Daisypath Wedding tickers

Wednesday, November 08, 2006

Transit Planet Utarid

Apa yang akan berlaku pada esok hari (Khamis - 9 Nov 2006) adalah Transit Utarid melalui matahari. Mama akan catitkan untuk pengetahuan anis.

Transit Planet utarid akan berlaku pada hari Khamis 9/11/2006 (esok) apabila matahari terbit pada jam 6.57 pagi sehingga 8.10 pagi.

Transit planet Utarid adalah peristiwa astronomi apabila planet berkenaan melintasi matahari. Transit ini boleh berlaku apabila planet Utarid berada di tengah-tengah antara matahari dan bumi ketika mengelilingi matahari dan ketiga-tiga objek ini berada dalam satu garisan lurus.

Transit ini boleh berlaku dengan purata sekali dalam setiap 10 tahun sekali. Transit yang terakhir berlaku pada 2003.

Untuk makluman anis transit adalah peristiwa objek samawi melintasi dihadapan objek lain yang saiznya jauh lebih besar dan kebiasaanya hanya berlaku membabitkan planet Utarid dan Zuhrah kerana kedudukan orbit masing-masing berada diantara matahari dan bumi. Transit zuhrah berlaku 34 kali dalam tempoh 243 tahun.

Planet lain tidak berpeluang melintasi matahari dan bumi kerana kedudukan orbit masing-masing berada diluar orbit bumi.

Mama sebenarnya sangat berminat dengan astronomi. Mama juga harap anis mempunyai minat yang tinggi dengan ilmu astronomi. Tapi mama tak tahu begitu banyak tentang astronomi. Jika anis berminat , mama akan berikan galakan untuk anis. Bila membayangkan begitu banyak perkara yang akan kita ketahui dalam perkara yang tidak ketahui - wow !! seronoknya. Ilmu Allah memang sangat hebat.

P/S Malam tadi Pak Long dan abang Asraf datang rumah kita - anis rasa cemas sebab semua barang mainan anis di kuasai oleh abang asraf dan adiknya. Nak duduk dikerusi goyang anis - pun tak dapat sebab Akmal Asri tak bagi peluang untuk anis duduk disitu. Nak main kereta pula , Abang asraf sedang pandu uji. - So, macamana ni. Dan akhirnya anis duduk dipangku mama.
Tak apalah mereka main mainan anis sebab , mereka pun nak berkongsi juga dengan anis. Lain kali anis kena main bersama dengan mereka dan tak boleh nak merajuk duduk sebelah mama atau ayah.

Semuga anis gembira selalu.

Tuesday, November 07, 2006

Sambung lagi raya

Seronoknya anis mandi laut - mamanya tangan pun rasa sakit sebab tergantung saja di anisnya pelampung. Dan kita balik KL cepat sedikit dari biasa sebab nak pergi rumah Pak Long /Abang Asraf untuk sambung raya tetapi hujan sangat lebat tak tegah nak pergi ke Wangsa Maju takut heavy traffic.

Dan kita pergi malam tadi - wah bestnya anis dapat jumpa dengan abang asraf , akmal dan adik nur. Tapi mama lihat anis lambat sangat warm up - nak join dengan mereka. Mungkin anis tak berani sebab mereka sangat lasak dan anis takut nanti sakit kena buli. meraka berdua lelaki tentulah agak lasak guraunya. Anis kena tumbuk dimuka dan terkejut . mama tengok anis nak nangis tapi malu. Lepas tu kena siku di perut pula. Anis dah cakap sakit dan muka sudah berkerut tapi tak jadi nak nangis. Anis baru 1 jam duduk disana tapi mama dan nampak anis gelisah sahaja sebab tak enjoy nak main dengan mereka.

Tapi bila mereka main loncat-loncat dan nyanyi-nyanyi barulah mama nampak muka anis berseri dan main dengan enjoy dan suara anis pula yang lebih kuat dari mereka. Anis sangat seronok dan gelak-gelak juga sangat kuat.

Mereka dah biasa bergurau dan main tolak-tolak. jatuh tak apa, luka sedikit tak apa asalkan tak cedera parah. Anis bila selalu dengan mereka anis tentu akan dapat menerima gurauan mereka. Anis tak boleh juga manja sangat.

Kita tunggu pula bila pak Long /abang asraf sekeluarga nak datang rumah kita .

