambar dengan Jubah tadika. Tak sabar mama nak tengok gambar anis.

Mama doakan semuga anis sehat dan gembira selalu.



Tuesday, November 06, 2007

Khayalan Anis

Anis kata pada mama, anis nak 3 baby.
Bila anis dapat 'gaji', anis akan ada 3 baby

1 Nama nya Daniel.

Mama tanya , Daniel Mak lang or Daniel Che de.
Tapi anis kata , Daniel anis lah.
Ertinya , mama faham adalah Daniel 'adik' kepunyaan anis.
Bukan pinjam Mak lang or Che De.

Bagaimana dengan 2 orang 'baby' lagi.

2. Namanya Icol.
Mungkin ' Nicole'. Mama betulkan sebutan Anis.
Yes, betul - yang kedua nama nya adalah Nicole.

3. Namanya Larshe

3 orang , siapa nak jaga nanti.
Anis kata , Mama satu, ayah satu dan anis satu.

Wah besarnya keluarga impian anis.


Insaallah , mama doakan yang baik untuk anis.

Monday, November 05, 2007

Aktiviti Anis untuk Raya

Lama betul mama tak post sesuatu untuk anis.
Sebelum Hari Raya Aidil Fitri sehinggalah ke hari ni.
Mama akan ringkaskan untuk anis.

9 Oct - Mama dah kemas beg nak balik kampong. Hati mama dah terbang nak habiskan puasa terakhir dikampong dan tak sabar nak pasang pelita.

10 Oct - Lepas subuh kita bertolak dan singgah di pejabat Tanah Rembau . Mama ambil geran tanah sebab dah siap. Tak besarpun tanah yang mama beli tu, tapi adalah juga tempat untuk buat rumah, tanam pokok durian sebatang dua. Lepas tu kita singgah pekan Lubuk Cina ...beli pelita. Sampai rumah atuk di Melaka jam 11.00 dan petang pukul 4.00 ayah dah sibuk dengan aktiviti membuat tiang untuk letak pelita. Mama sangat excited ..tak sabar nak tunggu malam. Ayah dapat 20 liter minyak untuk pelita. Banyak kan?
Yes, memang cantik sangat malam tu bila dipasang pelita. Keliling rumah atuk ayah pasang pelita dan Ayah juga buat kreatif gila.. dengan pasang satu pelita yang sangat tinggi .. sama tinggi dengan tiang bendera dirumah atuk.
Anis ada peluang bakar bung api (baka duit lah tu.. tapi ayah marah mama bila mama kata bunga api tu bakar duit). Anis enjoy dengan bunga api tersebut. Mama pelawa anis kemasjid untuk terawih pun anis tolak.

11. Oct - Activiti yang seronok. Kita masak dodol. Pukul 5.00 ptg ramuan dan tempat masak telah tersedia. Acara mengacau perlahan-lahan (starting) nak masak dodol tu..acik yang tolong kacau. Sehingga pukul 7.00 (dah sampai waktu berbuka - 7.03pm) dodol tu dah mula memekat. Oh masa ni.. hanya tenaga lelaki yang kuat saja bisa mengacaunya. Mama.. dah lama out. Tolong bising dan jaga api boleh lah.
Kita buat sambungan letrik dari rumah atuk ke pondok memasak dan suasana lebih terang dan meriah. Dan hampir semuanya berbuka puasa dipondok tersebut. Tak mahu masuk dalam. Dan anis pun ikut serta. Rasa seperti berkelah di pantai pula.
Dengan bunyi jengkering dan nyamuk yang langgar hidung dan telingga dan juga kena angin sejuk waktu senja...tapi seronok suasana tersebut. Penat mengacau dodol pun tak rasa. Hampir pukul 10.00 baru dodol tu dikira cukup masak dan diangkat.
Ayah terawih sendiri saja.

12. Oct - Hari terakhir puasa dan sibuk sebab masak ketupat dan rendang. Mama masakan juga untuk nenek rembau 50 biji ketupat. Atuk potong ayam turkey - 1 ekor yang besar dan kita masak rendang kuning (cili padi). Nenek pula nak ayam kampong dan atuk juga sangat baik hati potongkan 2 ekor ayam kampong untuk resepinya. Nenek masak kari. Daging ...tak perlu sebab tak ada selera nak makan daging. Atuk juga buka kedai /buka reban ayam...sebab atuk dapat dapat jual hampir 40 ekor ayam kampong untuk hari raya ni. Rumah atuk macam pasar. Lepas ketupat masak ..kita pergi rumah nenek rembau dan hantar ketupat kesana. Nenek rembau masak rendang - favourite ayah rendah kerbau. Banyak tu nenek masak ...5 Kilo. Wah ..macam harimau makan daging. Tapi rendang nenek memang best ..mama memang suka jika nenek masak. lepas berbuka puasa dirumah nenek , kita balik kerumah atuk Melaka, sebab ayah nak raya di Melaka dulu.