Hari ini mama masak nasi minyak, sambal udang, kurma ayam dan ayam goreng. Bila ingat nak makan nasi minyak dengan sambal udang - wah berseleranya mama.

Hari ini mama hantar anis kenursery - jalan kaki aja - sambil itu anis minta mama baca subhanallah, walhamdullilah, walaillah haillallah , walla huakabar - banyak kali sampai lah ke nursery. Tapi anis pun ikut juga membacanya dengan mama.

Anis baca dengan kuat dan orang yang lalu disitu pun toleh-toleh juga melihat anis.

Semuga anis sehat dan dilindungi Allah selalu.

Saturday, November 04, 2006

Shopping untuk Anis

Malam tadi, mama pergi Tesco dengan acik. Mama belikan talipinggan untuk anis. oren colour. And ada gambar bear . Mesti anis suka. Mama juga beli lip-glose untuk anis . Untuk mainan boleh lah. Anis tak boleh selalu ambil Mak Ti nya lip-stick. Tak sesuai untuk anis.

Nanti bila kita jumpa di stesen Komuter Seremban - mama akan buat surprise untuk anis.

Mama tak tidur dengan baik malam tadi, sekarang urat leher mama rasa tegang. Tak boleh pandang kiri dan kanan. Kena tegakkan leher sahaja. Tapi Mak Ti dah tolong urut dan sekarang mama rasa ringan sedikit. Insaallah mama akan rasa lega sedikit sakitnya dan mama boleh balik kampong jumpa anis hari ini. Jangan lupa nanti ambil mama di St Komuter.

Bye anis.

Friday, November 03, 2006

Hari ke 5 anis di kampong

Anis buat apa hari ini. Apa projek ayah - tangkap burung ke? Ayah bawa anis pergi memancing tak hari ini. Jika tak memancing, anis minta ayah bawa berenang atau main pasir sahaja di pantai. Bila pergi sebelah pagi, mama rasa lagi elok sebab tak panas sangat.

Minggu ini jika mama tak balik kampong, anis balik awal sikit (hari sabtu ke) , bolehlah kita pergi mandi sungai. Kita pergi camping (jangan lupa beritahu ayah untuk bawa balik khemah ke KL). OK kan. Air sungai lebih sejuk. Tentu anis seronok.

Minggu depan ayah dah mula kerja - so anis juga mula ke nursery. Jangan nangis pula bila kena bangun awal. OK.

Semuga anis sehat dan gembira dikampong menemani ayah menghabiskan cutinya. Mama tak dapat nak teman sebab cuti mama dah habis. Kerjapun banyak.

Bye anis.

Thursday, November 02, 2006

Rindu dengan anis

Anis balik kampong dengan ayah sudah empap hari . Dari hari isnin dan sekarang telahpun hari khamis. Anis masih lagi dikampong. Anis dan mama cuma berhubung melalui talipon sahaja. Anis dan ayah balik rumah nenek/atuk dirembau dulu - apa projek ayah kali ini? Buat kolam ikan ayahke? Malam tadi anis balik kerumah atuk/nenek di Melaka.

Bila anis nak balik jumpa mama ni. Rindulah mama dengan anis.

Semuga anis sehat dan gembira semasa di kampung bersama ayah.

Wednesday, November 01, 2006

Suasana 1 syawal









Pada 1 syawal tersebut anis dikejutkan oleh mama pada pukul 7.15 am. Cepat bangun anis sebab ayah sudah bersedia untuk ke masjid. Solat sunat aidil fitri. Tapi pukul 7.30 baru anis boleh bangun dan cepat-cepat mama pujuk anis untuk mandi dan memakai baju kurung raya berwarna biru muda bunga-bunga - sama dengan mama.

Kita pergi kemasjid dengan nenek yam dan atuk . Ramainya jemaah pada masa tersebut dan anis sangat gembira sebab ramai juga kanak-kanak disitu dan gembira tengok ramai orang memakai baju melayu dan bersongkok. Ini adalah baju idaman anis tapi tentulah mama tak belikan untuk anis. Anis sangat suka lakukan apa saja yang ayah lakukan. Ayah dah jadi mentor anis - sepatutnya mama yang yang jadi mentor anis.

Anis sudah faham untuk bersalam-salaman dengan orang yang lebih tua dan anis juga boleh ucapkan selamat hari raya semasa bersalaman dengan mereka. Tapi anis cuma berani ucapkan hari raya untuk mereka yang telah mesra dengan anis sahaja.

Selepas sembahyang raya kita pergi rumah moyang dan selepas itu kita balik kerumah atuk di Kuala Sg Baru, Melaka pula.

Nak ambil gambar anis semasa raya tapi tak dapat sebab anis telah rebut kamera tersebut dan ambil gambar semua orang. kecuali gambar anis. Mama attachedkan kreativiti anis - gambar atuk dan juga mama dan acik.

Friday, October 20, 2006

Balik kampong..raya! raya!

Semalam anis merajuk sebab ayah tak ambil anis dinursery. Dan malam pula tak ada orang dirumah nak main dengan anis kecuali mama. Ayah berbuka puasa ditempat kerja kerana Panglima datang untuk berbuka puasa ditempat kerja ayah. Anis talipon ayah dan jerit-jerit tanya ayah bila nak balik dan yang teruknya anis tak puas hati ...baling pula talipon mama. Nasib baik juga talipon mama tu alah bisa tegal biasa - masih lagi boleh berkhidmat untuk mama.

Malam ini lepas berbuka puasa kita balik kampong. Mama cuti 1 minggu dan kita boleh jalan ziarah-menziarah kesemua rumah saudara-mara dan kenalan.

Ini adalah sambutan raya ke-4 untuk anis. Yang pertama semasa anis berumur 3.5 bulan. Dan yang kedua semasa anis berumur 1 thn 3 bulan dan pada masa ini ayah dan mama tak beraya pun sebab anis demam panas. Tahun ketiga anis berumur 2 thn 3 bulan dan pada masa ini anis dah tahu bersalam-salaman cuma anis ada sedikit kehairanan. Tak berapa kenal 'pek warna hijau'. Anis bersalaman dengan pakcik & makcik tapi bila diberikan pek hijau - anis geleng kepala. Tak mahu ambil. Dan tahun ini mama tak tahulah apa respon anis. Tapi mama tak sabar nak bawa anis bersolat aidilfitri di masjid. Selalunya masjid akan penuh dengan jemaah dan yang terharunya ramai orang yang nangis-nangis. Sebab nya mungkin sedih kerana bulan ramadhan yang penuh keberkatan telah tamat dan mungkin juga teringkat kepada saudara yang telah pergi kerahmatullah dan mungkin juga sebab-sebab lainya.

Bila sudah sampai di kampong mama dah busy dengan persiapan untuk bantu nenek dirumah. Mama tak akan catit apa-apa untuk anis untuk 1 minggu ini. Insaalah lepas raya mama akan tulis untuk hiburan anis dan jika ada- mama akan insert photo juga.

Nanti malam raya - kita akan bertakbir. Kita tunggu orang kampong datang untuk bertakbir dari rumah kerumah. Selalunya orang lelaki sahaja dan perempuan tak ikutpun. Tak dibenarkan atau tak boleh - mama tak jelas sangat. Jadi anis tak boleh ikut ayah. Tunggu dirumah sahaja dengan mama. Sedih ke? Jangan sedih .. anis tolong mama sediakan minuman dan makanan untuk mereka ..OK.

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf zahir dan batin.

Thursday, October 19, 2006

Persiapan Raya untuk Anis

Hari ini ayah balik dari outstation. So, ayah akan ambil Anis di Nursery. Sure anis happy. Hari ini sudah 26 puasa dan suasana hari raya juga sudah mula terasa lebih hangat dari biasa - macam info HOT FM pula. Sebabnya di ofis mama - durian sudah jatuh. Anis faham maksudnya tak? Durian sudah jatuh ertinya - bonus raya sudah keluar. Dan kelakarnya Pak Cik Zaidi beritahu mama - dia bukan dapat durian sahaja tapi pokok dan akar pun dia korek terus.

Semua persiapan untuk raya sebenarnya mama dah sediakan, tak banyak pun. Baju kurung anis untuk Hari raya pertama adalah warna biru laut -nenek yang buat untuk anis. Dan ayah juga confirm untuk bawa anis pergi 'Sembahyang Raya' . Happynya, sebab mama dapat bawa anis pergi masjid dan anis mesti teruja sebab ramai jemaah dimasjid nanti. Lebih meriah suasana hari raya nanti.

Tahun ini kita akan beraya dirumah nenek di Rembau dulu, lepas tu barulah kita balik raya rumah nenek di Melaka.