13 oct - Selamat hari Raya Anis. kita bermaafan-maafan untuk pagi raya tersebut. Anis ikut mama pergi sembahyang raya. Good Girl. Anis tak bising dan ya.. anis juga tertib untuk sembahyang bersama. Lepas tu seperti dijanjikan mama dan ayah bawa anis ke perkuburan Islam. Tapi anis tak dapat kawal mulut dan suara...sibuk dan bisingnya anis bertanya itu dan ini. Mama dan ayah tak dapat nak jawab. Ayah minta anis sedekah fateha tapi anis lebih berminat nak tahu siapa yang ada dalam tanah tu... Tunggu anis tahun depan (5 tahun), mungkin anis lebih faham .

Lepas tu, kita mula berziarah..dari rumah kerumah dan banyak rumah tu..mama tengok anis pun dah malas nak bersalam lagi. Selepas pukul 1.00 , kita balik ke rumah nenek rembau, tapi cuma atuk dan Mak ngah saja yang ada. Nenek dan yang lainya dah pergi beraya ke Melaka. Ayah macam merajuk saja ..sebab tak dapat salam nenek pada hari Raya pertama tu.
Mama juga sangat teruk..sebab lupa nak ambil gambar. Hari Raya - tak ada gambar.

14, 15 Oct - Ziarah berziarah masih diteruskan. Dan esoknya 16 oct, kita balik ke KL semula. Dan Ayah pula sudah mula kerja pada 17 oct tersebut. Mama pula ambil cuti sebab Nursery anis masih ditutup. Cuti raya sehingg 22 Oct 2007.

19 oct .. kita beraya ke rumah abang Asraf ( rumah pak long)

20 oct... kita berapa rumah mak Ngah (mama) , rumah kakak fareha. kita tidur sana dan esoknya pula kita raya kerumah Mak Ngah (ayah) , rumah nenek diserdang dan rumah Pak Long lan di Sri Kembangan. Anis keletihan. tertidur dalam kereta dari pukul 8.00 malam sehingga esok harinya .

22 oct Anis sudah mula bersekolah tapi sebab dah lama cuti.... susahnya nak pujuk anis. Anis nak bermalasan ditilam tu dengan lebih lama lagi.

26 Oct Tadika anis raikan Hari raya, mama bawa muffin untuk anis. Dan juga agar-agar cocon kegemaran anis. Sorry anis, sebab Container yang isi muffin tu besar sangat dan anis tak boleh nak angkat. Terpaksa anis minta tolong Awari angkat untuk anis.

27 oct - Kita balik kampong. Esoknya mama masak kuih bahulu sebab masa raya hari tu tak puas makan, dah habis. Dan mama juga bawa anis berenang hari ahad tersebut. Sudah lama tak berenang dan memang anis tak boleh tahan perasaan tersebut bila nampak saja laut. Walaupun air laut pagi itu , pasang penuh. Mama juga sebenar sangat seronok dan 2 hari otot perut mama terasa sakit. Dah lama tak berenang.

Insaallah mama sambung lagi untuk anis. Semuga anis sentiasa sehat dan dilindungi Allah selalu.

Monday, October 08, 2007

8 Oct 2007 - Puasa ke 26

Anis sehat hari ini. Dan rajin seperti biasa untuk ke sekolah. Bersama mama berjalan kaki ke sekolah. Walaupun untie shafiqah pelawa anis untuk naik kereta tapi anis menolaknya. Anis kata dekat saja dan anis nak jalan kaki.

Semalam kita ke Tesco , last shopping untuk Hari raya. Mama dan acik beli sepasang baju kurung. Murah saja. Sepasang RM 65.00 . Anis tak beli apa-apa sebab semuanya telah ada. Tapi kita beli untuk berbuka puasa agak banyak juga.

Semalam menu untuk berbuka , sambal sotong ( acik sangat suka dengan sambal dan tiap-tiap hari mama mesti masak sambal untuk acik ), ikan duri masak kari - favourite mak ti, Lala masak sup dengan sayur brocoli ( kesukaan anis dan mak su) , nugget ayam ( favourite anis), dim sum ( favourite mama) dan kuih pau (juga favourite mama).
Dan ayah pula..makan tak banyak..cuma ambil sedikit ikan, lala dan sambal sotong.

Dan jus pula, kegemaran semua iaitu Orange Jus.

Mama dah rasa sedikit keriangan untuk balik kampong. Dah sampai mood untuk sambut Hari raya.
Bagaimana dengan anis? Mama tak nampak lagi mood tu pada anis. Kecuali anis sangat excited bila mama kata nak balik kampong Melaka dan boleh main control car dirumah nenek.

Bagaimana dengan tahun ini, anis nak ikut mama solat raya tak? Insaalah tahun ni , kita solat raya di Masjid Biru. Tahun lepas di kampong nenek rembau. Dan Insaalah , mama akan bawa anis ziarah ke tanah perkuburan juga. Anis pernah pergi tapi masa itu anis cuma berumur 1 tahun sahaja. Dan anis tak ingat dan faham pun tentang tu.

Semuga anis gembira dan sehat selalu

Wednesday, September 19, 2007

19 Sept, 2007 - puasa ke 6

Hari ini adalah hari ke 6 puasa.
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini mama dapat menjalankan ibadah puasa dengan mudah.
Anis juga telah baik dari demam. Dan hari ini telah kekelas Umi seperti biasa.

Semalam untuk berbuka puasa mama masak sambal udang, sop bebola daging (sup mesti ada setiap hari) dan untuk jus pula mama buat jus pegaga dicampur dengan vitagen perasa oren. Wah!! segarnya rasa selepas dapat minum jus pegaga ni . Tapi acik dengan mak usu tak berapa suka sbb pertama kali mereka minum dan mereka rasa seperti minum ubat.

Pegaga ni mama dapat dari kg rembau , nenek yam yang bagi. baru petik dihalaman rumah. Pegaga yang tumbuh meliar ni lagi banyak khasiatnya. betul ke.., mama pun kurang pasti.

Dan ada satu lagi mama cuba masak tapi tak jadi, lempeng pisang. Mama masak terus dikuali tapi sangat cepat hangus. Mama tak pandai nak kawal api. Nenek Melaka masak lempeng pun cara begitu juga tapi cantik saja dan kerak hitam tuk tak pahit dan boleh dimakan. Nenek rembau pula masak dalam daun pisang jadi tak perlu nak kawal api sangat. Mama pula tak dapat nak cari daun pisang di KL ni, jika tidak di pasar malam atau pasar basah. Tak dapat lah anis nak rasa lempeng pisang yang mama masak.

Dan untuk berbuka pada hari ini pula, mama masak sup ikan merah , daging masak kicap dan sayur kobis goreng. Petang ni ada pasar malam, jadi kuih mungkin mama beli dipasar malam. Mama rasa nak beli kuih Akok saja. Dan jus pula , mungkin nak cuba buat jus Dragon Fruit.

Semuga anis sehat selalu.

Tuesday, September 18, 2007

Sept 18, 2007 (Puasa hari Ke 5)

Telah 4 hari berlalu puasa dan hari ini hari ke 5.
Anis demam pula malam tadi dan hari ini pergi ke Nursery (tak masuk kelas umi), anis makan ubat selsema. Selsema anis juga agak kuat.

Semalam kita berbuka puasa dengan menu... bubur cacar (keledek), minuman pula banana shake, dan lauk pula ada sup bebola ikan tengiri, ikan duri masak kari cair dan ada sambal daging. Semuanya mama yang masak kecuali bebola ikan tenggiri - mak ti tolong mama tumbuk ikan tersebut dan jadikan dia bebola ikan.
Anis memang suka bebola ikan dan anis makan banyak bebola ikan tersebut.

Mak su dan acik juga berbuka puasa sama dengan kita dan seronok sebab ramai. favorite acik sambal daging.

Pada hari kedua mama cuti dan kita balik kg sebab nak uruskan tanah yang mama beli tersebut. Dan hari jumaat tersebut kita berbuka puasa dirumah nenek Melaka . Cuma atuk dan nenek dan juga pak itam yang tinggal di kampong. Bila ada anis, mama dan ayah bertambahlan teman nenek dan atuk untuk berbuka puasa.