Minggu lepas kita balik , kita cuma pasang 10 biji pelita sahaja tapi hari sabtu ini... ayah kata nak tambah lagi dan penuhkan sekeliling rumah nenek. Banyak tu .. mesti cantik nantikan.
Anis takut nak main bunga api - bagus juga sebab bahaya dan asap yang keluar dari bunga api tersebut tidak baik untuk kesihatan.

Masa ini anis dah bangun tidur tapi sedang menonton 'Little Chiken'. Today is a new day.

Semuga anis sehat selalu dan gembira melalui kehidupan kanak-kanak.

Tuesday, October 17, 2006

Anis Merajuk ke?

Anis jangan merajuk , nanti ini akan mengganggu mood anis untuk sepanjang hari. Hari ahad semalam kita pergi shopping Hari Raya untuk anis tapi - tiada satupun yang mama dapat beli untuk anis kecuali sepasang sandel (ada lampu) dan sehelai T-Shirt gambar Superman. Anisnya taste memang teruk. Begitu banyak pilihan yang mama suka , tapi anis pula tak suka. Banyak yang anis nak beli , tapi mama pula yang reject sebabnya memang tak sesuai untuk anis. Anis kan anak perempuan mama - mana boleh selalu nak pakai seluar sahaja. Mesti pakai baju kurung , mesti pakai skirt dan balus - dan mesti pakai tudung. Untuk menghalang dari koleksi baju superman dan little chiken bertambah-tambah dirumah - mama putuskan tak mahu beli lagi untuk anis.OK.

Setiap hari anis nak menonton video Pinggu . Tak boleh lah begitu kerana Pinggu cartoon yang tak berinteraksi dengan bahasa yang betul. Nanti anis tak boleh nak improve bahasa dan tak dapat nak memperkayakan perbendaharaan kata anis.

Anis hari ini telah 3 tahun 2 bulan 4 hari , dan perkembangan diri anis sekarang - anis telah mula berminat untuk mandi sendiri / tak benarkan sesiapa masuk kedalam bilik mandi bersama anis - tapi mama bimbang dan mama cuma memastikan supaya anis tidak kunci pintu bilik mandi tersebut.

Selain doa sebelum dan selepas makan yang dihafal oleh anis, anis juga telah dapat membaca Al Fateha sepenuhnya dan anis sangat suka dengan doa ' Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dosa ku dan juga ayah dan mamamuku dan jauhkan diriku dari azab api neraka'. Anis akan baca doa tersebut sebelum tidar dan juga bila anis nak pergi nusery.

Cuma mama sekarang mesti tegas untuk memulakan anis membaca Iqra - sebabnya Iqra 1 dari anis 2.7 bulan anis baca sehingga sekarang anis tak tumpu perhatian. Mungkin anis tak minat dengan huruf tersebut tapi anis cuma minat menghafal dan menyanyi sahaja. Mungkin ini adalah tahap perkembangan anis pada umur tersebut.

Mama memang tidak pernah memaksa cuba mama akan lakukan bila anis berminat sahaja dan menganggap ia salah satu permainan untuk anis.

Anis suka nyayikan mama lagu-
Gajah hidung panjang
Badan Hitam besar
Kaki macam tiang
Teling macam kipas ... lagi mama tak ingat

Hari ini sudah hari ke 24 kita berpuasa. Bila mama ambil anis di nusery nanati - kita beli bubur pulut hitam OK.
Anis suka maka bubur kacang dan juga bubur pulut hitam.
Semuga anis sehat selalu.

Thursday, October 12, 2006

Untuk renungan anis

Maaf anis, lama mama tak tulis disini. Hari ini mama baca paper , salah seorang dari penyanyi yang popular semasa mama dibangku sekolah dulu, meninggal dunia kerana kanser paru-paru. Sebenarnya hanya 2 minggu yang lalu sahaja mama tahu tentang penyakitnya ini. ALFATIHAH untuk Alyarhamah Norseha (Seha)

Mama dapat bayangkan perasaanya itu, kerana mama juga mengalami perkara yang sama . Perasaan apabila mama dimaklumkan menghidapi kanser pada usia yang tak disangka-sangka. Perasaan terkejut , takut , bimbang, sedih - bercampur campur. Memang terpana rasanya. Dan walaupun mama tahu tentang kanser tapi tidak begitu detail. Kekurangan maklumat tentang penyakit tersebut membuatkan mama mempunyai perasaan yang negatif.

Bila mama mengambil keputusan untuk membuat langkah selanjutnya dan mengikuti semua rawatan perubatan yang dicadangkan - dari situ mama mula insaf dan sedikit demi sedikit mama mendapat kekuatan. Sokongan ayah anis amat mama hargai.

Mama bercuti sebulan selepas pembedahan - majikan mama memberi kelonggaran dan ini amat membantu mama untuk mendapatkan rehat secukupnya. Mama menjalani rawatan Rdthrapy untuk 21 kali dan mama juga menajalani KMthrpy untuk 6 kali. Semuanya ini mengambil masa 6 bulan baru lengkap semua rawatan.

pembedahan - mama tidak terlalu rasa kesakitannya begitu juga dengan RDthrapy tapi Kmthrapy - memang begitu terkesan kepada mama. Hampir 1 tahun bau ubat tu seperti ada saja dihidung mama. Mama juga tak boleh nak minum lagi air bali kerana sentiasa teringat saat semasa KMthrapy - untuk mengurangkan panas ubat KM tersebut mama selalu minum air bali / air buah kundur / keledek kayu ( 4 jam rebuspun tetap seperti kayu) -macam-macam yang mama minum. Dan Ayah anis juga sangat cute - setiap hari belikan mama aiscream SPLIT (Perasa lemon dan didalamnya full cream vanila). Rambut mama juga gugur semuanya - botaklah mama. Tapi alhamdulliah sekarang rambut mama dah cantikan.

Mama sentiasa ingatkan diri mama , semua yang mama terima adalah kurniaan dari tuhan, dugaan untuk mama sebagai hambanya - dan mama sentiasa redha setiap yang berlaku kecil atau besar , baik atau buruk akan ada hikmah disebaliknya.

Selepas 1 tahun 5 bulan mama melengkapkan rawatan kanser tersebut mama disahkan mengandung - Anis lah. Lima tahun mama berkahwin dan hari tersebut adalah hari yang begitu mengembirakan mama. Syukur pada tuhan kerana mengurniakan semuanya ini untuk mama.

Pada zaman 70/80an pesakit kanser hanya didengari dihidapi oleh orang yang berumur 50/60 tahun sahaja dan pada zaman mama pula umur 30/40 tahun dah biasa dengar dan dimasa akan datang tak tahulah pula berapa awal umur yang menghidap kanser ini.

Anis mesti jaga kesihatan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sehat. Buat masa sekarang mama dapat menyediakan makan dirumah untuk anis tanpa ada perasa tambahan dan juga masih dapat mengawal anis dari makan ayam '40 hari' - Anis lebih banyak makan ayam kampung . Dan anis juga belum tahupun untuk minta KFC - anis cuma tahu ayam goreng yang mama masak sahaja.

Semuga anis sehat dan dilindungi Allah selalu.

Monday, October 09, 2006

KuasaNya




Mama sambung kembali story berkenaan tsunami pada 26/12/2004. Begitu banyak kejadian yang tidak dapat digambarkan berlaku ketika itu. Apa yang dilihat adakalanya tidak disangka akan terjadi begitu. Apa yang mama ceritakan ini adalah dari pandangan mata Ayah Anis semasa di Aceh. Mama tak akan cerita apa yang telah mama baca dari mana-mana rencana yang ditulis oleh penulis lain.

Jika dilihat dari udara - hampir 10km dari pantai telah mengalami kemusnahan. Apa yang anis lihat digambar ini adalah sebahagian darinya. Segala tumbuhan dan struktur pembinaan telah hapus samasekali. Walaupun binaan masjid yang masih tinggal tapi kerosakan dan pemulihan masjid tesebut lebih dari 50%.

Lihat kapal yang berada ditengah daratan tersebut. Tak tahu berapa puluh tan beratnya kapal tersebut tapi ombak tsunami dapat menerbangkanya dari kawasan pantai kedaratan sehingga lebih dari 5km.

Ramai kawan-kawan anis yang kehilangan ibu-bapa dan menjadi anak yatim piatu. Mama insaf tentang kejadian ini. Mama selalu doakan semuga kanak-kanak tersebut tabah dan diberkati oleh oleh Allah selalu.

Kuasa Allah adalah mutlak. Kita didunia ini sementara sahaja. Apa juga yang berlaku adalah atas kehendakNya sebagai panduan dan pengajaran untuk kita. Mama mengingatikan diri mama sendiri. Begitu juga anis.