Anis ikut mama terawikh dimasjid biru. Anis cuma dapat ikut untuk solat isyak sahaja kerana selepas itu anis dah ada kawan untuk bermain. Suasana sudah mula terganggu kerana suara anis dan kenalan baru anis tersebut. So, mama rasa anis tak boleh terus disini nanti orang lain tak boleh solat dgn tekun. Kita balik awal.

Pada hari ketiga berbuka puasa pula kita dirumah nenek rembau. nenek masak mee rebus dan ayah tak makan nasi , perut ayah pula meragam. Ertinya ayah mesti berbuka puasa dengan nasi walaupun sedikit.

Anis ikut mama terawikh dikampong nenek rembau pula. Sini tak ramai orang. Disurau jemaah nya untuk orang tua-tua sahaja dan cuma ada 12 jemaah perempuan. Jadi anis solat isyak dengan tekun. Dan bila solat terawikh pula anis sudah ngantuk dan tertidur sambil tunggu mama selesai solat.

Anis gembira dapat balik kampong.
Dan rasanya minggu ni kita tak balik kampong. Nak cuma berbuka puasa di KL masa weekend.

Mama doakan semuga anis cepat sembuh dan gembira selalu.

Tuesday, September 11, 2007

11 Sept 2007 - Ramadhan menjelang

Anis bangun awal hari ini / 6.45am. Sebelum ayah pergi ketempat kerja. Dan anis buat ulangkaji homework yang umi beri. Reading Iqra m/s 12.
Selepas itu anis menonton 'Bob the Builder'.

Hari ini, ahli falak telah mula membuat persiapan untuk menyambut ramadhan. Dan malam ini mereka akan melihat anak bulan. Jika kelihatan, kita akan mula berpuasa esok harinya. Dan jika tidak kelihatan , kita akan bermula puasa pada hari Khamis.

Anis belum mengetahui tentang berpuasa. Walaupun mama telah terangkan, tapi anis sukar untuk faham. tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Anis faham ini...tapi bila mama kata tak boleh minum susu juga...anis dah blur dan memangnya pun tak faham. Sebab anis jawab dengan mama..boleh, boleh minum susu pada siang hari.

Insaalah .. sampai masa anis akan faham tentang berpuasa. Mama doakan.

Semuga anis sehat selalu.
Mama

Monday, September 10, 2007

8 Sept 07 - Mendaki Bukit

Minggu ini kita terpaksa balik kampong sebab mama nak beri deposit untuk membeli sekeping tanah. Kecil saja 3/4 ekar. Harganya RM 16,000.00 Sesuai untuk kebun getah dan dusun buah. Dilering bukit. Cantik tempatnya.

Anis dan mama pergi ketempat tersebut dengan ayah. Ayah menunggang motosikal saja. kereta tak sesuai walaupun tempat tersebut boleh dinaiki kenderaaan spt kereta.
Semaknya kebun tersebut. Cuma ada pokok-pokok hutan saja. Tapi kebun yang mama nak beli ni adalah juga pokok buah-buahan spt cempedak dan juga pokok petai.

Ayah dan tuan tanah pergi cari batu sempadan dan anis pula seronok bermain dengan sungai kecil. (Sebenarnya air bukit yang turun). Jernihkan air tu. Anis berimejinasi dengan bermain bot, dan anis juga membuat jambatan dengan mengunakan ranting yang ada disitu. Pandai juga anis dengan kawasan hutan ni ya.

Lepas tu kita pergi pula kekebun atuk Hasan. Ini memang mencabar. Sebab kebun atuk lagi tinggi dari yang mama jangkakan. Tiga kali turun bukit dan naik bukit. Ayah tak berani nak bawa mama , sebab motor susah untuk dikawal dengan adanya mama yang berat ni.. Terpaksalah mama berjalan kaki sementara ayah dan anis menaiki motor.

Bermulalah episod yang mengelikan hati dan juga meletihkan.
Seronoknya bila nak turun bukit dan separuh nyawa pula rasanya bila nak naik bukit.
Anis, letih kaki mama dan rasa susah nak angkat. Dan bila mendaki bukit tersebut memang rasa seperti tak cukup saja oksigen yang mama dapat.
Anis duduk tunggu mama diatas bukit - dan jerit dengan mama ' mama, kenapa mama jalan macam kartun saja'

Bila nak balik , kita jumpa banyak kuda. Anis memang seronok.

Insaalah 3 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam.

Selamat menyambut Ramadhan dan semuga anis sehat selalu.