Semuga anis tabah dalam menjalani kehidupan ini dan mengingati Allah selalu.

Saturday, October 07, 2006

Mengambil iktibar


Untuk tatapan anis, mama sertakan disini sebahagian dari photo yang sempat ayah rakamkan semasa tusnami melanda Aceh pada 24 Disember 2004. Pada masa itu anis cuma berusia 1 tahun 4 bulan sahaja. Mungkin anis akan baca tentangnya dimana sahaja tentang tsunami ini. Tapi mama ingin anis mengenalinya dari mama bagaimana keadaan penerimaan kami masa berita tersebut diterima.

Pada masa ini kita sekeluarga dirumah atuk diMelaka. Dimaklumkan oleh jiran berlakunya gempa bumi di Aceh tapi mama ingatkan gempa bumi biasa sahaja tapi rupanya - Allah sahaja yang tahu apa hikmak diatas kejadianya itu. Anis tentu dapat lihat gambar yang mama sertakan diatas , bagaimana keadaan muka bumi Aceh. Mukabuminya boleh diandaikan bersih seperti kertas putih yang sedia untuk dicorakkan.
Mama akan sambung lagi, sebab sekarang mama nak pergi kerja. Semuga anis dilindungi Allah selalu.

Tuesday, October 03, 2006

Mina dalam kenangan

30 September 2006 , kita balik Melaka selepas berbuka puasa dirumah Atok dan nenek di Rembau. Ramai sepupu anis berada disana. Anis malu-malu dan segan , tapi bila dah 20 minit -(after warmup) anis dah boleh join dengan mereka. Bermain di serambi dan ditengah rumah. Anis memang suka duduk dirumah atas sebabnya - bila melompat rumah kayu ini akan mengeluarkan bunyi dan yang penting boleh main turun tangga naik tangga. Anis bermain dengan Kak Rina - Kak Teh dan juga Haziq. Menu nenek pada hari tu - mee kari ayam. Dan anis makan dengan nikmatnya sebab ada mee dan ayam.

Kita sampai dirumah nenek di Melaka pada pukul 8.30 malam. Ayah sempatlah juga berterawikh di masjid biru.

Dan esoknya nenek maklumkan - Mina kucing kesayangan anis telah tiada. Mina telah mengalami keguguran pada hari pertama 3 ekor dan esoknya pula 1 ekor lagi. Mina berkeadaan uzur untuk dua hari tersebut. Dia tidak bermaya untuk makan dan cuma hanya minum sahaja. Kesian dengan mina. Tapi keadaannya sebelum itu adalah sehat dan tidak menunjukan sebarang masalah kesihatan.

Mina seekor kucing yang cantik dengan bulu kuning yang halus dan tebal. Muka mina memang sangat comel dan mina juga seekor kucing yang manja. Mina mempunyai citarasanya tersendiri. Mina boleh makan nasi dan ikan / Mina juga suka makan ikan sahaja yang diberi oleh Atuk setiap hari apabila pulang dari pasar. Tapi mina tak suka makan makanan kucing (seperti frikies). Dan satu yang amat jelas mina tak suka minu air yang telah disediakan untuknya didalam bekas yang kecil. Kesukaan mina bila nak minum ialah duduk diatas kolah bilik air nenek dan minum air didalam kolah. Jika air sedikit dan mina tak sampai untuk minum - minah akan duduk disitu tunggu sesiapa sahaja yang akan masuk ke bilik air untuk membantunya minum. Isikan air didalam gayung untuk mina minum.

Tapi mama tidak mempunyai gambar mina didalam simpanan. Jika ada tentu mama akan letakan gambarnya disini untuk tatapan semua.

Tak akan ada lagi ...mina yang akan curi-curi masuk kedalam bilik anis untuk sembunyi dalam almari baju / curi -curi masuk bermain disebalik tilam anis.

Sekarang kucing nenek cuma ada Hitam yang gemok , Kuning , Saiberia dan anaknya sipendek (macam kembar sebab serupa) dan juga Mira. Dan juga kucing jantan yang anis panggil namanya Kucing Daat - yang akan bersama dengan kucing nenek yang lainnya.

Hari ini 3/10/2006 - ayah outstation ke Butterworth untuk 2 hari dan nampaknya mama akan ambil anis dari nursery. Sorrylah anis terpaksa jalan kaki bila giliran mama yang pergi jemput anis di nursery. Dan anis juga terpaksa tunggu mama sehingga pukul 6.00 petang.

Semuga anis sabar. Sabar itu sebahagian dari iman. Dalam menjalani kehidupan didunia ini anis memang kena sabar - sabar dan sabar kerana sabar ini tidak ada had dan sempadannya. Tiada kayu pengukur untuknya. Hanya tuhan yang akan membalasnya.
Semuga anis sehat sejahtera didalam lindungan Allah. Amin


Tuesday, September 26, 2006

Ramadhan datang lagi..

Hari pertama berpuasa anis , ayah, mama berada di Melaka rumah atuk. Anis cuma tiga tahun sahaja - tak perlulah anis belajar puasa. Pukul 11.00 pagi Anis sudah mandi dan bersedia untuk menunggang basikal. Nak mama temankan . Ok , boleh tapi tak perlulah lama sebab panas. Setuju dari rumah atuk sehingga kerumah sewa atuk. 500 Mtr cukuplah. Tapi nampahnya Anis masih besemangat nak teruskan menunggang - anis kata nak jogging . Dan Anis terus mengayuh basikal kecil tu sehingga depan Kolej Islam Melaka dan terus lagi sehingga ke Masjid Biru - dan pusing terus kerumah atuk. Aduh jauhnya mama terpaksa jalan kaki. Tapi Anis memang sangat happy.

Dalam perjalanan tersebut , ada kereta lalu. Dan mama warning anis untuk ketepi sebab kereta nak lalu. Tapi anis kata - mama itu bukan kereta, mama tengok 'atas kepala tu' sambil mengangkat kedua tangan diatas kepala Anis untuk membentuk plat empatsegi- itukan teksi. Mama ni salah cakaplah. Itu bukan kereta, itu TEKSI. Eem.. anak mama nak betulkan statement mama - tak tahu nak jawap apa.

Mungkin anis juga rasa dahaga dan minta mama buatkan Air oren - Nah minumlah segelas Glugos perasa Oren untuk anis. Anis nak cuba resepi baru - minta mama kokocrunh tapi rendam dan makan dengan air oren!!!. Bestke Anis ? Tak cukup untuk Anis nampaknya, minta mama nasi dan special request lauk Ayam. Kebetulan nenek ada masak Kari Ayam. Alhamdullilah , banyak juga Anis makan.

Tiada aktiviti memancing atau ke laut untuk Ayah - puasa pertama ni duduk dirumah sajalah. Petang sebab dah janji dengan Anis untuk beli kasut yang ada lampu. Kita pergi ke Masjid Tanah tapi banyaknya kereta dan ramainya orang. Mama dapat beli untuk Anis kasut berlampu hanya RM 10.00 sahaja dan Anis pun ...terus paka i untuk show dengan Ayah dan sampai rumah atuk .. semua orang puji kasut berlampu Anis. Senyum sokmo anis hari ini.

Melihat hidangan untuk berbuka puasa , anis teruja dan tak sangka mama anis boleh makan satu senduk nasi dan juga 2 pring bubur kacang. Anis suka baca doa makan dan untuk berbuka puasa pada petang itu saja anis baca 3-4 kali .

Ayah nak pergi masjid untuk sembahyang terawih / mama juga nak pergi tapi Anis masih kecil - mama takut nanti ada gangguan untuk bawa anis. Anis sebenarnya boleh mencuba situasi tersebut. Bagaimana rasanya bila berada didalam masjid dan juga sembahyang beramai-ramai. Sebelum tu ayah dan mama telah berbincang - samaada anis patut pergi atau tidak dan bila tanya kepada anis - jawapan anis ; anis nak pergi masjid tapi anis nak sembahyang sikit sahaja. (Sikit sahaja maknanya sekejap sahaja ) Biasanya anis akan pakai telekung dan angkat tangan baca doa lepas tu terus buka telekung - tak sampaipun 1 minit. Sukar juga mama nak bawa anis ke masjid. Takpalah mama tunggu minggu kedua - patut bawa anis atau tidak.

Semuga Anis sehat dan gembira selalu.

Friday, September 22, 2006


ANIS, sedang buat apa?

Hari ini ayah dan anis balik kampong - tapi mama masih di Kg Pandan sebab mama kerja hari ini dan juga esok. Hari ini ayah tak kerja dan ayah nak balik awal kekampong untuk hobbynya - memancing/menjala/menjaring disungai. Dan anis pula - sudah kena sindrom balik kampong , sudah pastinya Anis lebih suka ikut ayah dari tinggal dengan mama dan terpaksa ke Nursery.

Sebenarnya, mama sangat gembira sekiranya anis gembira dengan suasana kehidupan dikampong. Anis boleh bergembira dengan ternakan dan alam semulajadi yang terdapat dikampong. Pada peringkat umur ini - Anis mesti lebih berani menerokai sesuatu yang baru. Bagi mama , umur 3 tahun adalah tahun yang hebat dan penuh tenaga untuk kanak-kanak.

Kambing Atuk, Lembu Atuk dan ikan -ikan sungai yang ayah/atuk/pak busu tangkap - Anis sememangnya sangat berminat, Tapi anis takut dengan kambing atuk sebab kambing-kambing atuk ni jinak. Kambing atuk akan datang hampir dengan anis especially bila anis makan kacang parang.

Dan Anis akan lagi enjoy bila balik rumah atuk di kuala , sebab anis sememangnya sangat teruja dengan pantai. Dan semestinya ayah akan bawa anis pergi kepantai - tak dapat berenang cukuplah dengan main pasir sahaja. Anis suka dengan ayam belanda - dan anis akan lawan jerit dengan ayam belanda - suara siapa yang paling kuat. Dan kucing-kucing nenek , Mira , Minah, Hitam, Siberia, Pendek , Putih - banyak nya kucing nenek. Anis akan teruja bila melihat mereka - dan selalu ingatkan mama - tak boleh marah dan pukul Mira . Anis sangat sayang dengan Mira dan Minah.

Anak mama yang cerdik, mama suka jika anis mempunyai sikap penyayang . Teruskan sikap anis ini kerana tidak merugikan bagi pandangan mama.

ESOK adalah hari terkahir bulan rejab. Dan Lusa kita akan mula berpuasa. Mama pernah tanya samaada Anis ingin berpuasa bersama - anis seperti faham kita tak boleh makan dan minum pada siang hari tapi rasa kelakar bila anis kata bila puasa boleh makan vitamin yang besar. (Vitamin didalam Botol yang besar)

Anis, jangan lupa ambil mama dan acik di Stesen Komuter di Seremban.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN UNTUK SEMUA.
Anis dan Mama didalam perjalan ke Pine Resort.
Dan sebelah tu pula, Anis dan Ayah di Pine Resort.
Insyaalah jika diizinkan oleh Allah, kita pergi lagi -OK.


PERCUTIAN DI GUNUNG KINABALU

Gembiranya mama anis bila dapat melihat Gunung Kinabalu tersebut. Terlihat saja cabang lima di puncaknya terasa sungguh nikmat bagi mama. Besarnya dan hebatnya ciptaan Allah itu.
Dan dari Pine Resort - Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dan cantik sekali pemandangannya. Ayah dan mama Anis tak berhenti-henti ambil gambar puncak Gunung tersebut dari beberapa sudt yang kami rasa menarik. Kelakarnya, awan gelap tu ada saja disitu tak mahu lari. Jadinya gambar yang ayah dan mama ambil tidaklah secantik mana.

Thursday, September 21, 2006

SENYUMAN ANIS.....

Susahnya Mama nak bangunkan Anis dari tidur hari ini. Hampir setengah jam mama berbicara sendiri tapi Anis masih lena tidur. Dan hari ini , pertama kali Anis pergi ke Nursery dengan menaiki motosikal - Pakcik Zaidi yang hantar. Anis memang gembira - for this experience. Mama boleh gambarkan Anis tersenyum sepanjang perjalanan ke Nursery.
Semuanya itu adalah pengalaman dan proses pembelajaran untuk Anis. Mama doakan Anis sehat sejahtera dan gembira didalam lindungan Allah selalu hendaknya. Amin
Wassalam

Wednesday, September 20, 2006

Langkah Pertama

Bismillahirahmannirahim
Mama memulakan langkah pertama dengan menciptakan blog ini untuk Anis. Dan Insa'Allah kita sekeluarga akan berkongsi rasa dengan catatan yang akan mama titipkan untuk Anis disini.
Semuga Anis sehat sejahtera didalam lindungan Yang Maha Esa. Amin

Mama - Sept 20, 2006